Followers

Sunday, August 30, 2009

SeLaMaT MeNYaMBuT HaRi KeMeRDeKaaN Ke-52.....


Salam....di sini saya ingin mengucapkan Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan Yang Ke-52 kepada semua rakyat Malaysia di seluruh negara....

Semoga semangat hari kemerdekaan ini meresap ke sanubari setiap rakyat Malaysia agar kita dapat bersama membangunkan negara ini dan mengekalkan kemakmuran serta keharmonian yg telah kita kecapi sekian lama.......

-SELAMAT MENYAMBUT HARI KEMERDEKAAN KE-52-


P/S: Cuti merdeka ni moh le kita balik kampung......aku pun nak balik dh ni.....Merdeka!!!!!!.....

Saturday, August 29, 2009

RaHSia 13 RuKuN SoLaT.....


Assalamua'laikum wr wb.........

Inilah dia rahsia as-solat, sebagai peringatan bagi yang dah tahu atau panduan bagi yang baru tahu......

1 - Niat Sembahyang :
Sebenarnya memeliharakan taubat kita dari dunia dan akhirat.

2 - Berdiri Betul :
Fadilatnya, ketika mati dapat meluaskan tempat kita di dalam kubur.

3 - Takbir-ratul Ihram :
Fadilatnya, sebagai pelita yang menerangi kita di dalam kubur.

4 - Fatihah :
Sebagai pakaian yang indah-indah di dalam kubur.

5 - Ruqu' :
Sebagai tikar kita di dalam kubur.

6 - I'tidal :
Akan memberi minuman air dari telaga al- kautsar ketika didalam kubur.

7 - Sujud :
Memagar kita ketika menyeberangi titian SIRATUL-MUSTAQIM.

8 - Duduk antara 2 Sujud :
Akan menaung panji-panji nabi kita didalam kubur

9 - Duduk antara 2 Sujud (akhir) :
Menjadi kenderaan ketika kita dipadang Mahsyar.

1 0 - Tahhiyat Akhir :
Sebagai penjawab bagi soalan yang dikemukakan oleh Munkar & Nankir di dalam kubur.

11 - Selawat Nabi :
Sebagai pendinding api neraka di dalam kubur.

12 - Salam :
Memelihara kita di dalam kubur.

13 - Tertib :
Akan pertemuan kita dengan Allah S. W.T.

Dari Abdullah bin 'Amr R. A.,
Rasulullah S. A. W. bersabda :

"Sampaikanlah pesanku biarpun satu ayat..."

"Senarai di atas adalah salah satu sebab mengapa orang Yahudi / Kafir tidak sukakan angka 13 dan juga Hari Jumaat. Itulah sebab mengapa mereka mencipta cerita yang begitu seram sekali iaitu " FRIDAY the 13th " jika ada di kalangan kamu yang perasan!!!"

Wasalam......

Tuesday, August 25, 2009

PAS MeNaNG DUN PeRMaTaNG PaSiR.....



PAS memenangi kerusi DUN Permatang Pasir dengan majoriti besar tetapi merosot beberapa ratus undi daripada keputusan yang dicapai parti itu pada pilihan raya umum tahun lepas.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengumumkan, calon PAS Mohd Salleh Man mendapat 9,618 undi, meninggalkan calon BN Rohaizat Othman dengan 5,067 undi.

Majoriti yang diraih Salleh 4,551, kurang 882.

Bekas ADUN allahyarham Datuk Mohd Hamdan Abdul Rahman mendapat majoriti 5,433 undi - kemenangan PAS kali ketiga di kerusi itu sejak pilihan raya umum 1999.

Jumlah mereka yang keluar mengundi merosot hampir 10 peratus kali ini kepada 73.1 peratus berbanding 82.6 peratus pada Mac 2008.


P/S: BuLaN MeNGaMBaNG LaGi.....

Sunday, August 23, 2009

CiNTa iBaRaT MeNuNGGu BaS.....



Tahu tak...?!!!...Cinta sebenarnya sama seperti seseorang yg menunggu bas.

Bila bas tu datang, awak tengok bas tu dan awak kata pada diri awak, "Eee...penuhnya. ..xde tempat duduk."Jadik, awak katakan pd diri awak, "Saya akan tunggu bas yg lain."

Awak pun biarkan bas tu berlalu dan awak tuggu pulak bas yg lain. Kemudian, datang pulak bas yg kedua.

