Followers

Tuesday, March 30, 2010

Mau BeRHeNTi Ka TaLaK Mau???.....


Ini satu story yg aku rasa sgt menarik yg berlaku dalam suasana politik Malaysia sekarang nie terutama kat korg yg kaum cina.....kisah seorg ahli politik yg telah tercelupar mulut berikrar akan meletak jawatan jika musuh die menang jawatan presiden parti......

Tidak laen tidak, korang mesti kenal ngan minah nie, Datin Paduka Chew Mei Fu, Ketua Wanita MCA (gambar)......

Kisah bermula bila si minah nie yg dikatakan x sehaluan dengan Dr. Chua Soi Lek telah berikrar akan melepaskan jawatan sebagai Ketua Wanita MCA jika Soi Lek menang jawatan presiden dalam pemilihan parti.......

Tutap tutap.......pemilihan parti yg dah tamat baru2 nie, jawatan presiden telah dimenangi oleh Soi Lek.....bila ditanya media berkaitan janji yg die buat kalu Soi Lek nie menang, pa jawapan yg minah nie kasi.....

"Apa yang saya luahkan pada awal, masih tidak berubah tetapi saya tidak mahu keputusan saya menjejaskan parti. Saya mahu parti terus terus berkembang,”

Pastue bley plak die kata die nak g bincang ngan pergerakan wanita MCA dulu sebelum buat keputusan......kalu dh kata nk letak jawatan, letak dah le.....ini tidak, mcm2 alasan nk kasi sebab nk cover malu......pirahhhhh!!!!....

Itu la, x berpikir sebelum cakap.......org sikap x berpendirian teguh cam nie ka kita nk harap memimpin kita......cakap x pakai otak.....nie stok pakai lutut la kot..........

Dah la bekas presiden dulu macam2 kontroversi......skrg pnya presiden plak berakhlak teruk......ketua wanita cakap x serupa bikin.....abes la ini MCA..... -aizuddin@uNcLe_DeeN-


-TERLAJAK PERAHU BOLEH DIUNDUR, TERLAJAK KATA BURUK PADAHNYA-

Tuesday, March 23, 2010

aL - FaTiHaH : TaN SRi SuLaiMaN DauD MeNiNGGaL DuNia.....


Bekas Menteri Pertanian Tan Sri Sulaiman Daud meninggal dunia di Hospital Kuala Lumpur (HKL) pada 8.10 pagi ini setelah lama uzur. Pengarah HKL Datuk Dr Zaininah Mohd Zain berkata jenazah dibawa balik ke kediaman Allahyarham di 61, Lorong Lai Tet Lok Satu Off Jalan Gurney di Kuala Lumpur.

Allahyarham yang baru sahaja menyambut ulang tahun ke-77 pada 4 Mac lalu, meninggalkan empat anak, iaitu Mahathir, Norshida, Zelda Raha dan Azman. Isteri Allahyarham, Puan Sri Naemah Hasbi meninggal dunia pada 26 Mac 2005 akibat barah paru-paru.

Sulaiman, yang merupakan bekas Naib Presiden Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) Sarawak dan bekas anggota Parlimen Petra Jaya, Sarawak, pernah menjawat pelbagai jawatan sebagai menteri di peringkat persekutuan, bermula dengan Menteri Wilayah Persekutuan pada 19 Mac 1981.

Selain itu, Allahyarham juga pernah memegang jawatan Menteri Pelajaran (1981-84 dan juga 1995-99), Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan (1984-86), Menteri Tanah dan Pembangunan Wilayah (1986-89), Menteri di Jabatan Perdana Menteri (1989-1990), Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (1990-1991) dan jawatan terakhirnya sebagai Menteri Pertanian (1995-1999).

Anak kelahiran Kuching, Sarawak yang berkelulusan ijazah kedoktoran pergigian dari University of Otago, New Zealand, pernah bertugas sebagai doktor gigi di kerajaan negeri Sarawak dan Jabatan Perubatan Brunei pada tahun 1960-an.

- Bernama

Monday, March 15, 2010

SeLuRuH ENGLaND MiLiK CHoNG Wei.....


Datuk Lee Chong Wei telah berjaya memenangi juara perseorangan Kejohanan Seluruh England dengan mengalahkan jaguh muda Jepun, Kenichi Tago dengan mata 21-19, 21-19.......

Kali terakhir Malaysia memenangi Seluruh England acara perseorangan adalah melalui Muhammad Hafiz Hashim pada tahun 2003.......

-TAHNIAH!!!!!.......MALAYSIA BOLEH!!!!-

Saturday, March 13, 2010

Tee KeaT MaHu PeRTaHaNKaN JaWaTaN.....




