Followers

Tuesday, March 31, 2009

NiZaR BeRGeLaR 'DaTuK'.....



*keluarga DS nizar*

SaLaM....aLHaMDuLiLLah & TaHNiaH DiuCaPkaN Kepada DS NiZaR SeKeLuaRga aTaS PeNGaNuGeRaHaN DenGaN CuCu PeRTaMa BeLiau Yg SelaMaT DilaHiRkaN oLeH aNaK PeReMPuaN SuLuNG BeLiau PaDa PuKuL 4.56 PeTaNg Di PuSaT RaWaTan iSLaM aR-RiDZuaN, iPoH.......

BaYi PeReMPuaN SeBeRaT 3.1 Kg BeRaDa DaLaM KeaDaaN SihaT, BeGiTu JuGa DeNgaN iBuNYa.....MeNGiKuT JaDuaL, BaYi iNi Di JaNGKa LaHiR Pada 7 aPriL......

TaHNiaH SeKaLi LaGi DiuCaPKaN KePaDa DaTuK SeRi SeKeLuaRGa DaRiPaDa SaYa, uNcLe DeeN.....


P/S:
ReZeKi ALLAH KaSi Di SaaT MeNGHaDaPi DuGaaN HiDuP.....aDa MaKNa Ni......



NiZaR = SaYa BuKaN BoNeKa DAP.....

SaLaM.....SePaNjaNg 11 BuLaN BeLiaU JaDiK MeNTeRi BeSaR MB, RaMai 'GeNG2 BeLaH SaNa' Yg TuDuH Die Ni MB BoNeKa DAP SebaB Die SeLaLu BeRDaMPiNGaN DeNGaN PeMiMPiN2 DAP DaLaM SiDaNG2 aKHBaR aTau PuN KaT GaMBaR.....BeTuL Ke Die Ni BoNeKa DAP?????......JoM LaYaN TeMu BuaL DS NiZaR DeNgaN MaLaYSiaKiNi.....


*datuk seri ir mohammad nizar bin jamaluddin *

Datuk Seri Mohd Nizar Jamaluddin diselubungi banyak kontroversi mengenai hubungannya dengan pemimpin DAP, sepanjang sebelas bulan beliau menjadi menteri besar Perak.

Sepanjang tempoh tersebut, Umno berulangkali mempersoalkan kuasa Mohd Nizar kerana DAP menguasi 18 kerusi di Dewan Undangan Negeri serta menguasai enam daripada 10 kerusi exco kerajaan negeri.

Hanya ada tiga exco Melayu - Mohd Zainuddin Yusof (PAS) dan Jamaluddin Radzi serta Osman Jailu (foto), kedua-duanya dari PKR.

Bagaimanapun, awal Februari lalu, kedua-dua exco PKR itu, keluar parti dan menjadi ADUN bebas, dan seterusnya menjadi punca tumbangnya kerajaan negeri Pakatan Rakyat di Perak.

Dalam situasi tersebut, pemimpin Umno terus menerus melabelkan Mohd Nizar sebagai 'boneka DAP' dan dikawal oleh dua exco kerajaan negeri dari DAP - Datuk Ngeh Khoo Ham dan Nga Kor Ming.

"Benar atau salah, itu adalah persepsi yang tidak dapat saya elak," kata Mohd Nizar kepada Malaysiakini dalam wawancara di rumahnya di Ipoh Rabu lalu.

Katanya, persepsi itu timbul kerana beliau sentiasa dilihat bersama pemimpn DAP, contohnya dalam sidang akhbar selepas mesyuarat minggu exco negeri.

Mohd Nizar mendakwa, Jamaluddin dan Osman adalah 'kaki rokok' dan akan hilang selepas selesai mesyuarat dan yang tinggal hanya beliau dan Zainuddin.

"Sepatutnya, Jamaluddin dan Osman ada bersama kerana ia adalah sidang akhbar. Jadi (tinggallah saya dengan Zainuddin) bersama anggota exco bukan Melayu.

"Jadi , apa yang boleh saya buat? Saya tahu ia satu persepsi. Tetapi jika saya tidak mahu ahli exco DAP hadir, maka tinggallah saya seorang, dan itu lebih teruk lagi!" katanya.

SUMBER: MaLaYSiaKiNi


P/S: aDa PaHaM 'oRaNG BeLaH SaNa'!!!!!


Sunday, March 29, 2009

TuaH & TaKDiR NaJiB.....

SaLaM......aRTiKeL aKu uNTuK KoRaNG aRi Ni aDaLaH RiWaYaT KiSaH HiDuP DS NaJiB......oRaNG Yg DiKaTaKaN BaKaL MeWaRiSi KePiMPiNaN NeGaRa MaLaYSia TaNGGaL 2 aPRiL Ni (CaMTu JuGaK Le DioRaNG KaTa KaT DS aNWaR DuLu, SeBeLuM Die KeNa PeCaT & DiaiBKaN DeNGaN FiTNaH Yg MeLaMPau) .........Pa2 haL PuN, LaYaN Je la BioDaTa MaMaT Ni.....