Awak tengok bas tu dan awak akan cakap, "Eee...bas ni buruk sangat...mesti tak selesa. Dan maybe bas ni akan rosak kat tengah jalan. "Jadi, awak pun biarkan bas buruk tu berlalu dan awak bercadang utk tunggu bas yg seterusnya.

Setelah beberapa ketika, datang lagi sebuah bas.. Bas yg datang tu kosong, tak penuh dan tak seburuk bas yg tadi tp kali ni awak kata, "Emmm....xde air-cond... cuaca pulak panas. Lebih baik saya tunggu bas yg lain.

"Dan sekali lagi awak biarkan bas tu berlalu dan awak bercadang utk menanti bas yg seterusnya. Tiba2 awan mula gelap, cuaca semakin mendung dan baru awak perasan yg awak pula dah terlambat rupanya.

Awak mula panik dan terus naik bas yg datang ketika itu, walaupun bas itu tak sebegitu sempurna. Dan kemudian barulah awak sedar bahawa... awak dah naik bas yg salah.

Jadi, selama ni awak dah membazir banyak masa dan wang utk menunggu apa yg awak nak. Walaupun yg datang tu adalah bas yg berair-cond, adakah awak dapat pastikan bahawa bas tu tak akan rosak di tengah jalan atau maybe bas tu tak terlalu sejuk utk awak? Jadik, mengingini apa yg awak idamkan tu memang tak salah.

Tapi, tak salah juga kalu anda sanggup memberi satu peluang pd org lain, kan? Sekiranya awak dapati "bas" itu tak sesuai dgn awak, apa yg perlu awak lakukan hanya tekan loceng dan turun drpd bas tu. Tapi... saya pasti awak semua tentu ada pengalaman yg macam ni.

Awak nampak sebuah bas datang (tentulah bas yg awak nanti-nanti kan), awak tahan bas tu tp pemandu bas tu pulak buat tak faham dan pura-pura buat tak nampak awak dan terus berlalu tinggalkan awak! Hahahaha....

Bila ada bas yg lalu melintasi saya macam tu, apa yg perlu dilakukan adalah BERJALAN!! Bodoh sebenarnya utk mengejar bas tu sebab setiap kali awak mengejar, awak akan terjatuh dan menyakiti diri awak sendiri.

Jadi, bercinta tu adalah ibarat menunggu bas, sama ada awak nak naik dan beri peluang pada bas tu... semuanya terpulang pd diri awak. Dan bila awak berjalan, awak sebenarnya cuba melarikan diri drpd cinta.....


P/S: Aku dah ketinggalan & mensia2 kan byk bas yg dah singgah dlm hidup aku....... :(

Saturday, August 22, 2009

SeLaMaT MeNYaMBuT RaMaDHaN aL-MuBaRaK.....


Salam...Di sini saya, aizuddin@uncle deen mengucapkan selamat menyambut bulan ramadhan al-mubarak kpd semua umat Islam yg berada di Malaysia terutama sekali kpd pengunjung setia blog saya ini dan juga kpd sahabat2 saya yg berada di serata pelusuk negara.......

Semoga di bulan Ramadhan ini, kita dpt mempertingkatkan lg amalan kita dan beroleh hidayah dan ganjaran pahala daripada Allah SWT.....

Di kesempatan ini juga saya ingin meminta maaf kpd sesiapa saja yg pernah saya menyinggung perasaan mereka secara sengaja atau tidak........Sekian, Wasalam....

~ SALAM RAMADHAN AL-MUBARAK~

Thursday, August 20, 2009

SeKaDaR ReNuNGaN : BaNGSa & MaSa.....


Di mana boleh cari ramai Melayu?
Di mana boleh cari ramai Melayu
Pastinya di Kelantan dan Terengganu
Dan juga di pasar malam dan pasar minggu
Di Akademi Fantasia dan Pesta Lagu
Di Jom Heboh orang Melayu berpusu-pusu
Di Sungai Buloh, pusat pemuilihan, dulu di Pudu
Dan di jalan, lumba haram, rempit tak berlampu
Dan di selekoh duit rasuah depa pun sapu
Di pusat serenti akibat ketagih dadah dan chandu
Di malam kemerdekaan dan malam tahun baru
Terkinja-kinja best giler menari macam hantu

