Followers

Wednesday, May 27, 2009

PeRLiS: aNWaR SaMBuT 320 aHLi UMNO.....


Kemelut politik dalaman Umno di Perlis dilihat semakin meruncing apabila 320 ahli Umno di Kuala Perlis secara rasmi akan menyerah borang keahlian mereka menyertai PKR esok.

Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim akan menerima sendiri borang keahlian mereka untuk menyertai parti itu.

Dengan kemasukan mereka, maka PKR berjaya menembusi kubu kuat Umno, khususnya dalam kawasan Kuala Perlis.
Lebih menarik, kawasan DUN itu terletak dalam Umno bahagian Kangar, yang diketuai sendiri oleh Menteri Besar, Datuk Seri Md Isa Sabu.

Pengerusi Perhubungan PKR Perlis, Johari Shafie berkata, majlis tersebut akan diadakan di rumah salah seorang ahli Umno yang akan menyertai PKR esok.

Menurutnya, kemasukan ahli Umno ini adalah kali pertama PKR dapat menubuhkan cawangannya di DUN berkenaan.

Pada masa ini, terdapat empat cawangan PKR di Perlis dengan jumlah keahlian lebih 1,200 orang.

Menurut jadual mantan timbalan perdana menteri seperti dimuatkan di blognya, satu program ceramah akan diadakan di Kuala Perlis pada 5 petang selepas mesyuarat badan perhubungan.

Tambah kekuatan

Dengan penubuhan cawangan baru di DUN itu, PKR kini mempunyai lima cawangannya di negeri itu, kata Johari kepada Malaysiakini.

"Penyertaan ahli Umno esok sekali gus menunjukkan perkembangan PKR di negeri ini.

"Jentera PKR di negeri Perlis baru nak bergerak. Kemasukan mereka akan menambah lagi kekuatan PKR Perlis," katanya.

Beliau tidak menolak kemungkinan terdapat ahli Umno di kawasan lain, antaranya di kawasan-kawasan DUN Pauh, Titi Tinggi dan Beseri, yang akan melompat ke parti tersebut.

"Mungkin ada. Kita akan usaha untuk tarik mereka masuk PKR," kata Johari.

Pauh terletak dalam parlimen Arau, manakala Titi Tinggi dan Beseri di parlimen Padang Besar.

Johari mengharapkan kemasukan mereka boleh meningkatkan keyakinan PKR Perlis membantu Pakatan Rakyat menang dalam pilihanraya umum ke-13.

SuMBeR: MaLaYSiaKiNi


P/S: LoMPaT Si KaTaK LoMPaT.....

Tuesday, May 26, 2009

KeNYaTaaN PM TaMPaR KaYVeaS.....


Perdana Menteri Datuk Seri Najib akan memeriksa status PPP dengan Pendaftar Pertubuhan (ROS) sebelum mengesahkan perlu merasmikan mesyuarat agung parti komponen Barisan Nasional itu.

Kenyataan ini menjadi tamparan kedua kepada presidennya Datuk M Kayveas dalam masa tiga hari setelah penentang kuatnya Datuk T Murugiah juga diangkat presiden sah PPP dalam mesyuarat tergempar penyokongnya, Ahad lau.

Najib, juga pengerusi BN, berkata PPP menjemput beliau untuk majlis itu yang dijadual 7 Jun ini, lapor Bernama.

"Nantilah saya akan dapat laporan dari ROS... Mereka (PPP) telah menjemput saya tapi saya perlu periksa dengan ROS dahulu status PPP," katanya sewaktu diminta mengulas kehadiran beliau susulan krisis yang makin meruncing melanda parti tersebut.

Terdahulu perdana menteri menghadiri perhimpunan bersama warga kumpulan Felda di Dewan Perdana Felda, Kuala Lumpur.

Murugiah, yang juga timbalan menteri di Jabatan Perdana Menteri, sebelum ini dipecat sebagai anggota PPP atas tuduhan melanggar perlembagaan parti.

Selain melantik beliau, mesyuarat tergempar di Putrajaya juga membatalkan pemecatan Murugiah dan sebaliknya memecat Kayveas sebagai presiden.

Kayveas pula masih menegaskan beliau masih presiden PPP yang sah, jawatan yang disandangnya sejak 1993, dan menyelar tindakan Murugiah mengadakan mesyuarat tergempar itu tanpa mendapatkan kelulusan Majlis Tertinggi PPP.

Akhbar hari ini melaporkan bahawa Murugiah menyerahkan keputusan mesyuarat itu kepada ROS di Putrajaya semalam.

SuMBeR: MaLaYSiaKiNi



P/S: TaK SeNaNG DuDuK La KaYVeaS PuLaK PaS Ni.....