TANGGAL 14 Januari 1976, ketika seluruh negara dikejutkan dengan berita Tun Abdul Razak Hussein meninggal dunia secara mengejut di London, Britain, tidak ramai mengenali anak sulung kepada Perdana Menteri kedua itu, Datuk Seri Najib.

Namun berikutan pemergian Abdul Razak akibat penyakit leukemia itu, Najib yang ketika itu baru berumur 23 tahun dipilih bertanding pilihan raya kecil Parlimen Pekan pada 21 Februari 1976.

Walaupun kemenangannya dikatakan atas faktor undi simpati, Najib membuktikan keunggulannya pada Pilihan Raya Umum 1978 dalam persaingan dua penjuru menentang calon Pas.

Beliau tidak menumpang tuah Allahyarham bapanya. Sejak itu, bermulalah sejarah berwarna-warni Najib dalam kancah politik tanah air. Ironi, biarpun anak pemimpin negara, Najib pada peringkat awal kerjaya politiknya tidak naik mendadak.

Anak kelahiran Kuala Lipis, Pahang itu menduduki pelbagai jawatan dalam parti bermula daripada peringkat rendah. Hikmahnya, menurut beberapa penganalisis politik tempatan, Najib berjaya membina pengaruh sendiri di bahagian akar umbi.

Bermula Ketua Pemuda Bahagian Pekan sejak 1976 selama lima tahun, Najib diberi kepercayaan sebagai Timbalan Ketua Bahagian pada 1980. Mulai 1982, beliau menjadi Ketua Bahagian dan Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Pahang.

Semasa tempoh itu, Najib juga ialah Timbalan Menteri Tenaga, Telekom dan Pos (1978-1980), Pelajaran (1980-1981) dan Kewangan (1981-1982) sebelum menjadi Ahli Dewan Undangan Negeri kawasan Bandar Pekan pada pilihan raya umum 1982.

Najib dilantik Pengerusi Perhubungan UMNO Pahang menggantikan Perdana Menteri ketika itu, Datuk Seri Dr. Mahathir Mohamad (kini Tun) pada 11 Jun 1983 ekoran krisis antara Menteri Besar, Datuk Abdul Rahim Abu Bakar dengan istana.

Ini menyaksikan beliau menjadi Menteri Besar Pahang Ke-12 sehingga 1986 sebelum kembali ke Pusat. Pada tahun itu, Najib dilantik menteri penuh portfolio Kebudayaan, Belia dan Sukan sebelum portfolio Kebudayaan dipecahkan setahun kemudian.

Sewaktu menerajui Kementerian Belia dan Sukan, Najib diingati kerana berjaya membida tawaran Kuala Lumpur sebagai tuan rumah Sukan Komanwel 1998. Beliau kemudian dilantik menjadi Menteri Pertahanan pada 1990.

Sesuai zodiak Leo, Najib yang lahir pada 23 Julai 1953 memiliki sifat positif dan tegas seperti simbol bintang singa itu.

Tidak hairanlah beliau menjadi Exco Pemuda UMNO Malaysia sejak 1978 dipilih sebagai ahli Majlis Tertinggi selama dua penggal.

Pada 1986, Najib menjadi Timbalan Ketua Pemuda UMNO Malaysia dan memangku ketua pergerakan setahun selepas itu.

Beliau memimpin sayap tersebut pada 1988 selepas UMNO yang dibatalkan pendaftarannya kemudian ditubuhkan semula.

Episod malang apabila parti pemerintah sendiri diharamkan oleh mahkamah ekoran kemelut pemilihan jawatan UMNO pada 1987 menyerlahkan sifat Najib yang sentiasa berdiri teguh memberi sokongan di belakang kepimpinan parti itu.

Kesetiaan beliau berbalas apabila dipilih sebagai Naib Presiden UMNO bagi penggal 1993/1996 setelah mendapat tempat kedua dengan jumlah 1,202 undi. Malah Najib mendapat undian tertinggi untuk jawatan sama pada penggal 1996/1999.

Pada pilihan raya umum 1999, beliau nyaris kehilangan kerusi apabila sekadar meraih majoriti 241 undi, rekod terendah sepanjang kariernya. Bahkan ia adalah paling buruk selama lapan kali Najib menjadi calon dalam setiap pilihan raya.

Ketika itu, negara dikejutkan dengan isu pemecatan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim. Bagaimanapun Najib berjaya membaiki angka majoriti tersebut dan ini dapat dilihat jelas pada dua pilihan raya umum yang berikutnya.