Apa hobi orang Melayu
Terkenal dengan budaya malas dan lesu
Berlepak buang masa tak jemu-jemu
Atau baca majalah Mastika, Metro pasal cerita hantu
Tengok telenovela dari Filipina dan Peru
Berpusu-pusu pergi tengok pamiran hantu
Sambil makan junk food, kuaci dan muruku
Sibuk bercerita tentang Datuk K dapat bini baru
Apa pakaian Siti nak pakai itu yang nak tahu
Mana tak gendut berpenyakit selalu
Kalau nak berlagak melayu masih nombor satu
Asal bergaya sanggup makan nasi dan toyu

Boleh tak jumpa mereka di kedai buku
Atau di perpustakaan dan majlis ilmu
Atau ambil kelas kemahiran di hujung minggu
Ada tapi kurang sangat mereka di situ
Kenapa melayu jadi begitu
Nak salahkan siapa ibubapa atau guru
Pemimpin negara atau raja dulu-dulu
Ayat lazim di mulut ialah Melayu malas selalu
Nak harap Kerajaan saja membantu
Terutama sekali kontraktor kelas satu
Tak habis-habis gaduh nak jatuh siapa dulu
pasal jambatan senggek atau siapa dia penghulu
Dan suka sanggat dengan budaya ampu mengampu

Sampai bila kita nak tunggu
Bangsa Melayu jadi bangsa yang maju
BOleh! dengan beberapa syarat tertentu
Pertama dengan banyak menguasai ilmu
Kata nabi ikutlah Quran dan sunnah ku
AlQuran yang diturunkan 1400 tahun dahulu
tapi apa yang kita tahu, cuma baca bila nak halau hantu

Subject: 'DEMI MASA' manusia selalu terlupa

1hari=24jam
Satu TAHUN ?
12 Bulan
52 Minggu
365 Hari
8760 Jam
525600 Minit
31536000 Detik
Distribusi normal manusia meninggal dunia (tahun)
<> 70th
60th - 70th
(65th)
Chart
Kebanyakan manusia meninggal dunia antara usia 60 thn-70thn (majoriti) Puratanya manusia meninggal ± 65 th
"Baligh: Start untuk seseorang di perhitungkan amal baik atau buruknya selama hidup di dunia"
Laki-laki Baligh ± 15 tahun
Wanita Baligh ± 12 tahun
Usia Yang ada untuk kita beribadah kepada-Nya, puratanya:

Mati - Baligh = Baki Usia, :~ 65 - 15 = 50 tahun


50 tahun digunakan untuk apa?


Catatan:


50 tahun=
18250 hari=
458000 jam
12 jam siang hari
12 jam malam hari
24 jam satu hari satu malam


Gambaran kasarnya:
Mari kita muhasabah bersama..... ....!


Waktu kita tidur ± 8 jam/hari ;
Dalam 50 tahun waktu yang habis dipakai tidur 18250 hari x 8 jam= 146000 jam= 16 tahun 7 bulan; dibulatkan jadi 17 tahun
Logiknya: Alangkah sayangnya waktu 17 tahun habis di gunakan untuk tidur, padahal kita akan tertidur dari dunia untuk selamanya... ...

Waktu aktiviti kita di siang hari ± 12 jam
Dalam 50 tahun waktu yang habis dipakai untuk aktiviti:
18250 hari x 12 jam= 219000 jam = 25 tahun
Aktiviti disiang hari: Ada yang bekerja, atau bercinta, ada yang belajar atau mengajar, ada yang sekolah atau kuliah, ada yang makan sambil jalan-jalan, dan banyak lagi.

Waktu rehat ± 4 jam
Dalam 50 tahun waktu yang dipakai untuk rehat 18250 hari x 4 jam= 73000 jam = 8 tahun
Rehat: menonton tv, atau mungkin dihabiskan termenung di buai khayalan.... ...


