Followers

Thursday, December 2, 2010

10 JeNiS PeNYaKiT MeNGHaLaNG KeJaYaaN.....




1. MENYALAHKAN ORANG LAIN

Menyalahkan orang lain adalah cara pemikiran orang primitif. Di pedalaman Afrika, kalau ada orang yang sakit, yang di fikirkan adalah: Siapakah yang menyihirnya ? Selalu”siapa” Bukan”apa” penyebabnya. Bidang kedoktoran moden selalu mencari “apa” penyebabnya, bukan “siapa”. Jadi kalau kita berfikir menyalahkan orang lain, itu sama dengan sikap primitif dan keanak-anakan. Kenapa ? Anak-anak selalu tidak pernah mahu disalahkan. Kalau ada piring yang jatuh,” Adik itu yang salah”, atau sebagainya.Kalau kita manusia yang berakal dan dewasa selalu akan mencari sebab terjadinya sesuatu.

2. MENYALAHKAN DIRI SENDIRI

Menyalahkan diri sendiri bahawa dirinya merasa tidak mampu. Anda pernah mengalaminya ? Kalau anda memberitahu tidak pernah, bererti anda bohong.”Ah, orang itu boleh, orang itu kaya, orang itu dapat naik pangkat dan sebagainya, Lihat saya ini apa ?, wah saya tidak dapat jadi seperti dia. Dia punya ijazah, saya hanya diploma. Dia ada banyak waktu, saya sibuk, sudah pasti tidak boleh”. Penyakit ini seperti kanser, bertambah besar, besar di dalam mental diri sehingga boleh mencapai “improper guilty feeling”. Penyakit ini perlahan-lahan boleh membunuh kita. Merasa “inferior”, kita tidak punya kemampuan. Kita sering membandingkan kejayaan orang lain dengan kekurangan kita, sehingga kejayaan orang lain dianggap wajar kerana mereka mempunyai sesuatu kelebihan yang kita tidak punya.


3. TIDAK PUNYA CITA-CITA

Kita sering asyik dengan kesibukan kerja, tetapi arahnya tidak jelas. Sebaiknya kita selalu mempunyai target kerja dengan milestone. Buat target jangka panjang dan jangka pendek secara bertulis. Kalau “GOAL” kita hanya untuk “FUN”, bagi mengisi waktu saja, hasilnya cuma biasa-biasa saja.

4. MEMPUNYAI CITA-CITA, TAPI SALAH MENCAPAINYA

Biasanya dialami oleh orang yang tidak “teachable”. Goalnya salah, fokus kita juga salah, jalannya juga salah, arahnya juga salah. Ibarat seorang yang mahu kaya,lalu dia pergi merompak bank yang akhirnya di tangkap polis dan di penjarakan.

5. MENGAMBIL JALAN PINTAS, SHORT CUT

Kejayaan tidak pernah dicapai dengan jalan pintas. Jalan pintas tidak membawa orang ke kejayaan yang sebenarnya, “real success”, kerana tidak mengikuti proses. Kalau kita menghindari proses, kejayaan yang di capai tidak sempurna.

6. MENGAMBIL JALAN TERLALU PANJANG, TERLALU SANTAI

Analoginya begini : Kapal terbang untuk membolehkannya take-off, harus mempunyai kecepatan minimum. Pesawat Boeing 737, untuk membuat take-off, memerlukan kecepatan minimum 300 km/jam. Jikalau kecepatan dia cuma 50 km/jam, manakan dapat untuk pesawat tersebut membuat take-off.

7. MENGABAIKAN HAL-HAL YANG KECIL

Dia mahunya yang besar-besar, yang hebat, tetapi hal-hal kecil tidak dilalukannya. Dia lupa bahawa struktur bangunan yang besar, pasti ada komponen yang kecilnya. Mahu saja yang hebat. Mengabaikan hal kecil saja tidak boleh, apatah lagi mengabaikan orang kecil.