Hakikatnya, suami kepada Datin Seri Rosmah Mansor dan bapa kepada lima anak iaitu Mohd. Nizar, Puteri Norliza, Mohd. Nasifuddin, Noryana Najwa dan Norashman Razak itu memiliki rekod perkhidmatan cemerlang dalam parti dan kerajaan.

Najib mendapat pendidikan rendah dan menengah di St. John's Institution, Kuala Lumpur sebelum menyambung pelajaran di Molven Boy's College, England dan Nottingham University, Britain dalam bidang ekonomi perindustrian.

Beliau pernah dianggap sebagai bakal mengisi tampuk pemerintahan negara apabila dilantik menjadi Menteri Pendidikan dari 1995 hingga 1999. Ini kerana kebanyakan penyandang jawatan Perdana Menteri lazimnya memegang portfolio itu.

Namun beliau masih merendah diri dan pernah suatu ketika ditanya pemberita mengenai cita-cita politik dirinya, Najib secara jujur berkata, beliau percaya kepada gaya politik anak tangga iaitu pendakian jawatan perlu bermula dari bawah.

Tarikh 7 Januari 2004, lebih kurang tujuh hari menjelang ulang tahun ke-28 bapanya meninggal dunia, tuah menyebelahi beliau apabila ditakdirkan menjadi Timbalan Perdana Menteri daripada dua orang lagi Naib Presiden UMNO ketika itu.

Pemilihan Najib yang memperoleh undian tertinggi jawatan tersebut sebelum itu oleh presiden parti, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi bukan memeranjatkan. Abdullah meneruskan tradisi bahawa bakal timbalannya daripada salah seorang Naib Presiden UMNO.

Hakikatnya, Najib dipilih kerana kekuatan personaliti dan kepimpinan beliau sendiri, bukan menumpang imej bapanya apatah lagi politik wang. Mungkin juga takdir menentukan beliau akhirnya menjadi presiden parti dan bukan orang lain.

Meminjam kenyataan isterinya beberapa hari menjelang Perhimpunan Agung UMNO Ke-59 minggu lalu, beliau sekeluarga bersyukur takdir Ilahi menetapkan bahawa Najib sebagai presiden dan bakal perdana menteri yang keenam.

Bersesuaian dengan maksud namanya dalam bahasa Arab yang bererti cemerlang, terbaik dan bertokoh, Najib tentunya mempunyai misi tersendiri memartabatkan negara dan rakyat menanti harapan baru beliau memacu kegemilangan Malaysia.

SUMBER : KoSMo! oNLiNe

P/S : aku Ni TaK KiSaH SaNGaT SaPe Yg TaDBiR NeGaRa Ni aSaLKaN oRaNg Tu DaPaT PiMPiN NeGaRa Ni deNgaN BaiK & aMaNaH.......NaSiHaT aKu saTu Je KaT NaJiB Ni, Ko PiMPiN MaLaYSia Ni eLoK2, aKu GeReNTi RaKYaT aKaN ReSPek Ko......TenTaNg CiTa2 aLTaNTuYa & KaPaL SeLaM Tu.....Ko seLeSaiKan la Bek2.....


~ RaJa aDiL RaJa DiSeMBah, RaJa ZaLiM raJa DisaNGGaH ~

Saturday, March 28, 2009

eaRTH HouR.....


CoMe ToGeTHeR To FiGHT GLoBaL WaRMiNG.......
TuRN oFF YouR LiGHT FoR oNe HouR.........


DaTe : 28 MaRCH 2009
TiMe : 9.00PM-10.00PM


See YouR WoRLD iN a WHoLe NeW LiGHT......





Friday, March 27, 2009

BaRiSaN MaJLiS TeRTiNGGi uMNo.....

Ni aDaLaH BaRiSaN PeMiMPiN MaJLiS TeRTiNGGi (MT) uMNo BaGi SeSi 2008-2011.....



PRESIDEN : Datuk Seri Najib Razak (menang tanpa bertanding)



TIMBALAN PRESIDEN : Tan Sri Muhyiddin Yassin - 1,575 undi






NAIB PRESIDEN :

Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi - 1,592 undi




















Datuk Seri Hishammuddin Hussein - 1,515 undi




















Datuk Seri Mohd Shafie Apdal - 1,445 undi























AHLI MAJLIS TERTINGGI :








p/s : SeKaLi LaGi PeSaNaN aKu aDaLaH.......WaT KHiDMaT & KeRJa DeNGaN BaiK DaN aMaNaH SeRTa JaNGaN..............SONGLAP DUIT RAKYAT!!!!!!!!!!!!!!!!!................



Thursday, March 26, 2009

KHaiRY, SHaHRiZaT KeTuai PeMuDa & WaNiTa.....

