Followers

Saturday, June 13, 2009

KeMBaLiNYa SYeiKH FaTHi YaKaN Ke RaHMaTuLLaH.....


Al-ustaz Fathi Yakan telah meninggalkan kita sebentar tadi (1933 – 2009), pd usia 76tahun. Jasanya sangat besar dalam mewarnai dunia harakah islamiyyah. Semoga beliau ditempatkan bersama para syuhada' :


Kitab karangannya yang tersohor Apa Erti Saya Menganut Islam (atau lebih popular dengan panggilan 'Maza Yakni') menjadi rujukan kebanyakan usrah pelbagai wadah. Penulisannya yang tersusun rapi menyemai kefahaman yang jitu tentang definisi seorang penganut Islam yang benar-benar berperibadi Muslim.

Dr. Fathi Yakan ialah ulama' dan pendakwah Islam yang terkemuka. Berkelulusan Ph.D. dalam Bahasa Arab dan Pengajian Islam, beliau merupakan antara penggerak awal gerakan Islam sekitar tahun 1950.

Beliau juga merupakan Setiausaha Agung Al-Jamaa Al-Islamia Lubnan sehingga beliau memenangi kerusi Parlimen di Lubnan. Beliau ialah aktivis utama dalam arena politik, kelihatan paling jelas semasa pilihanraya pada tahun 1996.

ZaiD iBRaHiM MaSuK PKR.....


Bekas menteri di jabatan perdana menteri, Datuk Zaid Ibrahim secara rasminya menyertai PKR hari ini.

Ketika mengumumkan perkara itu, ketua umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, Zaid akan dilantik menganggotai Majlis Kepimpinan Tertinggi (MPT) parti itu.

Katanya, Zaid secara rasminya akan mengisi jawatan tersebut selepas disahkan presiden Datuk Seri Wan Azizah Ismail dan setelah “dirasmikan dalam mesyuarat” secepat mungkin.

Bercakap dalam satu sidang akhbar di Bangi hari ini, Anwar berkata, Zaid juga akan dilantik sebagai anggota biro politik PKR. Turut sama naib presiden, Sivarasa Rasiah dan Setiausaha Agung PKR, Datuk Salehuddin Hashim.

Anwar juga menyifatkan penyertaan Zaid itu sebagai satu penghormatan kepada PKR.

"Ini berita yang cukup menggembirakan. Ia berkuatkuasa hari ini. Satu penghormatan dan lonjakan kepada perjuangan kita,” katanya.

Zaid, tambahnya merupakan seorang yang serius mempertahankan hak asasi dan kebebasan badan kehakiman di Malaysia.

"Sikap ketegasan dan keberanian beliau (dapat dilihat), terutama dalam isu hak asasi, kebebasan, proses demokrasi dan bebebasan badan kehakiman,” katanya.

Reaksi Zaid

Anwar yang juga ketua pembangkang, turut menganggap penyertaan Zaid itu sebagai satu langkah positif kepada PKR dalam usaha untuk mengukuhkan hubungan dalam Pakatan Rakyat.
"Saya percaya perkara ini akan dibincangkan dalam mesyuarat Pakatan Rakyat. (Presiden PAS, Datuk Seri) Hadi tidak ada sekarang. Mesyuarat akan diadakan Isnin depan (bila Hadi dapat hadir).

Sementara itu Zaid berkata, beliau menyertai PKR kerana yakin dengan parti pelbagai kaum itu yang mahu membela nasib rakyat.

“Saya percaya, kalau diberi peluang, saya akan berusaha membantu Anwar dan pemimpin lain. Saya berminat dan berhasrat mengukuhkan Pakatan rakyat," katanya.

Menurut Zaid lagi, beliau bersedia membantu Pakatan menjadi alternatif yang benar-benar rakyat boleh harapkan untuk menubuhkan kerajaan yang baik.

Bagaimanapun, dengan merendah diri Zaid berkata: "Saya belum pakar lagi. Saya harap dapat memainkan peranan. Saya bukan pakar.”

Ditanya kenapa beliau mengumumkan penyertaannya hari ini, Zaid berkata:

“Saya selalu ingin sertai PKR. Saya beritahu Anwar. Tetapi saya rasa hendak berehat sekejap. Jadi, saya rasa hari ini hari yang sesuai.

“Ini hari yang bersejarah apabila kita akan meminda perlembagaan,” katanya.


SuMBeR: MaLaYSiaKiNi

Thursday, June 11, 2009

MuSTaFa aLi, SeTiauSaHa aGuNG PAS YaNG BaRu.....

Seperti yang diramalkan Datuk Mustafa Ali telah dilantik sebagai Setiausaha Agung PAS yang baru menggantikan Dato’ Kamarudin Jaffar, manakala Ustaz Idris Ahmad dilantik sebagai Ketua Penerangan.

Dr Hatta Ramli pula dikekalkan sebagai Bendahari manakala Datuk Abdul Halim Abdul Rahman dilantik sebagai Ketua Pengarah Pilihan Raya PAS yang baru.

Pelantikan mereka diputuskan dalam mesyuarat pertama AJK pusat di ibunegara hari ini.

Bekas-bekas Naib Presiden, Dato Husam Musa dan Mohamad Sabu yang tewas dalam pertandingan kerusi Timbalan Presiden dilantik sebagai Ahli Jawatankuasa tambahan.

Selain itu, Ahli Dewan Undangan Negeri Paroi, Mohd Taufek Abdul Ghani dari Negeri Sembilan adalah satu-satunya muka baru yang dilantik.

Dr Mariah Mahmod dan Anuar Tahir turut dilantik semula.

aKiBaT BaNGSa Ku PiNGGiRKaN iSLaM.....