ZaMBR MaRaH Di GeLaR MeNTeRi BeSaR MaHKaMaH.....


tvpas: Keputusan mahkamah tak selesai kemelut Perak - Nik Aziz

Dr Zambry Abd Kadir marah apabila Menteri Besar Kelantan, Nik Aziz Nik Mat memberi gelaran "Menteri Besar Mahkamah" kepada beliau.

Sebaliknya beliau mahu gelaran tersebut diberikan kepada Nizar Jamaluddin yang menurutnya orang yang memulakan proses mahkamah bagi mendapatkan pengisytiharan bahawa beliau adalah Menteri Perak yang sah.

"Jadi proses mahkamah itu dilakukan oleh Nizar, bukannya saya. Tok Guru (Nik Aziz) yang saya hormati pun manusia juga, dia pun buat silap dan bukannya manusia maksum.

"Jadi saya tolong perbetulkan sedikit pandangan Tok Guru itu," kata Zambry yang dipetik Bernama.

Sabtu lepas Nik Aziz berkata Dr Zambry adalah Menteri Besar Mahkamah kerana tidak mewakili seluruh rakyat Perak.

Beliau menduduki kerusi Mneteri Besar selepas Mahkamah Rayuan pada 22 Mei lalu mengisytiharkannya sebagai Menteri Besar Perak yang sah dalam satu keputusan sebulat suara selepas mendapati keputusan Mahkamah Tinggi pada 11 Mei lepas bahawa Mohammad Nizar adalah Menteri Besar yang sah adalah salah.

Dr Zambry juga menolak kemungkinan kerajaan negeri Barisan Nasional (BN) pimpinannya akan mendapatkan perkenan Sultan Perak Sultan Azlan Shah untuk mengadakan sidang khas Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak sebagai jalan penyelesaian kemelut politik di negeri itu.

"Sekarang ini kita berpandukan kepada apa yang telahpun diputuskan oleh mahkamah.Meskipun kita mempunyai peruntukan-peruntukan yang diberikan tetapi proses yang berlaku sekarang ini ialah proses perundangan.

"Jadi biarlah proses perundangan itu mengambil tempatnya dan kita mengharapkan semuanya akan berjalan seperti biasa," katanya mengulas kenyataan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak semalam bahawa langkah itu merupakan pilihan terbuka kepada BN tetapi tidak semestinya ia satusatunya jalan menentukan kerajaan mana ada suara majoriti.

Gelaran yang diberikan kepada beliau mungkin bersesuaian melihat kepada ketidaksanggupan beliau mengadakan undi tidak percaya terhadap Ni zar dalam sidang Dewan Undangan Negeri dan enggan membubarkan DUN bagi membuka laluan kepada pilihan raya baru negeri.

Sikap Dr Zambry yang mahu terus memegang jawatan tersebut hasil pekutusan mahkamah menyakinkan lagi rakyat bahawa gelaran yang diberikan oleh Nik Aziz kepada beliau tepat dan benar.


P/S: KaLu MaCaM Tu, GeLaRaN MeNTeRi BeSaR RaMPaSaN KuaSa BLeY TaK???.....


Monday, May 25, 2009

PAS: HuSaM SaH CaBaR NaSHaRuDDiN.....

Naib Presiden PAS Datuk Husam Musa secara rasmi mengesahkan akan cabar Nasharuddin Mat Isa bagi jawatan timbalan presiden, kemungkinan besar dalam persaingan sengit tiga penjuru.

Dalam pengumumannya di ibu pejabat parti itu tadi, beliau berkata gandingannya dengan Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang boleh menolong memajukan lagi parti.

"Saya yakin bahawa gandingan yang mantap boleh membantu Datuk Seri Tuan Guru memimpin PAS terus-menerus menerokai kemajuan dan pembukaan sehingga berjaya dari segi politik menggantikan tempat Umno sebagai teraju utama negara pada masa akan datang," katanya.

"Penolakan ke atas Umno adalah kerana sifat perjuangannya yang memisahkan aktiviti pemerintahan daripada hitungan akhirat dan bimbingan wahyu, yang membawa kepada berleluasanya korupsi, penyelewengan dan salah guna kuasa serta hilang puncanya
Umno dalam isu hubungan kaum dan agama di Malaysia."

Seorang lagi naib presiden Mohamad Sabu juga berminat jawatan nombor dua PAS.

Beliau dijangka mengesahkan bertanding hari ini, tarikh akhir semua calon wajib berbuat demikian menjelang pemilihan parti di muktamar tahunannya di Shah Alam bermula 5 Jun ini.

