Followers

Monday, June 27, 2011

PeSaN CiKGu.....


Setipa kali nak exam para guru selalu pesan atau mmberi sedikit panduan kat kita kn....tp terpulang la kat kita nk ikut ke tak.....nie antara pesan2 para cikgu......



klik utk besarkan



uNcLe DeeN: selalulah ikut pesan cikgu....


Saturday, June 25, 2011

BRoWSeR iNTeRNeT & PeRSoNaLiTi.....


Mesti setiap org de browser pilihan msg2 kan semasa korang browse internet ...setiap browser tue de melambangkn personaliti anda....jom tgk anda yg mana....hehehe.....





uNcLe DeeN: guraw2 je....hehehe...


Sunday, June 19, 2011

'PaK uDa' MeNiNGGaL DuNia.....





Pelakon komedi Zami Ismail, 67, yang sinonim dengan panggilan "Pak Uda" dalam sitcom "Pi Mai Pi Mai Tang Tu" meninggal dunia pagi ini di Institut Jantung Negara (IJN). Anak kedua Allahyarham, Ahmad Yamashita, 25, berkata ayahnya meninggal pada jam 10.30 pagi selepas seminggu dimasukkan ke IJN ekoran masalah jantung.

Bulan lepas Allahyarham menerima rawatan di Hospital Ampang. Ahmad Yamashita berkata ayahnya pernah berpesan supaya beliau dikebumikan di tempat kelahirannya di Tapah Road, Perak sekiranya beliau meninggal dunia. "Sebagai memenuhi permintaan itu, jenazah ayah akan dibawa ke Tapah Road untuk dikebumikan di tanah perkuburan di sana selepas solat Asar," katanya kepada Bernama di rumah mayat IJN.

Allahyarham meninggalkan isteri Hanizan Ibrahim serta sembilan orang anak termasuk pelakon Mohd Saopi atau dikenali sebagai Opie dan pengarah filem dan drama Mohd Latiff atau Hitler. Opie ketika ditemui menyifatkan ayahnya sebagai seorang yang tekun dan komited dalam setiap tugas yang diberikan kepadanya sehingga sanggup ke lokasi penggambaraan walaupun ketika itu beliau kurang sihat. "Saya dan adik-beradik yang lain pernah melarang ayah pergi ke lokasi penggambaraan, namun ayah tetap pergi secara senyap-senyap tanpa pengetahuan kami," katanya.

Presiden Karyawan Datuk Freddie Fernandez yang turut berada di IJN berkata beliau amat terkejut mendengar berita kematian Allahyarham dan menyifatkannya sebagai satu kehilangan besar dalam dunia seni hiburan tanah air. "Sepatutnya beliau (Zami) akan dijemput sebagai tetamu untuk rancangan Pesta Lawak pada Ahad depan (26 Jun). Namun setelah pemergiannya kita tetap akan mengadakan malam penghargaan untuk beliau," katanya.

Pengarah filem dan drama, Othman Hafsham pula berkata watak Pak Uda yang dilakonkan Allahyarham adalah tunggak kepada sitcom "Pi Mai Pi Mai Tang Tu" sekitar 1980-an yang menjadi siri sitcom yang diminati ramai penonton selama 18 tahun.

Allahyarham turut berlakon hampir 20 buah filem termasuk dua filem yang belum ditayangkan iaitu "Husin Mon Dan Jin Pakai Toncit" dan "Shh… Dia Datang". Zami pernah memenangi anugerah Pelakon Komedi Terbaik dalam Festival Filem Malaysia Ke-9 pada tahun 1991.

- Bernama


uNcLe DeeN: Takziah diucapkan kpd keluarga Allahyarham....Moga roh Allahyarham ditemptkan bersama golongan org2 yg soleh.....Al-Fatihah....



SeNi LiPaTaN KeRTaS.....


Kita diberi Allah pelbagai kelebihan. Ada yg pandai menyanyi, meukis, mewarna dan mcm2 lg. Pe yg anda akan buat kalu anda dikurniakn bakat melipat kertas???. Jom layan seni lipatan kertas di bwh nie....(^^,)















uNcLe DeeN: Gunakan bakat diberi ALLAH dgn sebaek2nya....


Thursday, June 16, 2011

BiLa SuPeRHeRo DaH Tua.....


Mesti semua org ada superhero kegemaran masing2 kn.....superhero yg dianugerahkn kuasa yg hebat & tugas diorg adalah menyelamatkan manusia yg kesusahan....boleh x anda bayangkan apa akan jd kalu superhero2 nie menjadi tua kelak???....jom kita tgk!!!!.....hehehe...









uNcLe DeeN: PENUAAN.....kuasa yg tidak dpt dihalang oleh manusia.....(^__^)


Monday, June 13, 2011

He GoT a WonDeRFuL VoiCe.....