Kekuatan orang Melayu bukan pada bangsa dan bukan pada semangat kebangsaan Melayu. Perjuangan ini telah kita lalui terutama sejak merdeka semangat Melayulah yang kita laungkan selalu. Hasilnya juga telah kita tahu.

Begitu lama perjuangan kita atas nama Melayu semakin layu, ekonomi sahaja pun belum selesai lagi hingga kini. Padahal keistimewaan-keistimewaan telah diberi kepada orang Melayu lebih dari perlu hingga bangsa lain iri hati. Namun ekonomi masih terkebelakang lagi, kecuali sesetengah individu Melayu.

Di segi pendidikan dan pelajaran kita bangga di satu segi iaitu selepas merdeka ramai orang Melayu yang pandai dan cerdik, ramai yang ada degri tapi orang Melayu yang pandai tidak mampu berdikari kecuali makan gaji.

Ramai yang berilmu tidak ramai yang tawadhuk dan merendah diri. Orang pandai sikap hidup nafsi-nafsi, fikir diri, yang miskin disuruh kerajaan membela sedangkan orang-orang pandai berdiam diri, tidak peduli.

Di segi politik pula semakin ke hujung semakin tidak stabil, politik wang dan jatuh-menjatuhkan menjadi budaya dan menjadi-jadi. Di sudut perpaduan jauh daripada yang dikehendaki. Bukan sahaja perpaduan bangsa belum terjadi perpaduan di dalam parti pun belum terjadi lagi.Hakikat ini kita terpaksa akui.

Ada satu aspek yang ini memang kita berpuas hati iaitu kemajuan di bidang pembangunan amat pesat yang ini kita berpuas hati. Di bidang ini dunia memang akui bahkan iri hati tapi side effect yang negatifnya hasil pembangunan sangat menakutkan. Orang Melayulah yang ramai terlibat dengan gejala yang negatif itu.

Dadah orang Melayulah yang ramai terlibat, rasuah orang Melayu yang ramai, budaya lepak anak-anak Melayulah yang banyak.Gangsterisme di sekolah anak Melayu jugalah yang ramai terjebak, sumbang muhram, buang bayi, orang Melayulah yang banyak. Terjebak dengan skin head, black metal, dan budaya liar anak Melayu yang ramai.

Belum lagi kita perkatakan jenayah ragut, ugut, rokok Melayulah yang ramai. Jenayah berat seperti rogol, bunuh, pergaduhan, murtad anak Melayu juga yang ramai. Kes-kes rumahtangga, cerai-berai, tidak bertanggungjawab terhadap keluarga orang Melayu nombor ONE.

Setelah kita paparkan gejala yang tidak sihat di kalangan orang Melayu bolehkah kita tolak?

Sudah tentu kita terpaksa menerima dengan penuh malu dan dukacitanya dan ini adalah hasil perjuangan orang Melayu dengan semangat kebangsaannya bukan! Sebenarnya kekuatan orang Melayu bukan pada semangat Melayunya. Orang Melayu ada Tuhan, ada Islam di sinilah kekuatan Melayu seperti orang Arab di zaman Rasul menjadi empayar mereka tidak memperjuangkan bangsa Arab.

Tetapi mereka memperjuangkan Tuhan dan Islam akhirnya bangsa Arab terbela. Bangsa Turki menjadi empayar bukan mereka memperjuangkan bangsa Turki mereka memperjuangkan Tuhan dan Islam akhirnya bangsa Turki terbela.

Mengapa orang Melayu tidak belajar dengan sejarah ini?!

Orang Melayu ada Tuhan, ada Islam. Mengapa orang Melayu tidak perjuangkan Tuhan dan Islam? Kalau orang Melayu memperjuangkan Tuhan dan Islam, orang Melayu dengan sendiri terbela.

Formulanya, perjuangkan Tuhan dan Islam dalam hidup, insyaAllah, Melayu akan terbela.

Wednesday, June 10, 2009

PKR MaHu JaDi 'PaLiNG DeMoKRaTiK' Di MaLaYSia.....


PKR akan mengadakan kongres nasional khas Sabtu ini untuk membincang dan meluluskan tujuh usul penting termasuk menghadkan tempoh presiden, menambah jumlah naib presiden serta memperuntukkan 30 peratus jawatan penting kepada wanita.

Empat usul ialah mengurangkan had umur ahli Angkatan Muda PKR (AMK) daripada 40 kepada 35 tahun; memindahkan hak memilih pucuk pimpinan kepada ahli biasa; memperkenalkan sistem undi sulit dalam parti; menukar istilah bahagian kepada cabang, cawangan kepada ranting, majlis kepimpinan tertinggi kepada majlis pimpinan dan badan perhubungan negeri ditukar kepada majlis pimpinan negeri.

Naib presiden yang juga pengerusi jawatankuasa pindaan perlembagaan, R Sivarasa berkata, semua usul tersebut akan dibincang dan diluluskan dalam kongres khas sehari itu yang akan membabitkan perlembagaan parti.

Katanya, jawatankuasa tersebut ditubuhkan Oktober tahun lalu dan telah mengumpulkan maklum balas daripada negeri-negeri berhubung cadangan pindaan tersebut.

Sivarasa berkata, usul-usul tersebut adalah amat penting dalam memperkukuhkan amalan demokrasi dalam parti itu.

Ahli mencecah 300,000

Kongres tersebut akan berlangsung di pusat konvensyen, Kolej Universiti Islam Selangor (KUIS) Kajang, bermula jam 8 pagi.

Setakat ini, kata Sivarasa yang juga ahli parlimen Subang, PKR mempunyai kira-kira 300,000 ahli di mana keahliannya mencecah kira-kira 10,000 setiap bulan.