17 tahun + 25 tahun + 8 tahun = 50 tahun


Lalu Bila Nak Beribadah???
Padahal Allah ada berfirman yang bermaksud; "Tidak KUciptakan jin dan manusia melainkan untuk beribadah kepadaKU".
Maut datang menjemput tak pernah bersahut,
Malaikat datang menuntut untuk merenggut,
Manusia tak kuasa untuk berkata-kata,
Allah Maha Kuasa atas syurga dan Neraka,
Terimalah habuanmu seadanya..
Memang benar!!! Menuntut ilmu itu ibadah, kalau niatnya untuk ibadah, tetapi kebanyakannya belajar agar mudah mencari pekerjaan. Sekiranya belajar itu tidak membantu menambah pendapatan kita, kita tidak akan belajar...
Memang benar!!! Bekerja cari nafkah itu ibadah, tapi bekerja yang bagaimana? Ramai orang bekerja untuk hidup bermewah-mewahan dan amat kurang sedekahnya.
" Jarang ada yang menolak untuk dipuji dan dipuja tatkala berjaya "

Lalu Bila Nak Beribadah???
Oh! mungkin solat 5 waktu itu dianggap sudah mencukupi... !
Karena kita fikir; solat wajib besar pahalanya, solat amalan pertama yang dihisab, solat jalan untuk membuka pintu syurga...
Benarkah solat kita itu mencukupi dan diterima !!?

Berapa banyak solat kita dalam 50 tahun???
1 solat = ± 10 minit ..... 5x solat = ± 1 jam
Dalam waktu 50 tahun waktu yang terpakai utk solat = 18250 hari x I jam =18250 jam= 2 tahun

Kesimpulan: waktu yang kita manfaatkan dalam 50 tahun di dunia cuma 2 tahun untuk solat ( ini kalau yg solat 10minit! Kalau solat macam ayam patuk tanah..amacam? ) 2 tahun dari 50 tahun kesempatan kita....itupun belum tentu solat kita bermakna berpahala dan di terima.
Dan sekiranya pahala solat kita selama 2 tahun tidak sebanding dengan perbuatan dosa-dosa kita selama 50 tahun; dalam percakapan kita yang selalu dusta, baik yang sengaja ataupun tidak, dalam pertuturan kita yang sering mengguris orangtua kita, dalam harta kekayaan kita yang selalu kedekut terhadap orang faqir, dalam setiap perbuatan kita yang selalu bergelumang dosa...

Logiknya:
Bukan satu yang mustahil kita umat akhir zaman akan berhamburan di neraka untuk mendapatkan balasan kelalaian... .........
Terlalu banyak masa yang terbuang percuma selama manusia hidup di dunia dan semuanya itu akan menjadi bencana..... .......

Penyelesaian:
Tiada kata terlambat walaupun waktu berlalu cepat, isilah ia dengan sesuatu yang bermanfaat!! !!!!!
Ingatlah negeri kita...Akhirat


P/S: Sekadar ingat-mengingati sesama insan.....

Wednesday, August 19, 2009

RaHSia PeMBeRiaN HaDiaH.....


Bila aku buka email pagi tadi aku ada terbaca tentang rahsia pemberian hadiah. Aku tak taw la betul atau tidak jadi kita layan je la artikel ni…..

Hadiah yang anda beri kepada kawan/kekasih/ isteri/suami anda mempunyai maksud yang tersirat…

JAM TANGAN = Tanda meningati setiap masa dan waktu.

CINCIN = Tanda ikatan kasih yang abadi.

GELANG = Tanda mesra

RANTAI LEHER = Ikatan cinta yang perlu perhatian.

SUBANG = Tanda penghargaan dan penghormatan.

KASUT = Sentiasa mengambil berat/prihatin.

PAKAIAN/KAIN = Semoga kasih berkekalan dan dekatselalu.

PAYUNG = Tanda kasih dan sentiasa ingin melindungi.

MINYAK WANGI = Tanda cinta

BINGKAI GAMBAR = Sentiasa merindu dan tak ingin berjauhan.

BUKU = Bersifat terbuka dan bertolak ansur.

BUNGA = Tanda perkenalan dan tanda sayang

COKELAT = semanis cintamu.

LAGU/CD/KAD UCAPAN = mengabadikan cinta

SEJADAH DAN ALQURAN= tandanya kekasihnya itu menyayanginya dunia
dan akhirat.

Satu lagi… . zaman mellinieum.. . .

HANDPHONE… tandanya… . kau jangan lari dariku!!!!.. . .. .aku kan cari
kamu walau dimanapun… melainkan kalau handphone tu ditutup… ..

HADIAH PALING BERHARGA DALAM DUNIA!! MASUK MEMINANG… … tandanya dia serius dan betul2 serius!!!!!.....