Ditanya sama ada beliau muktamad menentang Nasharuddin dan Mohamad, atau masih sedia berkompromi, Husam berkata:

"Saya telah ambil masa yang sangat lama untuk buat keputusan ini, dan ini adalah hari terakhir. Jadi saya rasa ini adalah keputusan yang muktamad."

Mengulas hasratnya bertanding berkaitan dengan isu kerajaan perpaduan yang disarankan oleh Abdul Hadi, Husam berkata:

"Saya tidak mahu masuk kepada tajuk yang boleh mengelirukan. Saya hanya berkata bahawa, apa yang saya tuliskan (kenyataan media) itu bolehlah saudara tafsirkan dengan bentuk positif.

"Iaitu suasana semasa adalah kritikal dan saya tidak ada pilihan, saya meletakkan satu petanda dalam bentuk pertandingan ini."

Ditanya berhubung dakwaan beliau seorang pemimpin liberal, Husam berkata:

"Saya menganggap penyandang jawatan sekarang (Nasharudin) juga liberal tetapi terlalu liberal (condong) kepada Umno adalah sesuatu yang tidak boleh diterima.

"Pada pendapat saya, PAS perlu berada di tengah, bukan bersikap terbuka kepada Umno atau untuk menyelamatkan Umno."

Sementara itu, Husam juga berkata pandangan Timbalan Mursyidul Am PAS Datuk Dr Haron Din "bersifat peribadi" dan tidak mewakili keseluruhan pandangan PAS.

"Setahu saya kertas kerja tersebut adalah kertas kerja peribadi beliau. Dalam seminar tersebut, ia tidak diterima sebagai kertas kerja yang diterima bersama.

"Jadi proses itu (mekanisme baru) panjang lagi. Kalau dalam seminar tersebut belum diterima, saya rasa tak payah diulas secara panjang lebar," katanya.

Sabtu lalu, tokoh ulama itu memberi amaran kepada parti agar berwaspada terhadap pemimpin-pemimpin PAS yang ditaja oleh musuh - termasuk oleh Umno atau negara asing - yang mengambil kesempatan dalam pemilihan kali ini.

Beliau kemudian mencadangkan kepada PAS agar mengetatkan mekanisme pemilihan parti bagi menyekat kemaraan pemimpin seumpama itu.

Diminta mengulas lanjut, Husam berkata: "Kalau parti sudah membuat keputusan, perubahan tersebut saya akan patuh. Setakat ini saya tidak tahu ada perubahan ataupun tidak. Kena tanya Datuk sendiri."

Ketua Penerangan PAS Datuk Mahfuz Omar juga mengesahkan bertanding jawatan naib presiden.

Seramai 16 pemimpin dicalonkan untuk merebut tiga jawatan kanan tersebut.

Bagaimanapun setakat ini tidak dapat dipastikan jumlah sebenar mereka yang berminat.

Parti itu akan mengumumkan pemimpin-pemimpin yang ingin bertanding dalam satu sidang akhbar khas, esok.

Pertandingan PAS kali ini disifatkan persaingan dua aliran besar - satu pro-rundingan dengan Umno dan satu lagi pro-kerjasama dalam Pakatan Rakyat.

Nasharuddin - yang terlibat sendiri dalam satu rundingan sulit dengan Tun Abdullah Ahmad Badawi, waktu itu presiden Umno, sejurus selepas pilihanraya umum tahun lalu - dikategorikan dalam kumpulan yang bertentangan dengan Husam.

Exco kerajaan Kelantan itu dikatakan lebih menyenangi idea mengukuhkan kedudukan PAS dalam gabungan pembangkang.

SuMBeR: MaLaYSiaKiNi


P/S: SeMoGa PeMiMPiN YaNG TeRBaiK aKaN DiPiLiH.....

NiZaR PuLaNGKaN CaMRY.....


Datuk Seri Ir. Mohammad Nizar Jamaluddin akhirnya akur bahawa beliau bukan Menteri Besar Perak apabila mengembalikan kereta rasmi kerajaan negeri yang digunakannya di Bangunan Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) pukul 8.10 pagi ini.

Pemulangan kereta berwarna hitam itu bagaimanapun dibuat secara 'senyap-senyap' dan hanya diketahui pihak media pada tengah hari ini.

Perkara berkenaan disahkan oleh Pegawai Khas beliau, Amran Harun yang turut menemani bekas Menteri Besar Perak itu memulangkan kereta dengan nombor pendaftaran AGS10 tersebut.

Amran ketika dihubungi berkata, Mohammad Nizar mengambil keputusan untuk menyerahkan kereta itu sebagai menghormati keputusan Mahkamah Rayuan kelmarin yang mengisytiharkan Datuk Seri Dr. Zambry Abd. Kadir sebagai Menteri Besar Perak yang sah.