Sehubungan itu, katanya, PKR akan meminda sistem pemilihan parti untuk membolehkan ahli biasa di semua peringkat dalam parti memilih pucuk pimpinan.

"Ia adalah untuk menunjukkan komitmen untuk reformasi dalam parti.

"(Pindaan) dapat membantu menghapuskan kecenderungan yang kurang sihat seperti politik wang dan amalan cawangan hantu, seperti yang dilihat dalam parti politik lain di Malaysia.

"Sekiranya ia diluluskan, PKR akan mencatat sejarah sebagai parti politik pertama memberi hak kepada ahli untuk memilih pucuk pimpinan parti," katanya lagi dalam sidang akhbar hari ini.

Dalam kongres khas itu, Sivarasa berkata, pihaknya juga akan mendapatkan sokongan dua pertiga daripada perwakilan untuk menghadkan tempoh seorang presiden.

Katanya, tempoh tersebut dicadangkan hanya dihadkan kepada tiga penggal atau sembilan tahun.

Sistem pemilihan


Berhubung tentang sistem pemilihan dalam parti pula, PKR akan mengadakan pemilihan yang bebas dan akan menginstitusikan amalan undi sulit dalam parti.

"Ini adalah untuk memperkukuhkan amalan demokrasi dalam parti," katanya.

Sehubungan itu, kata Sivarasa, pihaknya bercadang untuk menggunakan dakwat kekal, sebagai satu usaha untuk menunjukkan pemilihan pucuk pimpinan berjalan dengan lancar.

Mengulas lanjut mengenai cadangan pindaan yang berkaitan dengan umur dalam AMK, Sivarasa berkata, pelaksanaannya akan berkuatkuasa serta merta bagi semua jawatan yang dilantik.

Bagaimanapun, pemilihan tahun depan, masih menggunakan had umur 40 tahun kerana atas sebab-sebab teknikal dan dijangka bakal dilaksanakan sepenuhnya selewat-lewatnya tahun 2013.

Mengenai memberi peruntukkan kepada wanita sebanyak 30 peratus untuk memegang jawatan dalam parti, beliau berkata, setahunya, tidak ada parti di Malaysia yang memberi komitmen sebesar itu kepada wanita.

Ganti istilah

"Pindaan struktur pimpinan dalam parti dibuat kerana PKR benar-benar mahu mejadikan sebuah parti yang bersifat nasional," kata Sivarasa sambil menambah PKR kini mempunyai sebanyak 190 bahagian termasuk Sabah dan Sarawak.

Mengenai pertukaran nama bahagian kepada cabang dan cawangan kepada ranting, Sivarasa berkata, pertukaran tersebut bertujuan untuk menggantikannya dengan istilah yang lebih "progresif dan saksama".

"Kita mahu menjauhkan dari istilah yang diungkit sebagai mempunyai unsur struktur tradisional atau struktur feudal," katanya.

Menurut Sivarasa, PKR juga akan meminda perlembagaan bagi menambah jawatan naib presiden, kepada tujuh orang.

Setakat ini, PKR mempunyai lima orang naib presiden.

PKR menjangka kira-kira 2,500 perwakilan akan menghadiri kongres khas tersebut.

BuNuH uMaT iSLaM YaNG SeDaNG SoLaT, SaTu TiNDaKaN BaCuL.....

Tragedi masjid al furqan thailand Kejam dan tidak berperikemanusiaan! Mungkin itu yang dapat digambarkan tentang pembunuhan 11 jemaah ketika solat isyak di Masjid Al-Furqan di Kampung Air Tempayan, 50 kilometer dari bandar ini kira-kira pukul 8.50 malam tadi (waktu Malaysia).

Setelah melepaskan tembakan dari dua pintu masuk masjid, enam penyerang itu dikatakan masih tidak berpuas hati dan masuk ke dalam masjid sebelum melepaskan beberapa das lagi tembakan bagi memastikan jemaah terbabit benar-benar mati.-Utusan Malaysia

Sesungguhnya orang yang melakukan aksi ganas ini adalah kalangan mereka yang bacul dan penakut. Mereka gentar berhadapan dengan umat Islam di medan pertempuran dan hanya berani bertindak bila umat Islam sedang solat.

Segelintir penduduk mendakwa bahawa ini adalah tindakan pihak tentera, bertujuan untuk membangkitkan kemarahan tentera pemisah Islam di Selatan Thailand.

Ia juga dilakukan bagi mewujudkan suasana ketakutan serta sebagai alasan untuk tentera Thailand meneruskan peperangan dengan tentera pemisah.

Walau siapa pun yang lakukan perkara ini, hakikatnya mereka akan dilaknat Allah. 11 syuhada yang terkorban dihadapan Allah itu pasti akan diganjari nikmat syurga. Pemergian tragis mereka itu tidak sesekali melemahkan semangat juang para mujahid yang akan menuntut bela atas kematian mereka.

Bangkitlah tentera Allah, ajarkan musuh-musuh Allah itu dengan erti kemanusian. Tunjukkan mereka jalan pulang ke pangkal jalan atau habiskan sahaja nyawa mereka jika masih mahu memerangi umat Islam.

Kedamaian tidak akan tercapai di Selatan Thailand selagi Kerajaannya mengamalkan sikap konfrontasi dengan pejuang Islam disana.


P/S: TaKZiaH DiuCaPKaN & SeMoGa RoH MeReKa DiCuCuRi RaHMaT ALLAH.....


Monday, June 8, 2009

aNWaR iBRaHiM aLuKaN DiaLoG oBaMa - NeGaRa iSLaM.....