*shahrizat bersama penyokong ditemuramah pemberita*


Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil menang ketua Wanita Umno dengan majoriti besar apabila mengutip 507 undi berbanding penyandangnya Tan Sri Rafidah Aziz yang meraih 280 undi.

Rafidah menerajui Wanita Umno sejak 1984, melainkan untuk satu penggal ekoran kekalahannya kepada Datuk Seri Dr Siti Zaharah Sulaiman pada 1996.

Ahli parlimen Kuala Kangsar memenangi semula jawatan itu daripada Siti Zaharah pada pemilihan 2000 sehingga dikalahkan hari ini.

Shahrizat menewaskan Rafidah dengan majoriti 227 undi.

Jumlah undi bagi jawatan ketua Pemuda menimbulkan debaran berpanjangan apabila ia diumumkan paling lewat malam ini.

Persaingan sengit tiga penjuru akhirnya dimenangi oleh naib ketua Pemuda, Khairy Jamaluddin dengan menewaskan Datuk Seri Dr Mohamad Khir Toyo dan Datuk Mukhriz Mahathir.

Menantu perdana menteri mendapat 304 undi, bekas menteri besar Selangor itu (254) dan anak mantan perdana menteri (232).

*khairy meraikan kemenangan*


Sementara naib ketua dikuasai oleh Datuk Razali Ibrahim dengan menewaskan Datuk Reezal Merican Naina Merican, regu Khairy.

Kemenangan Khairy ini, yang diberikan amaran berhubung kesalahan melanggar tataetika pemilihan Umno, dibantah oleh sekumpulan kira-kira 200 penyokong Mukhriz.

Berkumpul di tingkat bawah PWTC sejak keputusan rasmi diumumkan 11.20 malam ini, mereka melaungkan "Khairy rasuah" dan menyifatkan kemenangan ini bukan seperti dihasratkan oleh Umno.

Sepasukan polis sedang mengawal mereka, yang kelihatan menghalang pihak berwajib dengan membentuk "rantaian manusia" daripada menyuraikan mereka.

Jawatan ketua Puteri dipertandingkan enam penjuru antara Datuk Shahaniza Shamsuddin, Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin, Ismalina Ismail, Bibi Sharliza Mohd Khalid, Ida Rahayu Md Noor dan Saarah Ali Bashah.

Rosnah dan Shahanim Mohamad Yusoff masing-masing terpilih ketua dan timbalan ketua Puteri Umno.

p/s: HaRaP Yg DaH MeNaNG Tu JaLaNkaN TuGaS DeNGaN BaeK La.....JaNGaN DuK PeRaBiHKaN DuiT RaKYaT DaH La......



Wednesday, March 25, 2009

MiNi PRoJeK MiKRo P.....

SaLaM....aRi Ni aDaLaH aRi PaLiNG MeLeGaKaN BaGi aKu.....BeBaN Yg aKu TaNGGuNG uNTuK ViVa MiNi PRoJeK aKu DaH SeTeL.....LEGA GILER!!!!!!!!!.....KaT siNi aKu NaK KoNGSi SKeT CiTa NGaN KoRaNG TentaNG PeRJaLaNaN MaSa ViVa Ni BeRLaNGSuNG......

BaGi MiNi PRoJek MikRo P Ni, GRouP aKu Ni DiBeRi TaJuK "MATRIX LED's TRAFFIC INFORMATION".....KeNCaNG TaK naMa TaJuK GRouP aKu.....HeHeHe....SeBeLuM ViVa aKu PunYa La CuaK, TaKuT Gak Le KaLu TaK LeH jaWaB WaKTu eN. SuaRDi TaNYa NaNTi......MaLaM SeBeLuM Tu PLaK Si JaJi DuK PSYCHo aKu, KaTa eN. SuaRDi Ni SuKa TaNya BaNYaK SoaLan.....aKu TaK PSYCHo La BeB!!!!!....HaHaHa....

WaKTu eN. SuaRDi DaTaNg NaK NiLai GRouP aKu PuNYa PRoJeK, JaNTuNG aKu Ni DUP DAP DUP DAP Je BuNYi Nye.......PaS Tu Die PuN SRuH aKu NGaN TeaM MaTe aKu STaRT PreSeNT......aKu BeRaNiKaN Je DiRi PReSeNt.......aKu GoReNG Je Pa Yg aKu BaCa n Yg TeaM MaTe aKu aJaR SemaLaM....