P/S:
Aku suka yg hadiah part last tue.......kalu dh suka, jumpa je org tua die......abis cita...... :)

Monday, August 17, 2009

'MuHaMMaD' - NaMa PoPuLaR Di BeLaNDa.....

Mohammed atau variasi dari nama Nabi Muhammad telah menjadi pilihan yang paling populer untuk nama bayi laki-laki di empat kota besar Belanda.

Badan keamanan sosial negeri tersebut menemukan bahwa nama-nama tradisional Belanda telah berganti di Amsterdam, Rotterdam, Den Hag dan Utrech sebagai wilayah tempat tumbuh dan berkembangnya umat Islam.

Di Den Hag, variasi dari nama nabi Muhammad telah menjadi urutan pertama, kedua dan kelima pada nama-nama yang terpopuler pada anak laki-laki, menggantikan nama-nama tradisional favorit seperti Jan, Luuk, Gijs atau Daan. Pada tingkat nasional, nama Muhammad saat ini menduduki urutan ke 16 untuk nama anak laki-laki terpopuler.

Angka-angka yang diperoleh oleh Bank Asuransi Sosial Belanda, berbeda dari statistik resmi, yang pada masa lalu dihitung dari berbagai ejaan seperti Mohammed, Muhamed atau Muhammad - sebagai nama-nama yang berbeda.

Hitungan pemerintah sebelumnya, memisahkan perbedaan variasi nama, menghindari kontroversi nama Nabi Muhammad masuk dalam 20 besar nama yang paling banyak dipakai untuk anak laki-laki.

Geert Wilders pimpinan sayap kanan partai kebebasan yang anti Islam, meminta pemerintah menginvestigasi setelah adanya laporan akhir pekan lalu yang menyebut lebih dari seperlima Uni Eropa diramalkan umat Islam akan menjadi mayoritas pada tahun 2050.

Statistik resmi menunjukkan masyarakat Eropa sedang mengalami peningkatan imigrasi dan tren pertumbuhan yang tinggi dari umat Islam. Pada tahun 2008 hanya 5 persen dari total penduduk Uni Eropa adalah Muslim. Namun rendahnya tingkat kelahiran penduduk Eropa mengakibatkan meningkatnya pertumbuhan umat Islam yang merupakan penduduk imigrasi dari negara-negara Muslim.

Penelitian baru-baru ini telah menunjukkan bahwa ketakutan atas radikalisasi anak muda Islam semakin besar.

Muhammad juga merupakan nama paling populer di dunia. Hal ini dengan cepat menjadi nama yang populer di AS dan Inggris. Dilaporkan nama Muhammad menjadi nama anak bayi laki-laki kedua terpopuler di Inggris. Secara keseluruhan nama Muhammad adalah nama keluarga yang paling umum di antara nama yang sering dipakai di keluarga Muslim di seluruh dunia.

Sumber

Friday, August 14, 2009

Thursday, August 13, 2009

aSRi RaBBaNi 'PeRGi TaK KeMBaLi'.....


Ketua kumpulan nasyid Rabbani, Mohamad Asri Ibrahim, 40, meninggal dunia di Hospital Pantai, Kuala Lumpur kira-kira jam 11 pagi tadi kerana sakit jantung.

Penyanyi utama kumpulan itu pengsan kira-kira 10.30 pagi setelah 20 minit menyertai program Syahadah musim kelima di Angkasapuri dan seterusnya dikejarkan ke hospital berkenaan.

Menurut Mohd Asri Ubaidullah, seorang anggota Rabbani yang ditemui di hospital swasta itu, allahyarham mengalami muntah-muntah dan mengadu sakit sejak Subuh tadi.

Allahyarham kemudian mengambil susu, madu dan limau untuk mengurangkan kesakitan tersebut, tambah anggota Rabbani itu.

Sewaktu tiba di stesen RTM untuk program tersebut, Asri sudah dalam keadaan lemah tetapi berkeras ingin menjayakan rakaman program tersebut yang akan disiarkan pada bulan Ramadhan tidak lama lagi.

Difahamkan, jenazah beliau akan dibawa Bukit Lancong dekat Shah Alam selepas ini.

Ibu allahyarham, yang berkerusi roda, kelihatan masuk ke Hospital Pantai, jam 1 tengah hari tadi.

Sebelumnya, turut menziarahi jenazahnya di situ, pegawai-pegawai Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan.