Ketua Pembangkang Anwar Ibrahim mengalu-alukan usaha Presiden Amerika Syarikat Barack Hussein Obama merapatkan jurang dunia Islam dan Barat.

Dalam temubual secara langsung oleh British Broadcasting Corporation (BBC), Anwar berkata walaupun penyelesaian kepada kemelut Islam-Barat belum lagi kelihatan, namun rangka lawatan Obama adalah langkah permulaan merungkai konflik itu.

Anwar berkata ucapan Obama di univerisit Kaherah baru-baru ini mampu menganjak hubungan antara Amerika Syarikat dan Islam di rantau Timur Tengah. Apa yang perlu, katanya, adalah dialog berterusan dengan gerakan-gerakan Islam.

"Ucapan Barack Obama amat berani dan bermakna. saya tidak percaya ia boleh memuaskan semua pihak, bagaimanapun penting untuk kita lihat bahawa beliau dalam ucapannya merujuk kepada Hamas dan peranan gerakan itu, komitmen beliau untuk menarik keluar tentera Amerika Syarikat dari Iraq, serta penyelesaian kepada krisis Israel-Palestin," kata Anwar.

"Namun apa yang kritikal adalah bagaimana dunia Islam akan respon kepada seruan beliau: Hamas harus digalakkan untuk respon, Iran perlu digalakkan untuk menyertai siri-siri rundingan walau bagaimana sukar sekalipun, kerana ini peluang terbaik untuk dunia Islam melihat seorang Presiden Amerika Syarikat yang komited dan berani," kata Anwar.

Presiden pada 4 Jun lalu mengadakan rangka lawatan ke Timur Tengah bagi menganjurkan dialog persefahaman bersama gerakan-gerakan Islam serta kerajaan-kerajaan rantau itu.Presiden kulit hitam pertama Amerika itu berkata perubahan mendadak yang dibawa oleh kemodenan dan kesejagatan menyebabkan ramai orang Islam memandang Barat sebagai musuh kepada tradisi Islam.

Bagi membuktikan keikhlasan lawatannya, Obama memetik al-Quran dan hadis sepanjang ucapan beliau. Obama juga mengelak dari menggunakan perkataan ekstremis Islam, menggantikannya dengan ekstremis ganas dan merujuk Palestin sebagai sebuah negara.Anwar mengingatkan bahawa gerakan-gerakan ganas yang bercambah hari ini bertitik-tolak dari ketiadaan proses demokrasi yang jitu serta ruang reformasi yang ditutup oleh pemerintah-pemerintah kuku besi yang diantaranya diangkat sendiri oleh Amerika Syarikat.

"Isu Arab-Israel adalah penting. Tidak ramai yang berpuas hati dengan cara Presiden menangani kes Afghanistan, tetapi apa yang melegakan adalah komitmen beliau kepada agenda demokrasi - bahawa kerajaan yang memerintah haruslah kerajaan yang dibentuk secara sah, dan menghormati sentimen rakyat," katanya.

"Kita bagaimanapun perlu melihat kesan dari kenyataan Barack Obama ini, kerana kritikan terhadap pentadbiran beliau dan pentadbiran sebelumnya adalah tingkah-laku yang bercanggah - antara seruan mereka kepada demokrasi dan reformasi, dan dalam masa yang sama sokongan terhadap diktator dan rejim-rejim penindas di serata dunia," tegas Anwar.

Anwar berharap Obama meminta maaf diatas tindakan Amerika Syarikat mempertahan keganasan ke atas masyarakat Islam di Palestin, Iraq, dan Afghanistan, namun apa yang lebih utama sekarang ini adalah merealisasikan ucapannya kepada kenyataan."Barack Obama adalah Presiden Amerika Syarikat, beliau bukanlah jurucakap dunia Islam, tetapi untuk beliau tiba di persimpangan ini dengan kenyataan yang kuat, merayu kepada dialog bersama dunia Islam sebagai rakan yang berdiri sama tinggi dan duduk sama rendah bukan sahaja unik, tetapi juga tidak terjangka," kata Anwar.

"Tetapi saya lebih prihatin dengan bagaimana dunia Islam akan menyahut seruan Obama itu. Osama bin Laden tidak mewakili sentimen Muslimin. Majoriti mahukan keamanan, keselamatan dan penghormatan. Saya percaya Hamas boleh diyakinkan untuk menyahut seruan Obama itu, tetapi Hamas tidak yakin kerana terdapatnya sikap berat-sebelah Amerika Syarikat dan perlindungan dan pengiktirafan kepada pengganas rejim Israel," kata Anwar.

"Namun sekiranya Obama boleh menyakinkan Hamas untuk sekurang-kurangnya duduk berunding, maka tentunya itu salah progres yang besar. Walaupun penyelesaian masih jauh, sekurang-kurangnya ia telah bermula," tegas Anwar. - TVA


Saturday, June 6, 2009

HuSaM BoLeH MeNaNG JiKa SaTu LaWaN SaTu.....

Datuk Husam Musa boleh memenangi jawatan timbalan presiden seandainya jika membabit satu lawan satu dengan penyandangnya Nasharuddin Mat Isa, demikian menurut kalangan perwakilan PAS.

Nasharuddin berjaya mengekalkan jawatan timbalan presiden dengan memperoleh 480 undi. Manakala Husam pula mendapat 281 dan seorang lagi calon, Mohamad Sabu mendapat 261 undi.

Keputusan itu menunjukkan undi yang diperolehi Husam dan Mohamad Sabu - bila digabungkan - berjumlah 542 - iaitu 62 undi lebih tinggi daripada undi yang diperolehi Nasharuddin (46.8%).