Katanya, tindakan itu selaras dengan pendirian Mohammad Nizar sebelum ini yang bersedia mengembalikan kenderaan itu jika mahkamah memutuskan Zambry sebagai Menteri Besar Perak.

''Mohammad Nizar telah memulangkan kereta rasmi kerajaan negeri di Bangunan SUK pagi ini. Beliau dan pemandunya kemudian menaiki kereta peribadinya bersama saya," katanya.

Beliau juga sentiasa bertegas untuk tidak memulangkan kereta rasmi kerajaan negeri itu selagi mahkamah tidak membuat keputusan siapakah Menteri Besar Perak yang sah.

Menurut Amran, pihaknya menyerahkan kunci kenderaan itu kepada pengawal di pondok keselamatan kerana pejabat kerajaan ditutup hari ini.

Ditanya kenapa memulangkan kenderaan tersebut pada hari tidak bekerja, dia berkata, ia dibuat kerana kebetulan mereka dalam perjalanan untuk menghadiri Konvensyen Pas di Teluk Intan.

''Lagipun, kita menerima arahan untuk memulangkan kenderaan itu pada hari Jumaat selepas Mahkamah Rayuan mengeluarkan keputusannya," katanya.

Sementara itu, Setiausaha Kerajaan Negeri Perak, Datuk Dr. Abd. Rahman Hashim ketika dihubungi turut mengesahkan Mohammad Nizar telah memulangkan kenderaan rasmi itu.

''Saya dimaklumkan oleh pegawai saya bahawa pembantu Mohammad Nizar telah menghantar kenderaan itu pagi ini.

''Saya juga telah minta pegawai saya hantar kenderaan itu ke bengkel untuk diselenggara dan pemeriksaan kerosakan," katanya


P/S: NaiK Je BaS, KaN SeNaNG......KeHKeHKeH.....


'RaMPaSaN KuaSa' MeLaNDa PPP PuLa?.....

Penyakit 'rampasan kuasa' diPerak telah menular kepada parti PPP. Ini kemungkinan anak murid ingin mencuba ilmu yang telah dipelajari daripada Sifunya. Sekarang parti mereka telah mempunyai '2 Presiden'.

Kumpulan penyokong Senator T. Murugiah, yang dipecat minggu lalu telah memilih beliau sebagai 'Presiden baru' parti itu hari ini selepas mereka mengadakan Mesyuarat Agung Tahunan Tergempar (EGM).

Kira2 1ribu orang telah menghadiri EGM tersebut di pusat konvensyen antarabangsa Putrajaya pagi. Murugiah juga hadir. Ketika mesyuarat itu diadakan, Presiden Parti PPP, M Kayveas pula dikatakan berada di Johor untuk merasmikan persidangan perwakilan negeri itu.

M Kayveas berkata, "saya tidak akan melayani 'resolusi' yang diluluskan oleh kumpulan tersebut. Keputusan perjumpaan di Putrajaya itu tidak sah kerana ia tidak mengikut perlembagaan parti dan Akta Pertubuhan.

Kami akan mengenalpasti siapa daripada kalangan anggota PPP yang menghadiri perhimpunan itu, mengapa mereka berada di sana dan jika mereka didapati melanggar disiplin parti, kami akan mengambil tindakan tegas terhadap mereka".

Ketua PPP Johor Dr K.D. Siva pula berkata, "Murugiah telah menyalahgunakan kedudukannya untuk mengubah satu majlis pemimpin bersama rakyat kepada satu perhimpunan agung bagi membolehkan beliau dilantik sebagai presiden.

Beliau perlu dilantik menjadi presiden tetapi bagaimana itu boleh berlaku jika 600 anggota PPP berada di sini (persidangan perwakilan negeri Johor)? Murugiah tidak boleh menghimpunkan sebahagian rakan-rakannya, berdiri di atas pentas dan mengisytiharkan diri sendiri sebagi presiden baru".

Dalam ucapan Murugiah sebagai 'Presiden baru' berkata, "saya akan kembali menjalin hubungan baik dengan parti2 komponen BN dan akan mengadakan kunjungan hormat menemui pemimpin parti2 komponen BN tidak lama lagi. Dibawah kepimpinan saya, PPP juga tidak akan mengeluarkan kenyataan bahawa ia akan keluar BN".

Apakah langkah yang telah diambil oleh Murugiah ini direstui oleh Sifunya ( Najib)? Adakah tujuan 'rampasan kuasa' ini adalah untuk mengelak parti itu daripada keluar daripada BN dan terus menyertai PR?


P/S: PaYaH La DuNia Ni KaLu MaNuSia DaH GiLa KuaSa......HuHuHu.....