Followers

Thursday, June 2, 2011

BeZa BeRuBaT DeNGaN BoMoH & DoKToR.....


1. Sebelum Berubat

Doktor: keadaan awak sebelum ni macamana? Batuk-batuk ada lendir tak?

Bomoh: keadaan kamu sebelum berubat ni macamana? Putus cinta, patah semangat, sakit hati/dendam.


2. Proses Pengubatan

Doktor: dengan cara membaca suhu badan, baca denyutan nadi, menyuntik.

Bomoh: dengan cara mulutnya komat-kamit kemudian disembur dengan air ludahnya.


3. Pembantu

Doktor: ditemani oleh jururawat yang memakai uniform putih yang cantik.

Bomoh: ditemani oleh yg memakai baju putih juga ..tapi rambutnya serabai tak terurus.


4. Peraturan

Doktor: menghisap rokok di dalam klinik, mahu kena halau keluar.

Bomoh: menghembuskan asap kemenyan diruang pengubatan Bomoh, yang membuat orang-orang lain keluar.


5. Susu

Doktor: Untuk menguatkan tulang, anda digalakkan meminum susu.

Bomoh: Untuk membuat ramai lelaki tergoda pada anda, digalakkan memakai ‘susuk’.


6. Nasihat

Doktor: Tidak boleh membeli makanan di tempat yang lauknya terdedah nanti kena lalat, basuh tangan dengan sabun sebelum makan.

Bomoh: Tidak boleh lalu bawah ampaian baju, tidak boleh kencing sebarangan.


7. Proses Pembelajaran

Doktor: harus tabah belajar dan stress bertahun-tahun.

Bomoh: harus tabah bertapa dan kelaparan bertahun-tahun.


8. Tawaran Khas

Doktor: Jika anda mahu mengandung, boleh cuba ke klink kawan saya di bla..bla..bla..sambil memberi namecard.

Bomoh: Bomoh akan kasi anda ramuan pengikat jiwa yg mesti diminum oleh pasangan anda, kalau susah sangat anda boleh bela jin ni seekor tolong tengokkan suami anda supaya tak cari perempuan lain.


9. Setelah Berubat

Doktor: semasa pulang, kita akan dibekalkan ubat-ubat dan kemudian disuruh makan 3X sehari.

Bomoh: pulang Berubat kita akan dibekalkan kertas tulisan mentera ntahapa-apa, dibekalkan kemenyan yang perlu dibakar pada malam jumaat dan bunga-bunga yang disuruh di bawa mandi tengah malam.



uNcLe DeeN : hanya percaya ustaz yang mengamalkn ayat2 Al-Quran kalau berubat penyakit terkena gangguan jin atau syaitan.


No comments:

Post a Comment