Husam dan Mohamad Sabu berkongsi pendirian menolak sebarang kerjasama dengan Umno. Manakala Nasharuddin pula adalah dari golongan ulama yang pro-muqabalah dengan parti tersebut.

Oleh itu, kalangan perwakilan berpendapat, seandainya pertandingan bagi jawatan tersebut hanya antara Husam dan Nasharuddin - maka peluang untuk exco kerajaan negeri Kelantan menang adalah lebih cerah.

Sebelum ini memang ada terdengar desas-desus mengenai usaha-usaha untuk memujuk Mohamad Sabu menarik daripada bertanding jawatan tersebut, untuk mencerah lagi peluang Husam.

Bagaimanapun, difahamkan usaha tersebut tidak berjaya. Malah Mohamad Sabu sendiri pernah menafikan ada usaha-usaha ke arah itu.

Sementara itu, daripada 18 calon yang terpilih menganggotai Jawatankuasa Pusat PAS - 12 daripadanya adalah dari senarai yang dikatakan diedar oleh penyokong Husam.

Bagaimanapun, difahamkan, tidak semua daripada 12 orang itu dilihat sebagai pro kumpulan Erdogan.

Enam daripada mereka dilihat rapat dengan kumpulan Erdogan - Dr Dzulkefly Ahmad, Datuk Kamaruddin Jaafar, Syed Azman Syed Nawawi, Dr Lo' Lo Ghazali, Datuk Seri Mohamad Nizar Jamaluddin dan Dr Hatta Ramli.

Bagaimanapun, ahli parlimen Shah Alam dari kumpulan Erdogan - Khalid Abdul Samad - gagal dipilih.

Manakala yang lainnya dari senarai yang sama tetapi dilihat lebih neutral ialah Abdul Ghani Abdul Rahman, Amiruddin Hamzah, Taib Azamudden Md Taib, Datuk Seri Azizan Abd Razak, Abdul Ghani Samsudin and Mazlan Aliman.

SuMBeR: MaLaYSiaKiNi

KePuTuSaN MuKTaMaR PAS Ke-55......

SHAH ALAM, 6 Jun (Hrkh) - Pengerusi Jawatankuasa Pemilih Muktamar PAS ke-55, Dato' Mustafa Ali mengumumkan, Ustaz Nasharudin Mat Isa menang jawatan Timbalan Presiden PAS menewaskan, Dato' Husam Musa dan Mohamad Sabu.

Sementara, bagi jawatan Naib Presiden, Salahudin Ayub, Tuan Ibrahim Tuan Man dan Dato' Mahfuz Omar menewaskan dua lagi pencabar, Mujahid Yusof Rawa dan Nik Amar Nik Abdullah.

KEPUTUSAN PENUH DARI BLOG MISBAHUL MUNIR
Keputusan diumumkan oleh Datuk Mustapa Ali

Timbalan Pengerusi Tetap :
Husin Ismail 609 undi

Timbalan Presiden :
Nasaruddin Mat Isa 480 undi

Naib Presiden:
Tuan IbrahimTn Man 879
Salehuddin Ayob 824
Mahfuz Omar 636

Jawatankuasa PAS Pusat:
Nizar Jamaluddin 854
Idris Ahmad 799
Kamaruddin jaafar 769
Ust Azezan Razak 653
Datuk Hasan Ali 642
Dr. hatta Ramli 638
Abd Ghani Shamsuddin 677
Abu Bakar Chik 622
Hanipa Maidin 622
Amiruddin Hamzah 606
Dr. Lo' Lo' 589
Ust Abd ghani Abd Rahman 584
Dr. Zulkifli Ahmad 536
Dr. Syed Azman 530
Ust Hashim Jasin 522
Mazlan Aliman 513
Ust Taib Azamuddin 508
Dr Mujahid Yusuf Rawa 448


Friday, June 5, 2009

uSuL JaWaTaN PReSiDeN Di TeRaJui uLaMa DiToLaK.....

Usul Dewan Ulama PAS supaya jawatan kanan parti - presiden, timbalan dan seorang naib presiden - diperuntukkan kepada ulama telah ditolak, kata Pengerusi Jawatankuasa usul Muktamar PAS, Mahfuz Omar.

Beliau yang juga ketua penerangan PAS berkata, usul itu ditolak kerana tidak cukup kriteria untuk dibahaskan.

Katanya, cadangan itu perlu dibincangkan di peringkat jawatankuasa PAS Pusat, terlebih dahulu kerana pelaksanaannya melibatkan pindaan perlembagaan parti tersebut.

Semalam perwakilan Dewan Ulama Terengganu membentangkan usul tersebut dan diluluskan oleh dewan berkenaaan untuk dibawa ke muktamar yang bermula hari ini.

Usul itu dibuat atas dasar ulama telah mempelopori penubuhan PAS dan menerajui kepemimpinan ulama sejak 27 tahun lalu - apabila era Datuk Asri Muda yang dianggap nasionalis, ditumbangkan pada 1982.

"Kita lihat tidak keperluan untuk dibahas sekarang kerana ia perlu dibincang di peringkat tertinggi," kata Mahfuz ketika dihubungi Malaysiakini.

"Usul itu akan dibincang dalam ahli jawatankuasa PAS Pusat terlebih dahulu sama ada keperluan ataupun tidak, ada kesan baik atau buruk termasuk persepsi masyarakat terhadap kita.

"Ia perlu diperhalusi dari pelbagai aspek," katanya lagi.

Menurut Mahfuz lagi, terdapat tiga usul yang akan dibahaskan, antaranya mengenai dengan usul Pembelajaran dan Pengajian Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris (PPSMI) dan usul meningkatkan integriti kehakiman.

SuMBeR: MaLaYSiaKiNi

KePuTuSaN PeMiLiHaN DeWaN MuSLiMaT PAS......