TaPi aKu TengoK eN. SuaRDi Ni MuKa DaH La CaM MENGaNTuK, Die DeNgaR Ke TaK aPa Yg aKu GoReNG Tu.....LaNTaK La....JaNJi aKu DaH WaT CaM Yg DaH Di RaNCaNG......PaS aBiS PReSeNT, MeMaNG BeToi2 LeGa Le......PaS aBiS ViVa, aKu JaLaNKaN TuGaS aKu Yg SeTeruSNYa.......MENPSYCHO ORaNG.....HaHaHa......JaHaT SYiaLLLL!!!!!!...........

TaPi Pa2 PuN, WaT KaWaN2 Ku Yg BeLuM ViVa Lg Tu......BeRSiaP SeDia La aNDa SeMua!!!!!!.....aND aLL De BesT.......DaN WaT BudaK2 1st YeaR Yg NaK SofTCoPy PRoJeK aKu Yg BeRJaYa Ni....KaSi TaW Je......(GuRL LeBiH DiuTaaMaKaN....HaHaHa....).......

KaT SiNi aKU SeRTaKaN BeBeRaPa GaMBaR PRoJek aKu Yg SeMPaT aKu aMiK .......

*korang kena stop kalu die tunjuk cmni*

*had laju dibenarkan hanya 110 km/h je*

*sila la ke kanan*

*sila pulak ke kiri*

*jalan jam!!!!...amik roti sapu....hehehe*






THaNz To aLL My FWeNz.....


SaLaM.......aRTiKeL Ni JuST aKu TuLiS uNtuK uCaPKaN TeRiMa KaSiH n PeNGHaRGaaN KaT SuMa KeNGKaWaN Yg DaH WiSH HePi BeZDaY KaT aKu Yg Ke 21 Yg JaTuH PaDa HaRi SeMaLaM (24/3)...........MaKNaNYe, SeKaRaNg aKu DaH Tue SeTaHuN......MaTi PuN MakiN HaMPiR (PoToNG STiM TuL La).........HeHeHe......

oRaNg PeRTaMa Yg WiSh aKu adaLaH BAUL MAPHIA (SaTu2 NYa MaPhia Yg oRaNg TaK TaKuT LaNGSuNG)..........aKu TeRhaRu TuL La......TAPI INGAT!!!!......KiTa Punya RaCe MoTo TaK SeTeL LaGi......JaNGaN DuK waT2 LuPa PLaK BaUL.....PDX Tu CeLaH GiGi Je aKu PiNTaS....MaKaN aSaP La Lu.......HaHaHa......

aKu GaK TeRiMa WiSh DaRi BudaK2 PRaKTiKum MaTRiX aKU DuLu.....TQ GuYs......RinDu KaT KoRaNG SuMa....HuHuHu.......PaS aBiS StUDi n DaH KeJe NaNti, KiTa WaT ReuNioN NaK TaK?????.......BLeY JuMPa KoRaNg SeMuLa n KoNGSi ceRiTa.......



Di KeSemPaTaN Ni aKu naK WisH JuGaK HePi BeZDaY kaT CouRSe maTe aKu Yg BeZDaY Die SaMa TaRiKH NGaN aKu, aTiKah RaiHaN..........DaN JuGaK BekaS BuDaK PRaKTiKuM aKu Yg BezDaY Die JaTuH PaDa aRi Ni, PiJoT......HEPI BEZDAY 2 U!!!!!!!!!!!!!........

TaPi aKu TeRaSa aTi GaK Le SKeT SebaB WiSH daRi oRaNg Yg aKu sanGaT HaRapKaN taK JuGaK KunJuNG Tiba......SDeYSioT.....BeToi La KaTa oRaNG, MASA YANG BERLALU Tu BLeY PaDaMKaN PeDiH, Luka n RiNDu Di HaTi SeSeoRaNg........TaK Pe La....Yg BeRlaLu, BiaRkaN La BeRLaLu Di BaWa angiN Yg MeNDaTaNG......aKu Tak KiSah PuN....JaNJi aKu STiLL De KaWaN2 Yg aDa Di SiSi Yg aKaN SeNTiaSa MeMbaNTu n MeNYoKoNg aKu TiKa aKu BeRJaYa n ReBaH MeNYuSuRi KeMBaRa KeHiDuPaN Ni..........WaSaLaM...



~FWENZ FOREVER ~

Wednesday, March 18, 2009

aSaL-uSuL SoLaT.....






*solat itu tiang agama*


SUBUH:

Orang yang pertama mengerjakan sembahyang Subuh ialah Nabi Adam a.s., iaitu

tatkala baginda keluar dari syurga lalu dihantar ke bumi. Perkara pertama

yang dilihatnya ialah kegelapan dan baginda berasa takut yang amat sangat.

Apabila fajar Subuh telah keluar Nabi Adam a.s. pun bersembahyang dua

rakaat.

Rakaat pertama:- Bersyukur baginda kerana terlepas dari kegelapan malam.

Rakaat kedua:- Bersyukur baginda kerana siang telah menjelma.