Sung-bong Choi ialah seorang peserta Korea Got Talent. Beliau ditinggalkan di rumah anak yatim ketika berusia 3 tahun dan melarikan diri selepas dipukul. Beliau kemudian menjadi anak jalanan dan bergelandangan tidur ditandas dan bawah tangga. Sungguhpun begitu bila beliau dewasa sedikit beliau berjaya merubah hidup dan kini menjadi peserta KGT. Nyanyian beliau buat hakim dan penonton menangis.


video



uNcLe DeeN: ALLAH Maha Adil. Setiap makhluk ciptaanNya mempunyai kelebihan masing2.....



Sunday, June 12, 2011

PePaTaH MoDeN.....





1.Pembohongan apabila terus dipertahankan,satu hari nanti akan menjadi kebenaran

2.Tangan di atas lebih baik daripada kaki di atas

3.Hidup itu seperti roda yg berputar, kadang di atas kadang dibawah, tapi kadang-kadang di bawah lebih lama, kerana masa tu lampu merah.

4. Facebook adalah tempat dimana anda boleh conteng di dinding dan tidak dianggap gila


5.Percayalah kepada Tuhan; sebab ada beberapa perkara yang tidak mampu dijawab oleh Google

6.Walaupun sama-sama berjenis kelamin perempuan, pontianak berpakaian lebih sopan dibandingkan remaja zaman sekarang

7.Pekerjaan seberat manapun akan terasa ringan apabila tidak dikerjakan.

8.Jika seseorang melemparmu dgn batu, balaslah dengan senyuman dan lemparkan bunga, tapi pastikan dengan pasu-pasunya sekali turut terlempar.

9. Wang bukan segalanya tetapi segalanya memerlukan wang.

10.Berakit-rakit ke hulu, berenang-renang ke tepian, bersakit-sakit dahulu, pergi klinik kemudian.

11.Banyak belajar, banyak lupa – so tak payah belajar agar tidak lupa.

12.Kegagalan adalah awal kepada kegagalan berikutnya.

13.Kehiupan adalah ibarat facebook, ramai kawan-kawan anda ‘like’ komen dan problem anda tapi seorang pun yang selesaikan problem anda kerana masing-masing sibuk updating status masing-masing.



uNcLe DeeN: pepatah moden penawar duka.



Monday, June 6, 2011

uSoPBooK.....


Bila pengaruh Usop Wilcha dh makin meluas.....hehehe...




uNcLe DeeN: de sape2 nk sign up account usopbook???....


Thursday, June 2, 2011

BeZa BeRuBaT DeNGaN BoMoH & DoKToR.....


1. Sebelum Berubat

Doktor: keadaan awak sebelum ni macamana? Batuk-batuk ada lendir tak?

Bomoh: keadaan kamu sebelum berubat ni macamana? Putus cinta, patah semangat, sakit hati/dendam.


2. Proses Pengubatan

Doktor: dengan cara membaca suhu badan, baca denyutan nadi, menyuntik.

Bomoh: dengan cara mulutnya komat-kamit kemudian disembur dengan air ludahnya.


3. Pembantu

Doktor: ditemani oleh jururawat yang memakai uniform putih yang cantik.

Bomoh: ditemani oleh yg memakai baju putih juga ..tapi rambutnya serabai tak terurus.


4. Peraturan

Doktor: menghisap rokok di dalam klinik, mahu kena halau keluar.

Bomoh: menghembuskan asap kemenyan diruang pengubatan Bomoh, yang membuat orang-orang lain keluar.


5. Susu

Doktor: Untuk menguatkan tulang, anda digalakkan meminum susu.

Bomoh: Untuk membuat ramai lelaki tergoda pada anda, digalakkan memakai ‘susuk’.


6. Nasihat

Doktor: Tidak boleh membeli makanan di tempat yang lauknya terdedah nanti kena lalat, basuh tangan dengan sabun sebelum makan.

Bomoh: Tidak boleh lalu bawah ampaian baju, tidak boleh kencing sebarangan.


7. Proses Pembelajaran

Doktor: harus tabah belajar dan stress bertahun-tahun.

Bomoh: harus tabah bertapa dan kelaparan bertahun-tahun.


8. Tawaran Khas

Doktor: Jika anda mahu mengandung, boleh cuba ke klink kawan saya di bla..bla..bla..sambil memberi namecard.

Bomoh: Bomoh akan kasi anda ramuan pengikat jiwa yg mesti diminum oleh pasangan anda, kalau susah sangat anda boleh bela jin ni seekor tolong tengokkan suami anda supaya tak cari perempuan lain.


9. Setelah Berubat

Doktor: semasa pulang, kita akan dibekalkan ubat-ubat dan kemudian disuruh makan 3X sehari.

Bomoh: pulang Berubat kita akan dibekalkan kertas tulisan mentera ntahapa-apa, dibekalkan kemenyan yang perlu dibakar pada malam jumaat dan bunga-bunga yang disuruh di bawa mandi tengah malam.



uNcLe DeeN : hanya percaya ustaz yang mengamalkn ayat2 Al-Quran kalau berubat penyakit terkena gangguan jin atau syaitan.