PENGERUSI TETAP (154)

Nor Hashimah Deraman

TIMBALAN PENGERUSI TETAP (162)
Wan Hamidani Wan Ahmad

KETUA (136)
Nuridah Mohd Salleh, Ustazah


TIMBALAN KETUA (142)
Siti Zailah Mohd Yusoff, YB.


NAIB KETUA (MTB)
Mumtaz Md Nawi, YB.

AHLI JAWATANKUASA KERJA (23)

1. Wan Ubaidah Omar, YB.(196)
2. Halimah Ali, YB. Dr. (173)
3. Mastura Hj Mohamad (173)
4. Aiman Athirah Al Jundi (162)
5. Najihatussalehah Ahmad, Dr.(158)
6. Siti Mariah Mahmud, YB. Dr. (156)
7. Rosni Adam, Dr. (155)
8. Azizah Khatib Mat, Ustazah (147)
9. Salbiah Abd Wahab (147)
10. Nurul Huda Yusof Rawa (135)
11. Wardatul Jannah As Sofea (125)
12. Fatimah @ Zainab Ibrahim, To' Puan (122)


PEMERIKSA KIRA-KIRA (2)

1. Basmatul 'Uyun Yusof
2. Wan Hasna Wan Ismail

KePuTuSaN PeMiLiHaN DeWaN uLaMa PAS......

Pemilihan Jawatankuasa Ulama telahpun selesai, berikut adalah keputusan penuh Jawatankuasa Ulama PAS Pusat 2009-2011

Ketua : Ustaz Harun Taib(MTB)
Timbalan : Ustaz Tuan Ahmad Yaakob (MTB)
Naib : Dr Mahfodz Omar (MTB)

Ahli-ahli Jawatankuasa

1.Ustaz Husin Awang 193
2.Ustaz Abdul Ghani Shamsudin 186
3.Ustaz Nik Zawawi Salleh 186
4.Ustaz Saleh Sani Harun 156
5.Ustaz Abu Bakar Abdullah 153
6.Dato' Ustaz Mohd Daud Iraqi 152
7.Ustaz Abdullah Abd Razak 152
8.ustaz Hasan Mohamad 143
9.Ustaz Ismail Noh 138
10.Ustaz Mohd Zain Abd Rahman 138
11.Ustaz Mohamad Mustafa 131
12.Ustaz Abdullah Husin 129


Pemeriksa kira-kira : Hj Ibrahim Omar 188

Thursday, June 4, 2009

KePuTuSaN PeMiLiHaN DeWaN PeMuDa PAS......



BERIKUT
ialah senarai calon yang memenangi pemilihan jawatan Dewan Pemuda PAS Pusat Sesi 2009-2011.

PENGERUSI TETAP

Misbahul Munir Masduki (Menang Tanpa Bertanding)

TIMBALAN PENGERUSI TETAP

Aris Awang (Menang Tanpa Bertanding)

KETUA

Nasrudin Hassan (Menang Tanpa Bertanding)

TIMBALAN KETUA

Azman Shapawi Abd Rani (Menang Tanpa Bertanding)

NAIB KETUA

Ahmad Sabki Yusof (Menang Tanpa Bertanding)

AHLI JAWATANKUASA KERJA DEWAN (23 bertanding - 12 kerusi)

1. Riduan Mad Nor (197 undi)

2. Nik Mohd Abduh Nik Abdul Aziz (194)

3. Mohd Firdaus Jaafar (176)

4. Mohd Nazri Chik Zain (176)

5. Suhaizan Kaiat (165)

6. Nasir Zakaria (152)

7. Kamal Ashaari (145)

8. Kamaruzaman Mohamad (139)

9. Khairul Faizi Ahmad Kamil (139)

10. Mohd Adram Musa (135)

11. Abdullah Abdul Karim (127)

12. Dr. Rosli Allani Abd Kadir (126)

PEMERIKSA KIRA-KIRA

1. Jamel Saring

2. Muzammil Hafiz


P/S: SeLaMaT BeRJuaNG KePaDa PeMiMPiN DeWaN PeMuDa PAS YaNG BaRu.....


aNaK YuSuF QaRDHaWi PeRLeKeHKaN iKHWaNuL MuSLiMiN.....



Anak lelaki ulama berkarisma Syeikh Yusuf al-Qardhawi, Abdurrahman Yusuf al-Qardhawi, menolak untuk menjawab secara panjang lebar ketika dia ditanya lebih jauh perihal keluarganya.

"Saya hanya ingin berbicara dalam kapasiti saya sebagai seorang penyair Mesir, dan tidak membawa-bawa keluarga saya," demikian kata Abdurrahman ketika sidang media di pejabat akhbar Aljazair, as-Syuruq (1/6).

Selain itu, Abdurrahman juga menolak secara tegas berbagai-bagai macam tuduhan yang dialamatkan kepada dirinya oleh beberapa media Arab yang mengatakan jika dirinya adalah Syi'ah.

"Saya bukan seorang Syi'ah, bukan pula seorang al-Ikhwan al-Muslimun. Saya adalah seorang Arab Nasionalis dan mencintai persatuan," tegas Abdurrahman.

Justru, Abdurrahman sedikit mengkritik organisasi yang diasaskan Hasan al-Banna itu dengan mengatakan "al-Ikhwan sepanjang tahunnya gigih merancangbangun (organisasi), namun mereka kalah dalam perang pemikiran yang sebenarnya."

Beberapa waktu sebelumnya, media-media Arab memberitakan bahawa Abdurrahman, putra Syaikh Yusuf al-Qardhawi, adalah seorang Syi'ah. Ini kerana ia menulis beberapa puisi yang menyinggung perang Israel-Palestin dan memuji Hezbollah.