8. TERLALU CEPAT MENYERAH

Jangan berhenti kerja pada masa percubaan 3 bulan. Bukan membuat kesalahan menjadikan seorang itu gagal tetapi berhenti pada tempat yang salah, jika kita membuat kesalahan, kita boleh memperbaikinya tetapi jika kita berhenti di tempat yang salah kita akan menyesal.

9. BAYANG-BAYANG MASA LALU

Kita selalu dipenuhi oleh memori kan? Apa yang kita lakukan, masuk memori kita, minimakan sebagai pertimbangan kita untuk langkah kita berikutnya. Apalagi kalau kita pernah gagal, tidak berani untuk mencuba lagi. Ini berkaitan dengan penyakit nombor 3. Kegagalan sebagai akibat bayang-bayang masa lalu yang tidak terselesaikan dengan semestinya. Itu bayang-bayang negatif. Memori kita kadang- kadang sangat membatasi kita untuk maju ke depan. Kita kadang-kadang lupa bahawa hidup itu maju terus. “Waktu” itu terus berjalankan? Semuanya berjalan, hidup kita pun terus berjalan juga. berlari saja ke depan, kalaupun harus jatuh, pastikan jatuh ke depan. Orang yang berjaya, pasti pernah gagal. Itu memori negatif yang menghalangi kejayaan.

10. MUDAH PUAS HATI DIRI DENGAN KEJAYAAN

Biasa disebut “Pseudo Success Syndrome”. Kita kalau pernah berjaya dengan kejayaan kecil, terus berhenti, tidak kemana-mana lagi. Sudah puas dengan kejayaan kecil tersebut. Napoleon pernah menyatakan: “Saat yang paling merbahaya datang bersama dengan kemenangan yang besar”. Itu saat yang paling merbahaya, kerana orang lupa dan mabuk kemenangan. Jangan terjebak dengan kejayaan-kejayaan yang kecil, kerana kita akan terlepas sasaran yang besar, sasaran yang jauh. Jangan berpuas diri, jangan jadi sombong, terus takabur.

Bersama2 lah kita cuba mencegah dan mengubati 10 penyakit ini agar kita mencapai apa yang kita citakan di dunia dan akhirat….amin


Sunday, November 7, 2010

SiNGLiSH.....


Singaporean created Singlish, and this becomes their exclusive culture. You must know some Singlish when you visit Singapore. =)


video



Monday, November 1, 2010

PeTua eLaK SaNTau.....



Petua org2 tua cara untuk mengenal makanan yang dihidangkan depan mata tu beracun (disihir) atau tidak. Ini untuk santau makan, kalau santau angin tak tau pula caranya. Benda ni nak percaya pun susah tak percaya pun susah sebab ramai yang sudah terkena kalau tak takkan ada istilah santau angin dan santau makan ni kan.

Pertama,
Lekapkan kedua tangan anda di kedua belah telinga. Kebiasaannya akan mendengar bunyi angin tetapi jika tidak mendengar lebih baik kita jangan makan.

Kedua,
letak lidah ke langit-langit. Biasanya akan berasa geli tetapi jika tidak berasa geli ada sesuatu yang tak kena.

Ketiga,
Gosok rambut kita dengan tangan, kebiasaannya akan terdengar bunyi geseran rambut dan jika tiada bunyi tersebut semasa kita nak makan, berhati-hatilah.

Ini hanya petua sahaja, korang nak percaya atau tak terpulanglah. Apa pun apa salahnya mengamalkannya kerana mencegah lebih baik dari merawat.



Friday, October 29, 2010

CuTe LiTTLe aRGuMeNT.....


Budak2 kecik bergaduh......comey sgt.....(^^,)



video



Thursday, October 28, 2010

Wednesday, October 27, 2010

Wednesday, October 20, 2010

Thursday, October 7, 2010

PeTua iMaM SYaFie.....