Penyanyi lagu 'Pergi tak kembali' lahir pada 3 Ogos 1969 di Klang, Selangor dan menyertai Rabbani sejak ia ditubuhkan pada 1 Mac 1997 dengan dianggotai lapan lagi anggota.

Beliau sebelum itu bersama satu lagi kumpulan nasyid terkenal Nadamurni.

Selain Asri dan Mohd Asri, kumpulan nasyid itu turut disertai Azadan Abdul Aziz, Muhammad Luqman Abd Aziz, Muhammad Rithauddeen Yaakob, Mohamad Afandi Shahbudin, Ahmad Shafie, Nazrul Azhar Tamrin dan Zulkiflee Azman.

Lebih 12 tahun dalam industri ini, Rabbani menghasilkan 19 album, antaranya Arah: Dari Mana Ke Mana (1997), Pergi Tak Kembali (1999), Intifada (2000), Yalla Beena (2004) dan yang terbaru Nostalgia Nada Murni.

SuMBeR: MaLaYSiaKiNi


P/S:
Semoga roh beliau dicucuri rahmat dan ditempatkan di kalangan orang2 yg soleh......

Monday, August 10, 2009

KaLau BN-UMNO SeMua BoLeH, KaLau aNWaR SeMua TaK BoLeH.....

Orang UMNO,Pewaris dan Pekida kata bahawa patung replika Anwar ini satu perkara yang khurafat??Mendewa-dewakan pemimpin..........Orang MCA plak kata, buang duit je wt suma ni.....salur kat org miskin lg baik......



TAPI......kalu replika kat bwh ni plak, apsal diorg x komen satu apa pun????.........mna org2 yg kutuk replika anwar ibrahim dlu??????........diorg xmo kutuk gmbr ni plak ke???.......




P/S: Sifat suka mengampu byk terserlah kat pemimpin2 sekarang......ape nak jadi pun aku xtaw le........huhuhu.......

Sunday, August 9, 2009

HaRaM MeLeTaK BuNGa Di TuGu.....



Ini pula petikan khutbah Jumaat dari JAIS ,

Islam ada cara tersendiri menyambut sambutan ataupun perayaan. Dan apa yang pasti Islam tidak pernah mengizinkan sambutan dan perayaan itu dicampuri unsur-unsur maksiat dan penderhakaan kepada Allah apa lagi melibatkan unsur-unsur syirik seperti unsur pemujaan kepada kubur-kubur, patung, termasuk tugu pahlawan dan sebagainya yang bertentangan dengan akidah Islam.

Justeru kita mencadangkan agar Umat Islam tidak terikut-ikut dengan budaya bukan Islam dalam menyambut ketibaan Hari Pahlawan. Sebaiknya sambutan ini hendaklah diisi dengan ceramah-ceramah kesedaran pentingnya berjihad menjaga tanah air, solat hajat untuk keselamatan negara, bacaan tahlil dan doa untuk pahlawan dan pejuang negara yang telah pergi atau yang masih hidup, mengadakan pameran dan paparan berkenaan sejarah pejuang-pejuang terdahulu untuk merangsang semangat dan memotivasikan generasi hari ini dan juga menyusun program-program atau aktiviti lain yang difikirkan perlu untuk mendidik masyarakat agar mengimbau serta mengenang para pahlawan terdahulu.

Rasional Islam melarang pengalungan bunga pada tugu peringatan atau pemujaan kepada patung walaupun atas alasan penghormatan dan mengenang jasa-jasa pahlawan ialah:
1. Sabda Nabi SAW yang diriwayatkan oleh Imam Bukhari dan Muslim menyatakan bahawa rumah-rumah yang ada patung tidak akan memasuki ke dalamnya Malaikat Rahmat:
Maksudnya:
Sesungguhnya Malaikat tidak akan masuk rumah yang di dalamnya ada patung.
2. Akan disiksa orang yang menciptakan patung-patung sebagaimana dijelaskan oleh dalil hadis muttafaqun a'laih :

Maksudnya:
Sesungguhnya orang-orang yang menciptakan patung-patung ini akan disiksa pada hari kiamat, seraya dikatakan kepada mereka, hidupkanlah apa yang kamu ciptakan itu.