Di samping itu, Hasan Nashrallah, pucuk pimpinan gerakan Hezbollah Lebanon yang berafiliasi Syiah, memberikan tanggapan atas puisi Abdurrahman dengan pujian melangit. Dus, Nashrallah pun mengutarakan keinginannya untuk dapat bertemu dengan Abdurrahman.


P/S: Ada benarnya lirik dari nasyid yang dinyanyikan oleh Raihan ; Iman tak dapat diwarisi..dari seorang ayah yang bertaqwa...


Wednesday, June 3, 2009

Dr. MaNSoR KiNi SaH TKM 1 PuLau PiNaNG......


Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Penanti, Dr Mansor Othman, mengangkat sumpah sebagai Timbalan Ketua Menteri I Pulau Pinang di kediaman rasmi Yang Dipertua Pulau Pinang, Seri Mutiara, di sini, sebentar tadi.

Beliau mengangkat sumpah di hadapan TYT mengantikan kekosongan yang ditinggalkan oleh Mohamad Fairus Khairudin yang juga Timbalan Ketua Menteri 1 Pulau Pinang yang meletakan jawatan untuk melanjutkan pelajaran serta membersihkan nama daripada fitnah.

Turut hadir menyaksikan acara tersebut ialah Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng.

Dr Mansor telah menang di dalam pilihanraya kecil DUN dengan majoriti yang besar iaitu sebanyak 5,558 undi mengalahkan tiga calon bebas yang kesemuanya hilang wang pertaruhan. UMNO BN tidak menyertai pilihanraya kecil Penanti kerana mengetahui terlebih awal pasti kalah di DUN berkenaan sekalipun memberikan alasan kononnya pilihanraya kecil tersebut adalah permainan politik PKR. Sementara itu majlis angkat sumpah sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) akan diadakan berasingan pada tarikh yang akan ditetapkan.

Pagi ini juga Dr.Mansor dikatakan akan mengotakan salah satu piagamnya untuk membuka Pusat Khidmat dalam masa 48 jam di jalan masuk Taman Guar Perahu. Pusat Khidmat baru itu juga sebagai mengantikan Pusat Khidmat Fairus yang terletak di Jalan Tanah Liat, Bukit Mertajam.


P/S: SeLaMaT BeRTuGaS YB MaNSoR.....


Tuesday, June 2, 2009

SaLaHKaH MeNYoKoNG PeRJuaNGaN aNWaR iBRaHiM??.....


Oleh: WFAUZDIN NS

Gelombang politik terbesar di dalam negara ini hanya berlaku sebaik sahaja berlaku peristiwa pemecatan DS Anwar Ibrahim dari kabinet dan parti Umno lebih kurang 11 tahun yang lalu.

Sebelum peristiwa tersebut, gelombang politik juga pernah berlaku tatkala berlaku pertembungan merebut jawatan Presiden Umno di antara Tun Dr Mahathir dengan YBM Tengku Razaliegh yang mana mengakibatkan wujudnya Parti Melayu Semangat 46 (S46).

Sebelum itu juga, Umno pernah diharamkan sebelum Tun Mahathir menubuhkan Umno Baru yang kekal hingga sekarang. Namun gelombang politik yang menyaksikan pertarungan di antara Umno/Bn dengan Parti S46 yang telah bergabung bersama PAS dan DAP tidak sehebat gelombang yang dibawa oleh DS Anwar Ibrahim selepas tahun 1997.

Saya yakin sesiapa yang membaca kembali sejarah pada awal era reformasi sehinggalah kini, suka atau tidak terpaksa mengakui bahawa pengaruh DS Anwar sememangnya banyak mempengaruhi sokongan rakyat terhadap parti-parti pembangkang yang ketika itu begitu mudah diratah oleh Umno/Bn, kecuali kekuatan kental PAS di Kelantan.

Natijah daripada fitnah yang telah dilakukan oleh mereka yang cemburu serta dengki dengan pengaruh DS Anwar sehingga menyebabkan beliau dipecat dari kabinet dan parti, pembangkang terus mendapat tempat dihati rakyat.

Rakyat sudah tidak lagi meyakini Umno malahan mereka seolah-olah tidak percaya tergamaknya Umno mengkhianati tokoh Melayu yang Pro Islam ini. Tetapi bak kata orang, benih yang baik dicampak ke mana sekali pun tetap akan boleh hidup subur.

Secara jujurnya, parti PAS dilihat lebih banyak memakan hasil daripada peristiwa yang berlaku dan saya percaya ini adalah `kifarah' buat DS Anwar yang mungkin ketika di dalam Umno melakukan beberapa kesilapan di dalam pendekatannya.

Kini, setelah pembangkang mulai mendominasi beberapa buah negeri selepas pilihanraya Ke 12 yang lalu sehingga menyebabkan kerajaan Bn gagal memperolehi majoriti 2/3 di dalam Parlimen, sudah terdapat suara-suara sumbang terutamanya di dalam PAS yang seolah-olah menidakkan sumbangan, ketokohan dan jasa DS Anwar.

Perkara sebegini tidak pernah timbul sewaktu PAS di bawah kepimpinan Almarhum Ustaz Fadzil Noor. Almarhum adalah seorang yang jujur, tidak pendendam serta bijak berpolitik. Budi Almarhum terhadap DS Anwar sudah tentu tidak terbalas.

Pulangnya Almarhum Ustaz Fadzil ke Rahmatullah memaksa DS Anwar menitiskan air mata. Semua ini adalah kisah masa lampau yang amat manis dikenang betapa pemimpin bersatu hati dan sedia bermaafan. Kini, masa berubah apabila melihat kepada kekuatan yang ada pada diri masing-masing.