ZOHOR:

Orang yang pertama mengerjakan sembahyang Zohor ialah Nabi Ibrahim

a.s.,iaitu tatkala Allah s.w.t. telah memerintahkan padanya agar menyembelih

anaknya Nabi Ismail a.s. Sedang seruan itu datangnya pada waktu tergelincir

matahari, lalu sujudlah Nabi Ibrahim empat rakaat.

Rakaat pertama:- Bersyukur bagi penebusan.

Rakaat kedua:- Bersyukur kerana dibukakan dukacitanya dan juga anaknya.

Rakaat ketiga:- Bersyukur dan bermohon akan keredhaan Allah.

Rakaat keempat:- Bersyukur kerana korbannya digantikan dengan tebusan kibas.


*solatlah di awal waktu*


ASAR:

Orang yang pertama mengerjakan sembahyang Asar ialah Nabi Yunus a.s.,tatkala

baginda dikeluarkan oleh Allah dari perut ikan nun. Ikan nun telah

memuntahkan Nabi Yunus di tepi pantai sedang ketika itu telah masuk waktu

Asar. Maka bersyukurlah Nabi Yunus lalu bersembahyang empat rakaat kerana

baginda telah diselamatkan oleh Allah daripada 4 kegelapan iaitu:

Rakaat pertama:- Kelam dengan kesalahan.

Rakaat kedua:- Kelam dengan air laut.

Rakaat ketiga:- Kelam dengan malam.

Rakaat keempat:- Kelam dengan perut ikan Nun.

MAGHRIB:

Orang yang pertama mengerjakan sembahyang Maghrib ialah Nabi Isa

a.s.,tatkala baginda dikeluarkan oleh Allah dari kejahilan dan kebodohan

kaumnya, sedang waktu itu telah terbenamnya matahari. Bersyukurlah Nabi Isa

lalu bersembahyang tiga rakaat kerana diselamatkan dari kejahilan tersebut,

iaitu:

Rakaat pertama:- Untuk menafikan ketuhanan selain daripada Allah yang Maha

Esa.

Rakaat kedua:- Untuk menafikan tuduhan dan juga tohmahan ke atas ibunya Siti

Mariam yang telah dituduh melakukan perbuatan sumbang.

Rakaat ketiga:- Untuk meyakinkan kaumnya bahawa Tuhan itu hanya satu iaitu

Allah jua, tiada dua atau tiga.


*tiada panggilan sepenting seruan ilahi*


ISYAK:

Orang yang pertama mengerjakan sembahyang Isyak ialah Nabi Musa a.s. Pada

ketika itu Nabi Musa telah tersesat mencari jalan keluar dari negeri Madyan,

sedang dalam dadanya penuh dengan perasaan dukacita. Allah lalu

menghilangkan semua perasaan dukacitanya itu pada waktu Isyak yang

akhir.Lalu sembahyanglah Nabi Musa empat rakaat sebagai tanda bersyukur.

Rakaat pertama:- Dukacita terhadap isterinya.

Rakaat kedua:- Dukacita terhadap saudaranya Nabi Harun.

Rakaat ketiga:- Dukacita terhadap Firaun.

Rakaat keempat:- Dukacita terhadap anak Firaun.


PoLiTiK WaNG.....


*mampukah umno bebas dari politik wang???*

SaLam.....SeMaLaM uMNo DiKeJuTKaN DengaN PerlaRaNGan Ketua MenTeRi MeLaKa, DaTuK SeRi aLi RuSTaM DaRi BeRTaNDiNg JaWaTaN No 2 DalaM PaRTi SeBaB MelaNGGaR PeRaTuRaN PeMiLiHaN uMNo DeNgaN TeRLibaT DaLaM PoLiTiK WaNG......


*datuk seri ali rustam dilarang bertanding timbalan presiden umno*


ORaNg Yg CaM aLi RuStaM Ni NaMPaK Je MuKa BeK TaPi TeRLiBaT DaLaM PoLiTiK WaNG.....Tu Yg aKu TeRKeJuT SaNGaT Tu...BeToi la oRaNG2 Tua2 KaTa JaNGaN NiLai oRaNg DaRi PeRWaTakaN Die Je.....oRaNG Yg Wat MuKa BeK Ni La Lg BaHaYa DaRi oRaNg JaHat....oRaNg Yg JaHat DaH TeRBuKTi KeJaHaTaN Die, TaPi oRaNg Yg Wat2 BaeK Ni La KejaHaTan Die KiTa TaK Taw LaGi......HuHuHu...