3. Firman Allah dalam hadis qudsi diriwayatkan oleh muttafaqun a'laih bahawa orang yang menciptakan sesuatu (patung) seperti ciptaan Allah akan disebut sebagai zalim:

Maksudnya:
Siapakah yang lebih zalim daripada orang yang hendak menciptakan sesuatu seperti ciptaan-Ku? Kerana itu cubalah mereka membuat sebutir zarrah (atom) atau membuat sebutir gandum.

4. Keputusan Majlis Fatwa Negeri Selangor (14 September 1995) telah memutuskan bahawa upacara hari pahlawan dengan meletakkan kalungan bunga di tugu peringatan hukumnya haram. Hukum perbuatan mengagungkan patung atau tugu yang diukir atau dibentuk seperti manusia adalah haram kerana ia boleh membawa kepada syirik yang merosakkan akidah Islam.


P/S: Dah kata haram hukum letakkan kalungan bunga kat tugu peringatan tapi tengok 2 org pemimpin negara kita letak kalungan bunga kat tugu tu......korg pikir2 sendri la pe maknanya ea............. :)

Friday, August 7, 2009

KeLaS GaNTi EEE350: CoNTRoL SYSTeMS.....

Berikut adalah masa dan waktu kelas ganti eee 350: control systems -->



*klik gambar utk besarkan*


4 PeRiNGKaT DoSa.....


Dosa Peringkat Pertama


Seseorang membuat dosa serta lambat menyesali perbuatannya atau pun lambat bertaubat atas dosanya. Ini adalah peringkat awal bagi orang yang membuat dosa. Jika seseorang itu berterusan membuat dosa pada peringkat pertama ini, maka ia akan secara automatik akan naik kedosa peringkat kedua.

Dosa Peringkat Kedua

Seseorang itu akan membuat dosa dan tidak merasai apa-apa diatas perbuatannya. Peringkat ini amat bahaya kerana ianya adalah bibit-bibit permulaan yang boleh menggugurkan iman seseorang.

Dosa Peringkat Ketiga

Seseorang itu membuat dosa dan merasa bangga dengan perbuatan dosanya.
Peringkat ini akan sampai kepada suatu situasi dimana orang yang membuat dosa mula merasa sombong, bongkak dan riak Ucapannya juga akan membawa kepada unsur MURTAD. Contohnya ucapan, "Aku minum arak ni biasa ajee..setakat sebotol tak mabuk lagi. "Selepas peringkat ini seseorang itu akan sampai ke peringkat keempat.

Dosa Peringkat Keempat

Seseorang itu akan membuat dosa, bangga dengan perbuatannya dan mula MEMANDANG HINA ATAS KEBAIKAN ATAU KEBAJIKAN. Pada peringkat ini orang tersebut mula mencabar Al-Quran, Hadis & Sunnah kerana sifat sombong, bongkak dan riak sudah sepenuhnya menguasai diri.

Oleh itu, hendaklah kita sentiasa berkira-kira tentang perbuatan kita setiap hari dan cepat-cepat bertaubat atas kesilapan atau perbuatan kita yang berdosa dan masuklah kita di kalangan orang-orang yang bertaqwa disisi Allah.

Seseorang sahabat pernah bertanya kepada Rasullullah, "Wahai Rasulullah akan adakah orang yang menyeru kearah kejahatan dan dosa setelah datangnya islam yang lengkap ini." Rasullullah menjawab," Ia, memang akan ada pendakwah neraka di akhir zaman setelah datang islam yang lengkap." Sahabat bertanya, "Wahai Rasulullah apa yang perlu aku lakukan sekiranya aku
bertemu zaman itu dan pendakwah neraka tersebut". Rasulullah menjawab,"Hendaklah kamu cari ulama-ulama benar (ulama pewaris nabi) dan berpeganglah kamu kepadanya dan jangan sekali kali kamu lepas darinya."

"Wahai orang-orang yang beriman!Jika datang kepada kamu sesuatu berita,maka selidikilah kebenarannya, supaya kamu tidak menimpakan sesuatu kaum dengan perkara yang tidak diingini dengan sebab kejahilan kamu ( mengenainya ) sehingga menjadikan kamu menyesali apa yang kamu lakukan." ( al-Qur'an,al-Hujurat ( 49 ):6 ).

Thursday, August 6, 2009

KoNVoi BeRMoToRSiKaL Ke KeLaNTaN (BaHaGiaN 3).....

Salam.....ni story bahagian terakhir konvoi aku ke kelantan.......