  • Empat perkara menguatkan badan

1. makan daging

2. memakai haruman

3. kerap mandi

4. berpakaian dari kapas

  • Empat perkara melemahkan badan

1. banyak berkelamin (bersetubuh)

2. selalu cemas

3. banyak minum air ketika makan

4. banyak makan bahan yang masam

  • Empat perkara menajamkan mata

1. duduk mengadap kiblat

2. bercelak sebelum tidur

3. memandang yang hijau

4. berpakaian bersih

  • Empat perkara merosakkan mata

1. memandang najis

2. melihat orang dibunuh

3. melihat kemaluan

4. membelakangi kiblat

  • Empat perkara menajamkan fikiran

1. tidak banyak berbual kosong

2. rajin bersugi (gosok gigi)

3. bercakap dengan orang soleh

4. bergaul dengan para ulama

  • 4 CARA TIDUR

1. TIDUR PARA NABI - Tidur terlentang sambil berfikir tentang kejadian langit danbumi.

2. TIDUR PARA ULAMA' & AHLI IBADAH - Miring ke sebelah kanan untuk memudahkan terjaga untuk solatmalam.

3. TIDUR PARA RAJA YANG HALOBA - Miring ke sebelah kiri untuk mencernakan makanan yang banyakdimakan.

4. TIDUR SYAITAN - Menelungkup/tiarap seperti tidurnya ahli neraka.



Tuesday, October 5, 2010

KaSiH iBu aYaH.....


Kasih ibu bapa membawa ke syurga..............video ini agak menyentuh perasaan.......supaya kita sama2 dpt bermuhasabah diri.........



video



Tuesday, September 28, 2010

oRaNG BoTa oRdeR PiZZa.....


Satu video yg menarik nak kongsi ngan korg semua........cara2 org bota order pizza........lwk pecah perut........layanzzzzz jew.........hehehe.......(^0^)



video



Sunday, September 19, 2010

DRaW WiTH LiGHT......aWeSoMe!!!!!.....


Salah satu persembahan seni lukis menggunakan cahaya yg aku kira sgt mengagumkan........mari kita suma layan video nie..........



video





Saturday, September 18, 2010

iKLaN 'SaMBaL BeLaCaN' HaRi MaLaYSia FRoM DiGi.....


Iklan sempena Hari Malaysia drpd Digi yg aku rasa cam best.....story tntg "Sambal Belacan"......dilakonkan oleh org yg slalu pakai kostum kuning Digi.......jom layan jew.........hehehe......(^^,)


video



Friday, August 27, 2010

KaMu TeRBaiK SeaDaNYa KaMu.....



Di sini aku nk share satu video klip yg mampu membuat anda tersentuh.......seorang yg kurang upaya mampu melakukan apa yg kita fikirkan mustahil.......jgn fikirkankan kelemahan diri mnjadi penghalang kejayaan......kamu terbaek seadanya kamu........(",)



video



Tuesday, August 24, 2010

aKiBaT SeLaLu TiNGGaL SeMBaHYaNG.....


Video ini hanya lakonan semata2 (kredit kpd sape yg wat video nie)........hanya sekadar mahu berkongsi bersama pelawat blog ini fenomena yg terjadi akibat selalu meninggalkan solat......pelbagai karenah timbul......semoga dapat memberi pengajaran kpd semua........layan.........


video



Saturday, August 7, 2010

aLWaYS ReSPeCT YouR MoTHeR.....

video


"Sesungguhnya syurga itu di telapak kaki ibu........"


3 pelajar USM berjaya merangkul Hadiah Ketiga dalam cabaran “Intel International Undergraduate Embedded System Design Contest” di Shanghai, China.....




