Followers

Wednesday, March 10, 2010

KiSaH MuSLiMaH & PRaMuGaRi.....

Assalamualaikum,

Dah lama aku tak posting artikel terbaru kat blog nie......bukannyer ape, busy sket dgn tugas sebagai student nie.....

Untuk posting kali nie, aku nk kongsi ngan korg suma tntg satu kisah yg disampaikan dalam bentuk humor tetapi ada sesuatu yang terkandung didalamnya untuk membuat kita berfikir. So, kpd kwn2......Renung-renungkanlah..

Seorang muslimah sedang berada di dalam sebuah kapal terbang untuk ke sebuah negeri. Apabila tiba waktu solat, dia pun ke tandas untuk berwudhuk.

Oleh kerana tandas di dalam kapal terbang terlalu kecil, maka beliau terpaksa membuka pintu tandas itu ketika berwudhu. Tatkala beliau mengangkat salah satu dari kakinya ke tangki (washing basin), seorang peramugari telah ternampak perbuatan muslimah itu dan menegurnya.

Pramugari: (dengan suara dikeraskan..) Cik tidak boleh memasukkan kaki ke dalam tangki tu, sebab ia akan mengotorkan tangki. Ini tempat basuh muka bukan basuh kaki.


Muslimah: (dengan suara lembut dan penuh rendah diri…) Berapa kali saudari mencuci muka saudari dalam satu hari?


Pramugari: (dengan sifat angkuh…) Kebiasaannya sekali atau dua kali dalam sehari.


Muslimah: (dengan sifat bersahaja….) Saya mencuci kaki saya lima kali dalam sehari, bererti kaki saya lebih bersih dari muka saudari…..


No comments:

Post a Comment