Bagi semua ahli2 MCA seluruh malaysia, 28 Mac adalah detik yg sgt di tunggu2 oleh mereka......Sebab ape ea????.....Sebab pada ari tue akan diadakan pemilihan parti yg baru oleh MCA atas sebab masalah dalaman yg berlaku kat dalam kepimpinan tertinggi mereka (senang cerita, org GILA KUASA mahu rebut KUASA)......

Si presiden yg asyik duk gaduh2 ngan timbalan dan naib presiden die nie dah mula umumkan nak pertahankan jawatan yg disandang die.....alasan die nak pertahankan jawatan tue adalah untuk meneruskan agenda pembaharuannya dalam parti......

Pembaharuan pe yg die cakap pun aku xtaw la, sebab yg aku taw, si presiden yg gila kuasa nie asyik diburu oleh skandal yg bersepah2 (skandal PKFZ).........

Lagi satu yg aku duk x puas ati ngan mamat nie, dulu waktu MCA wat mesyuarat agung luar biasa (EGM), die pernah janji akan patuhi segala resolusi yg dah dipersetujui waktu EGM tue.....kalu dah org politik tue, xleh lari ke mana......janji yg diorg wat akan selalu dimungkiri......

Seperti yg kita semua tahu, antara resolusi yg dah dipersetujui masa EGM tue, salah satunyer adalah mahukan Ong Tee Keat nie letak jawatan......tapi ape yg die jawab kat pihak media esoknyer???.......Saya tidak mahu letak jawatan sebab masih banyak kerja pembaharuan dalam parti belum dilaksanakan lagi.......pirahhhhhh!!!!....cakap tak serupa bikin...........

Orang dah tak suka berambus sudey la.....ini tidak, masih nak menyondol gak kat situ......tapi xpe la, oleh kerana kita mengamalkan pemilihan secara demokrasi (betoi ke????), kita tggu je la sape yg perwakilan2 MCA akn pilih nanti sebagai presiden diorg....... -aizuddin@uNcLe_DeeN-

Wednesday, March 10, 2010

KiSaH MuSLiMaH & PRaMuGaRi.....

Assalamualaikum,

Dah lama aku tak posting artikel terbaru kat blog nie......bukannyer ape, busy sket dgn tugas sebagai student nie.....

Untuk posting kali nie, aku nk kongsi ngan korg suma tntg satu kisah yg disampaikan dalam bentuk humor tetapi ada sesuatu yang terkandung didalamnya untuk membuat kita berfikir. So, kpd kwn2......Renung-renungkanlah..

Seorang muslimah sedang berada di dalam sebuah kapal terbang untuk ke sebuah negeri. Apabila tiba waktu solat, dia pun ke tandas untuk berwudhuk.

Oleh kerana tandas di dalam kapal terbang terlalu kecil, maka beliau terpaksa membuka pintu tandas itu ketika berwudhu. Tatkala beliau mengangkat salah satu dari kakinya ke tangki (washing basin), seorang peramugari telah ternampak perbuatan muslimah itu dan menegurnya.

Pramugari: (dengan suara dikeraskan..) Cik tidak boleh memasukkan kaki ke dalam tangki tu, sebab ia akan mengotorkan tangki. Ini tempat basuh muka bukan basuh kaki.


Muslimah: (dengan suara lembut dan penuh rendah diri…) Berapa kali saudari mencuci muka saudari dalam satu hari?


Pramugari: (dengan sifat angkuh…) Kebiasaannya sekali atau dua kali dalam sehari.


Muslimah: (dengan sifat bersahaja….) Saya mencuci kaki saya lima kali dalam sehari, bererti kaki saya lebih bersih dari muka saudari…..


Thursday, March 4, 2010

SeBaB-SeBaB KaTaK MeLoMPaT.....


Assalamualaikum,

Selepas di kaji dan dianalisis, antara punca2 pak cik nie (MP Bagan Serai) melompat seperti katak adalah:

1) Dipercayai/mungkin terlalu ikut cakap bini.

2) Jarang turun ke kawasan Parlimen sendiri.


3) Tekanan dari Jawatankuasa PKR Bagan Serai, wajarlah diberi tekanan jika kawasan sendiri pun tak diambil kesah..apa ke jadah ?


4) Duit peruntukan ? Hmm..! Jangan harap..genggam tak tiris..! Mampuih pi laa. Kesian kat Adun sedangkan banyak peruntukan diperlukan untuk rakyat di kawasannya yang harus diberi perhatian.

5) Dipercayai bahwa beliau adalah bekas ahli Umno sebelum ini, kerana sebelum ini beliau sangat rapat dengan Anwar ketika dalam ABIM satu ketika dahulu.


6) Sukar menerima pandangan rakan-rakan lain dalam PKR. Malah seorang YB di sini juga yang menang atas tiket PKR turut meluahkan beliau ini seorang yang 'opportunist', pentingkan diri sendiri dan hujah pandangan orang lain tak betul..dia aja yg betul.


7) Dipercayai juga beliau menghadapi masalah kewangan.