TaHNiah Le kaT LeMbaGa DiSiPLiN uMNo SeBaB daPat SeLeSaiKaN KeS PoLITiK WaNG Yg BaBiTKaaN PeMiMPiN2 TiNGgi uMNo....KaLu La DioRaNg TaK SemPaT SeLeSaikaN MeNJeLaNg uJuNG BuLaN Ni, ToBaT La KePiMPINaN uMNo BaRu Ni SuMa Muka2 PeRaSuaH (WalauPuN De La SeKoR Dua Yg aKaN TeRLePas).....HuHuHu...

DalaM ByK2 PeMiMPin Yg DiKeNaKaN TiNDaKaN LaRaNGaN BeRTaNDiNg n PenGGaNTuNGaN KEaHLiaN Ni aDa SoRaNG MaMaT Ni Di SaBiT KeSaLaHaN TaPi Die KeNa aMaraN Je....PaSTu BLey PlaK Die DiBeNaRkaN BeRTaNDinG DaLaM PeMiLiHaN Yg aKaN DataNG Ni.....TaK PueH aTi TuL La aKu.....MaMaT Ni NaMa KHAIRY JAMALUDDIN (MeNaNTu DoLLaH BaDaWi)....


*khairy jamaluddin disabitkan kesalahan & diberi amaran*


aWaT La Die Ni KeBaL SaNGat r????....Ka DioRaNG TaK BeRaNi aMik TiNdaKaN KaT Die???
Pa2 HaL PuN, NaK WaT CaMna.....Tu La KePuTuSaN LeMBaGa DiSiPLiN uMNo.....TaK Ley NaK WaT Pa La......

DaH La Si KHaiRy Ni DaH DiSaBiTKaN KeSaLaHan n DiBeRi aMaRan.......PaSTu Die KaTa DiRi Die MaSiH TaK BeRSaLaH......TaK Mo NGaKu LaGi Tu.....DeGiL TuL BuDaK Ni, MeNTaNG2 la paK MeRTua Die PM.....WaT KeReK pLaK.....PaSTu TuDuH KaTa De oRaNG NaK MenJaTuHKaN Die.....isshhhhh2......KHaiRy oH KHaiRY.....

aLi RusTaM n KHaiRy Ni DiDaPaTi BeRSaLaH MeNGiKUt PeRKaRa 10.1 TaTaeTIka aHLi uMNo YaNG BabITkaN KeSaLaHaN PiHaK KeTiGa.....

PeRkara 10.1 Tu BeRBuNYi "Bilamana seseorang ejen, pelobi, pengurus kempen atau perayu undi itu didapati bersalah mana-mana melanggar peruntukan Tataetika Ahli Umno, maka Lembaga Disiplin bolehlah menganggap, setelah berpuashati daripada keterangan-keterangan dan/atau bukti-bukti yang dikemukakan kepadanya, bahawa prinsipal kepada ejen, pengurus kempen atau perayu undi itu turut sekali melakukan kesalahan-kesalahan di bawah Tataetika Ahli ini dan/atau mempunyai pengetahuan mengenai perihal kesalahan-kesalahan tersebut dan boleh mengambil tindakan menghukum prinsipal tersebut seolah-olah dia yang melakukan kesalahan tersebut bersama-sama dengan ejen, pelobi, pengurus kempen atau perayu undi tersebut."

LaST SeKaLi aKu HaRaP SaNGat La Kat PeRWaKiLaN2 Yg NaK uNDi NaNTi, uNDi La CaLoN2 Yg TaK TeRLiBaT DaLaMPoLiTiK wANg n 'BeRSiH' Ni......HaRap SaNGaT la NeGaRa Yg aKu SaYaNGi Ni TaK LiNGKuP DeK PeMiMPiN PeRaSuaH2 CaM Yg aDa SeKaraNG Ni......(NaK TuNGGu aNWaR aMiK aLiH LaMBaT LaGi, Kena TuNGGu PRU 13....HuHUhU....)......SeKiaN...TQ...WaSaLaM

Sunday, March 15, 2009

PPSMI 2.....





*perlu atau tidak PPSMI diteruskan lagi???*




SalaM.....aRi Ni aKu NaK waT SaMbuNGaN aRTikel TeNTaNG TaJuK PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN SAINS DAN MATEMATIK DALAM BAHASA INGGERIS (PPSMI) Yg aKu PeRNah PuBliSh DuLu.....KaLu aRtiKel DuLu aKu LuahkaN PeNDaPat PeRiBaDi aKu MeNGeNai PPSMI ni, aRTiKeL aRi Ni aKu naK KoRaNG BaCa PeNDaPaT oRaNG Yg BeRTaNGGuNGJaWaB MeNCaDaNGKaN PPSMI Ni DiLaKSaNaKaN......TUN DR. MAHATHIR BIN MOHAMAD (BeKaS PM MaLaYSia Yg Ke-4).......

BeRiKuT aDaLah PeNDaPaT Dr. M MeNGeNai PPSMI.....JoM LaYannnnnnnnnn..........