SABTU 1/8/2009

Hari ni jaji bwk kami g mandi sungai......sungai ni terletak kat sempadan negeri Terengganu-Kelantan.......LATA TEMBAKAH.......jauh gak le tempat ni ngan umah jaji.......naseb bek la, kami g sana nek van bapak jaji......kalu tak, aku xtaw la punggung aku ni kebas lg la jawabnya duk atas sit moto........hehehe.....

Dlm ari ke-3 ni, de kemunculan watak baru dlm pengembaraan kami........KANNOVA......apsal die xde wktu kami p kelantan nek moto ari tu????......sebabnye die konvoi nek BAS...........apsal die nek bas????......tu korg kna tnya kat die sendri le......kalu nk tnya aku, korg ym je aku......kita bley gosip2 kat ym......hehehehe....


*jaji, si pemandu pelancong*

*"aku korek gak lobang idung lu", ujar barut*

*baol yg kepenatan......(bkn die yg bwk van pun....heran tul aku)*

*"bila la nk sampai ni.....jauh lg ke????", bilangku dlm ati*

*selamat dtg ke Lata Tembakah*


Pas sampai sna apa lg.......terjun sungai le yop!!!!!!!!!!!!!!!!!......hahahaha.......bawah ni serba sedikit gambar sungai kat Lata Tembakah ni.......layannnnnnnnnnnn!!!!!!!!..........



Ni plak xtiviti2 kami semasa sesi bermain air.......xleh letak byk sgt gambr.....ramai yg mndi dgn mendedahkan aurat......so, aku amik part2 yg sesuai di tonton umum je........hehehehe.....

*help2!!!....kami di tolak arus...*

*baol mempraktikkan 'hikmat naga kelaparan'*

*makhluk tuhan plg kiut.....hehehe....*

*don't try this at the river*

Lama gak le kami mandi sungai ni.......lbey kurg 2 jam gak le.......pas mandi, kami pun gerak balik.....tp sebelum tu, kite bergambar la dlu......hehehehe......



Pas bergambar ni, kami pun trus berambus balik umah.........kat dlm van, suma org terbongkang tido......nseb bek jaji x tido sama......kalu x, sapa nk bwk van bwk balik...hehehehehe......

*sampai menutup mata.....*


Tu cita xtiviti pg sampai petang kami........xtiviti mlm nye plak, xde pa2 le sgt......kami just pegi mkn mlm kat gerai yg berdekatan dgn Pasar Besar Siti Khadijah.......maklumlah, kami nk balik dh esok arinye, so kami perlu le simpan tenaga utk perjalanan balik yg agak jauh.....

AHAD 2/8/2009

Planning balik kul 7 pg dilajakkkan hingga kul 8pg disebabkan masalah teknikal.....masalah ape???.....lu pikir la sendri......hehehe......

Perjalanan balik ni le yg terpalit satu kisah mimpi ngeri kat aku......apsal???......sebab aku ACCIDENT......aku yg tgh sedap2 bwk moto laju2, bley plak tetiba je de satu bijik bas dtg masuk jln aku......

Mmg cam superman gak le aku jatuh......nseb bek la aku hnya luka sedikit je.......tp trauma gak le aku 2-3 ari..........moto aku????......side mirror tercabut, body calar.......bas tu plak????.....die blah wat donno je.....haram jadah tul la......

Tapi thanz byk2 le kat BARUT & BAOL sebab byk tolong aku redah pengalaman ngeri aku ni.........termasuk skali abg botak si pemandu lori yg sggup tolong aku gak.........JASA KORANG AKAN KU KENANG......

*aku semasa ari kejadian*

*tq kpd abg botak*

*naseb bek x ilang janggut aku*

*motoku yg msih bernyawa di ujung sana*

*jam tgn aku yg dlm kenangan*


Itu je la pengalaman aku semasa konvoi ari tu yg aku bley ceritakan......pas ni aku cadang nak g konvoi PENANG-KL-MELAKA-N. SEMBILAN-JOHOR...........tp xtaw lg bla.......de sape nk join?????.......sekian....wasalam...

PENGHARGAAN : jaji (pemandu pelancong), parents jaji (kasi kami tumpang bermalam & kasi kami mkn sedap2), barut & baol (tlg aku wktu xcident & jugak semasa konvoi) & kannova (tukang tgkap gambar)..........