Pemilihan pucuk pimpinan PAS akan bermula beberapa minggu sahaja lagi. Sebagai sebuah parti yang telah kuat sudah tentu pendekatan di dalam berkempen berbeza samasekali. Saya mengucapkan syabas kepada PAS kerana sehingga kini masih tetap dengan pendirian tegas berkenaan dasar Islam mereka.

Tetapi, saya kurang selesa apabila terdapat beberapa pemimpin yang sering mengaitkan pemimpin yang lain di dalam PAS sebagai `orang DS Anwar'.

Apakah dosa DS Anwar sehingga beliau diheret bersama di dalam kancah perebutan kuasa di dalam PAS? Salahkah sekiranya mana-mana pemimpin PAS berbaik serta menyokong perjuangan DS Anwar selama ini? Apakah dengan menyokong perjuangan DS Anwar bermakna mereka meninggalkan prinsip mereka yang termaktub di dalam PAS ?

Semua persoalan ini tidak mampu saya huraikan melainkan pemimpin-pemimpin PAS itu sendiri. Meskipun saya seorang penyokong DS Anwar tetapi saya juga tetap menyokong serta menghormati pemimpin PAS. Memang benar, mungkin terlalu simpati saya terhadap DS Anwar menyebabkan saya ingin menyuarakan perkara ini kerana bagi saya tidak adil DS Anwar dijadikan bahan tohmahan untuk melemahkan lawan politik sesama mereka. Saya hairan mengapa wujud gelaran pemimpin ini `orang Anwar' dan pemimpin itu `orang Tuan Guru'.

Setahu saya di dalam PAS pemimpin mereka adalah Presiden mereka dan Tuan Guru Nik Aziz adalah Muryidul Am mereka , tiada yang lain dari itu. Umum mengetahui bahawa Presiden PAS dan Tuan Guru Nik Aziz sendiri tidak pernah ingin berjauhan dari perjuangan DS Anwar malahan ingin dirapatkan lagi.

Harus diingat bahawa musuh sentiasa berada di sekeliling kita dan jika kita tersilap langkah, musuh akan mengambil kesempatan. Bukan tujuan tulisan ini untuk membela DS Anwar yang bukan seorang yang maksum dan bukan juga seorang Ulamak. Saya sedikit terubat apabila mendengar segala kata-kata Tuan Guru Nik Aziz berkaitan hubungan yang perlu dijaga sesama kita di dalam PR.

Jangan dimusnahkan apa yang telah dibina landasannya oleh Almarhum Ustaz Fadzil Noor. Kesihan juga kepada DS Anwar yang tidak mampu mempertahankan dirinya apabila dikaitkan di dalam mainan politik oleh rakan-rakan seperjuangannya sendiri. Mungkin DS Anwar hanya mampu berkata di dalam hatinya," Kalau lah Almarhum Ustaz Fadzil masih hidup......


P/S: SeMoGa PeRJuaNGaN KiTa Di ReDHai oLeH-NYA.....


Monday, June 1, 2009

500 iKuT JeJaK HaSHiM JiKa KeLuaR UMNO......

Kira-kira 500 ahli Umno dalam bahagian Arau akan meninggalkan parti jika bekas ketua penerangan Umno negeri, Datuk Hashim Suboh berbuat demikian.

Hashim, yang kecewa dengan pucuk pimpinan Umno negeri, bagaimanapun belum membuat keputusan mengenai perkara tersebut.

Bekas ketua penerangan Pemuda Umno bahagian Arau, Ismail Hashim berkata, mereka adalah ahli Pemuda dan bekas ahli pergerakan itu dalam DUN Tambun Tulang yang diwakili oleh bekas Menteri Besar, Datuk Seri Shahidan Kassim.

"Jumlah 500 itu adalah dari 15 cawangan Umno Tambun Tulang yang merupakan pengikut saya. Jika saya berhijrah, mereka akan ikut saya.

"Saya tunggu keputusan Datuk Hashim, dia lompat saya ikut dia.

"Walaupun Datuk Hashim belum buat keputusan, tetapi 70 peratus sudah ke arah sebelah sana (pembangkang)," katanya kepada Malaysiakini semalam.

Ismail berkata, 500 ahli Umno itu merupakan penyokong kuat Shahidan yang kecewa beliau tidak dilantik semula sebagai menteri besar dan ketua perhubungan Umno Perlis.

Datuk Ismail Kassim, adik Shahidan, merupakan ahli Parlimen Arau.

Menurutnya, dalam masa terdekat ini, ada kumpulan ahli dan penyokong Umno dalam DUN Pauh akan menubuhkan cawangan PKR.

"Saya tidak terbabit dengan penubuhan cawangan PKR itu kerana ia keputusan mereka sendiri," katanya sambil menambah DUN Pauh diwakili oleh Datuk Seri Diraja Syed Razlan Putra Jamalullail.

Ismail berkata, mereka kecewa kerana tindakan menggantikan jawatan Shahidan sebagai pengerusi perhubungan Umno negeri dengan Datuk Md Isa Sabu.

Katanya, ada ahli Umno di Arau yang menganggapnya sebagai satu penghinaan walaupun Shahidan telah dilantik menjadi ahli majlis tertinggi (MT).

"Dalam kemelut politik Perlis sekarang, apa yang boleh saya buat. Saya nak tubuh parti baru tidak mampu.

"Takkan (Datuk Seri) Anwar Ibrahim hendak bunuh orang Melayu kerana dia orang Melayu juga," katanya.


SuMBeR: MaLaYSiaKiNi


P/S: SeTuJu2!!!....