Hadi b. Jafar, Ahmad Aizuddin b. Yeop Ibrahim dan Misbahul Munir b Rasib, kesemuanya pelajar PPKEE, telah mengharumkan nama USM apabila memenangi Hadiah Ketiga “Intel International Undergraduate Embedded System Design Contest” yang telah diadakan di Shanghai Jiao Tung University (SJTU), China pada 24hb Julai 2010 baru-baru ini. Projek USM bertajuk Sistem Terbenam bagi Pertanian Pelbagai Suasana (Embedded System for Multi-Environment Agriculture). USM adalah di antara 14 pasukan luar negara yang menyertai pertandingan tersebut yang berjaya menarik minat 76 universiti-universiti yang kebanyakannya dari negara China.

Intel Cup ESDC (singkatan bagi “Intel Cup Undergraduate Electronic Design Contest - Embedded System Design Invitational Contest") telah dimulakan oleh kerajaan China, Universiti Shanghai Jiao Tung sebagai tuan rumah, dan ditaja secara teknikal sepenuhnya oleh Intel Corporation sejak 2002.

Diadakan setiap dua tahun, pertandingan ini memberi peluang kepada universiti-universiti yang terpilih untuk merekabentuk sistem yang berfungsi berdasarkan suatu platform sistem terbenam Intel yang dipilih untuk tempoh rekabentuk tiga bulan. Setiap pasukan terdiri daripada 3 pelajar dan seorang mentor akademik.

Dengan pertambahan mendadak universiti-universiti dari tanah besar China, pertandingan ini juga telah menarik minat universiti-universiti antarabangsa sejak 2004. Pada tahun 2010 ini, 76 universiti dan 165 pasukan dari tanah besar China, Hong Kong, Singapura, Malaysia, Vietnam, Turki, Ukraine, Mexico dan Amerika Syarikat telah mengambil bahagian.

Penyertaaan USM dalam pertandingan Intel Cup sejak 2008 dinaungi dan dibimbing oleh
Pusat Usahasama Kecemerlangan Rekabentuk Mikroelektronik atau CEDEC. CEDEC melatih kumpulan pelajar dari berbagai PTJ bagi melengkapkan kemahiran mereka dalam bidang Embedded System.

Dalam penglibatan pertama pada tahun 2008, kumpulan USM yang terdiri dari 2 pelajar PPKEE (Mohd Naim Mohd Jain, Tan Hong Ping) dan seorang pelajar PPS Komputer (Ang Choon Lye), telah juga meraih kemenangan Hadiah Ketiga dengan projek berjudul “Embedded System for Car Security and Connectivity”.

Pengarah CEDEC adalah ‘Faculty Mentor’ bagi penyertaan USM dengan bantuan En Khairu Anuar Mohamed Zain, Pegawai Penyelidik di CEDEC. Mengikut Pengarah CEDEC, pertandingan tahun ini adalah lebih mencabar memandangkan penyertaan pasukan antarabangsa meningkat dari 5 ke 8 negara.



Produk USM dalam Intel Cup adalah Sistem Tanaman Berbagai Musim Menggunakan Sensor-Sensor.


(dari kiri ke kanan)
Hadi, Ahmad Aizuddin, Misbahul Munir dan En Khairu Anuar.



Saturday, July 17, 2010

iNTeL CuP 2010 : RoaD To CHiNa.....



Dah dekat hampir 2 minggu aku x update blog nie......2 minggu yg penuh dgn ke'busy'an kerja....selain abesnya praktikal aku dan bukaknyer semester yg baru nie, aku skrg tgh busy dgn competition yg aku sertai, Intel Cup 2010 yg akan berlangsuna kat Shanghai, China pd 18-26 July nie......

Bley dikatakan ini lah kerja yg aku wat waktu aku praktikal dulu pn......oleh sebab competition nie berlangsung seminggu slepas abesnya praktikal aku, so aku terpaksa 'menghabiskan' la praktikal aku lambat seminggu daripada member2 yg len....huhuhu....

