Followers

Tuesday, September 20, 2011

HaiWan KeBaL YaNG LuaR BiaSa.....


Banyak haiwan di dalam dunia ini. Setiap haiwan mempunyai keistimewaan tersendiri. Di sini, saya sertakan info mengenai haiwan kecil yang mempunyai kekebalan yg luar biasa.


1. Lungfish


Lungfish adalah salah satu spesies binatang air tertua.Ikan ini boleh hidup walaupun tidak ada air atau udara selama 6 bulan. Lungfish boleh hidup kembali setelah diberi sedikit air.


2. Tree Weta


Tree Weta adalah binatang yang menakutkan. Dalam darah binatang ini terdapat protein khas yang membuat air tidak boleh beku. walaupun Tree Weta dibekukan, darahnya masih boleh mengalir sehingga membolehkannya hidup.

Otak dan hati binatang ini juga tidak berfungsi semasa dibekukan.Namun, otak dan hati ini kembali berfungsi semasa ais mencair.


3. Water Bears


Water Bears adalah binatang air yang mikroskopik.Water Bear sangat susah dibunuh malah tidak boleh di bekukan kerana tahan sejuk sehingga -273 celcius.

Binatang ini juga boleh tahan bom nuklear. Water Bears boleh kembali ke bentuk kering semasa tindakan ini kerana kebal terhadap radiasi. Binatang ini juga kebal terhadap nitrogen cair dan asam mineral.

Salah satunya cara membunuh Water Bear adalah menghantarnya ke luar angkasa. Sungguhpun begitu, binatang ini masih mampu hidup di luar angkasa selama 10 hari.


4. Giant Snail


East African Giant Snail mempunyai mirip siput babi, namun boleh membesar sehingga 8 inci.

Peduduk Afrika Timur sudah cuba berbagai usaha untuk membunuh binatang ini dengan racun, aisbeku, malah tembakan api tetapi makhluk ini masih tidak mati.



uNcLe DeeN: setiap makhluk ciptaan Allah ada keistimewaan masing2 tidak kira besar atau kecil.....

Friday, September 16, 2011

5 GaMBaR YaNG PeRNaH MeNGGeMPaRKaN DuNia.....


Dalam dunia ini banyak benda atau pemandangan yg boleh ditangkap menjadi gambar. Tetapi, berikut adalah lima gambar tragedi-tragedi paling sadis yang terjadi diberbagai tempat didunia, dan paling menggemparkan dunia pada masa itu:


1. Biarawan Terbakar


Thích Quảng Đức seorang biksu Buddha Vietnam yang membakar dirinya sampai mati di persimpangan jalan Saigon yang ramai pada 11 Juni 1963, sebagai protes terhadap penganiayaan umat Buddha di Vietnam.

2. Tentera Iraq


Foto yang menunjukkan seorang tentera Iraq yang terbakar di depan tingkap trak yang hancur.


3. Penguburan Seorang Anak


Salah satu korban dari bencana industri terburuk di dunia yang dikenal dengan tragedi gas Bhopal, terjadi di sebuah kilang Union Carbide di kota Bhopal, India pada 3 Disember 1984. Kilang tersebut mengeluarkan gas dan racun yang memberikan impak ke lebih dari 500.000 orang.

4. Kanak-kanak Sudan


Seorang kanak-kanak Sudan diikuti oleh seekor burung pemakan bangkai di dekatnya. Sangat jelas bahawa anak itu hampir mati kelaparan, sementara burung nasar dengan sabar menunggu anak tersebut mati sehingga mendapat makanannya. Tak seorang pun tahu apa yang terjadi pada anak tersebut, yang merangkak ke arah sebuah kem makanan PBB.

Fotografer Kevin Carter memenangkan Pulitzer Prize untuk gambar yang mengejutkan ini, tetapi akhirnya dia bunuh diri tiga bulan setelah dia mengambil foto tersebut. Mungkin ia tidak tahan dengan hinaan orang sekelilingnya.


5. Korban Mutilasi Taliban



Gambar tragik seorang perempuan muda Afghanistan berusia 18 tahun, Aisha adalah korban kebiadaban Taliban, hidung dan telinganya dimutilasi, dipotong oleh suaminya sendiri.



uNcLe DeeN: semua gambar2 berikut hanya memaparkan kezaliman sesama manusia. Alangkah indahnya jika gambar yg menggemparkan dunia adalah gambar2 yg sgt menyenangkan dan bercirikan keamanan.......