Pejam celik pejam celik, esok aku aku dah nak berangkat ke China......flight kul 9 pagi kat KLIA......aku g ngan team member aku yg len, Hadi n Baol serta mentor2 team aku nie, Dr. Othman n En. Anuar......member aku, si Faris pn akan join gak.....kira die tue g atas sebab vacation la walaupun belum semester break lg.....hehehe.....

Team kami mempertaruhkan projek 'Multi Environment Agriculture' utk pertandingan kali nie....secara ringkasnyer projek nie adalah bertujuan utk membantu para petani yg sering dibelenggu dgn hasil tanaman yg tidak menentu disebabkan keadaan iklim dunia yg x stabil masa sekarang.....

So, tercetus la inspirasi bg kami menghasilkan projek ini yg berupaya utk monitor n control keadaan persekitaran tanaman itu.....kelembapan, suhu, kadar pengcahayaan n kelembapan tanah adalah elemen yg penting bg sesuatu tumbuhan utk tumbuh subur.....jd, setiap sensor yg mewakil setiap satu elemen ditempatkan di dalam container tumbuhan itu.....

Apabila elemen itu, kurg atau melebihi daripada kadar yg di tetapkan utk tumbuhan itu, controller bg setiap elemen itu akn berfungsi.....water pump utk soil moisture, humidifier utk humidity sensor, TEC utk temperature sensor n mentol bulb utk light intensity sensor.....

Itu je la serba sedikit tntg projek nie yg aku leh kongsi.....nak tulis byk2 malas.....hehehe......Pasnie aku akan update story journey selama aku seminggu di China nnti......Doakan kejayaan kami di sana nnti (kami wakil tunggal universiti Malaysia sebab MMU tarik diri)....(",)

Friday, July 2, 2010

WoRLD CuP QuaRTeR FiNaL 1 : HoLLaND 2 - 1 BRaZiL.....


Belanda melangkah ke peringkat separuh akhir Piala Dunia 2010 selepas menumbangkan gergasi bola sepak dunia, Brazil 2-1 sebentar td......Jaringan kemenangan oleh Wesley Sneijder sudah cukup buat Belanda ke peringkat seterusnya dan akan menantikan Paraguay atau Ghana di peringkat separuh akhir......

WoRLD CuP QuaRTeR FiNaL 1 : HoLLaND 2 - 1 BRaZiL.....


Wesley Sneijder (gambar) menambah luka Brazil dgn menjaringkan gol kedua Belanda pada minit ke- 68......

WoRLD CuP QuaRTeR FiNaL 1 : HoLLaND 1 - 1 BRaZiL.....


Belanda telah menyamakan gol pd minit ke 53 hasil gol sendiri dripada Felipe Melo (gambar)......

WoRLD CuP QuaRTeR FiNaL 1 : HoLLaND 0 - 1 BRaZiL.....


Brazil mendahului Belanda dgn perbezaan 1-0 hasil jaringan Robinho.....



Tuesday, June 15, 2010

15-6-2010 & 16-6-2010 : WoRLD CuP ReSuLT.....

New Zealand 1

vs

Slovakia 1






Ivory Coast 0

vs

Portugal 0






Brazil 2

vs

North Korea 1



Monday, June 14, 2010

14-6-2010 & 15-6-2010 : WoRLD CuP ReSuLT.....




Netherlands 2

vs

Denmark 0






Japan 1

vs

Cameroon 0






Italy 1

vs

Paraguay 1



13-6-2010 & 14-6-2010 : WoRLD CuP ReSuLT.....

Slovenia 1

vs

Algeria 0





Serbia 0

vs

Ghana 1






Germany 4

vs

Australia 0

Sunday, June 13, 2010

12-6-2010 & 13-6-2010 : WoRLD CuP ReSuLT.....

South Korea 2

vs

Greece 0







Argentina 1

vs

Nigeria 0






England 1

vs

USA 1

Saturday, June 12, 2010

11-6-2010 : WoRLD CuP ReSuLT.....



South Africa 1

vs

Mexico 1






France 0

vs

Uruguay 0