1. Saya berasa amat sedih apabila membaca laporan berkenaan demonstrasi yang dipimpin oleh tokoh sastera Melayu menentang pengajaran sains dan matematik dalam bahasa Inggeris.

2. Kononnya ini akan menidakkan kebolehan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar dalam ilmu ini. Konon ia akan mengurangkan perkembangan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan.


3. Kita harus ingat bahawa pelajaran bukan semata-mata untuk memaju atau mengembangkan bahasa. Pelajaran adalah untuk penguasaan ilmu, pelbagai jenis ilmu.

4. Yang boleh meningkatkan taraf dan kemajuan bahasa ialah matapelajaran bahasa itu sendiri dan diperingkat yang lebih tinggi mata pelajaran sastera.

5. Sains dan matematik tidak mungkin menolong kemajuan bahasa, khususnya bahasa Melayu.


6. Ini disebabkan bahasa sains dan matematik bukan daripada bahasa Melayu. Sebahagian besar daripada perkataan-perkataan dalam mata pelajaran ini adalah dalam bahasa Latin yang di-Inggeriskan.

7. Memang benar kita boleh Melayu-kan perkataan-perkataan ini, seperti juga kita Melayu-kan perkataan daripada lain-lain bahasa.


8. Memang boleh tetapi perkataan-perkataan sains bukan satu dua tapi beratus-ratus. Dan perkataan ini menjadi asas kepada perkataan yang mempunyai makna yang amat berlainan.


9. Umpamanya perkataan Oxygen (Oksigen) - satu jenis gas. Derivative (cabang) daripada perkataan ini adalah seperti berikut;

• Oxygenation
• Oxidation
• Oxide
• Oxidants
• Deoxydation
• Oxidise
• Oxidification
• Dioxide
• Monoxide
• Peroxide






10. Ini hanya bagi satu elemen daripada sebanyak 120 (118) elemen.

11. Tiap satu mempunyai banyak derivative. Tetapi ada perkataan-perkataan lain yang hanya untuk ilmu sains. Jika semuanya nak di-Melayukan, bahasa Melayu akan bertukar menjadi bahasa Inggeris, ejaan lain bunyi semacam. Sebenarnya ia bukan bahasa Melayu lagi.


12. Ilmu sains dan matematik bukan ilmu yang statik. Ilmu-ilmu ini berkembang sepanjang masa. Tiap hari ada hasil kaji selidik, penerokaan, ciptaan dan perluasan yang diperkenal melalui ratusan kertas-kertas yang ditulis.


13. Hampir semua ditulis dalam bahasa Inggeris. Untuk menterjemah tulisan ini kita perlu orang yang fasih dalam bahasa Melayu dan bahasa Inggeris dan faham ilmu yang hendak diterjemah.


14. Kita ada beberapa kerat sahaja orang yang berkebolehan seperti ini. Itupun dalam dua tiga bidang sahaja. Orang yang layak seperti ini tidak berminat menjadi penterjemah seumur hidup. Apabila sains dan matematik diajar dalam bahasa Melayu, orang seperti ini tidak akan ada lagi. Bagaimanakah kita hendak ikuti perkembangan ilmu sains?

15. Sebaliknya kertas ilmiah akan terus dikeluarkan beratus-ratus lagi, semuanya dalam bahasa Inggeris atau bahasa-bahasa lain. Maka tanpa kebolehan menterjemah semua ilmu baru ini akan tertinggallah orang Melayu dalam bidang ilmu yang amat penting di zaman ini.


16. Kalau kita masih tidak dapat menerima kenyataan di atas, kaji sahaja jumlah Phd dalam bidang sains yang hanya belajar sains dalam bahasa Melayu dan tidak faham bahasa Inggeris. Berapa ramaikah daripada pakar dalam bidang perubatan yang hanya belajar dalam bahasa Melayu, tanpa buku dalam bahasa Inggeris sebagai buku teks.

17. Apakah penuntut luar bandar tidak dapat menguasai bahasa Inggeris?




18. Sekali lagi perhitungan perlu dibuat berkenaan jumlah mereka yang dari kampung yang memegang jawatan tinggi dalam Kerajaan dan swasta kerana lulus dalam bahasa Inggeris dan mampu berhujah dalam bahasa berkenaan. Yang menentang PPSMI pun dari kampung juga tetapi dapat kelulusan bahasa Inggeris. Bahkan mereka sering berbahasa Inggeris.


19. Duta dan diplomat kita, berapa ramaikah yang hanya boleh bertutur kata dalam bahasa Melayu yang memegang jawatan penting dalam Kementerian Luar?


20. Pakar sains dan perubatan dan juga pegawai tinggi Kerajaan sering dikehendaki mengambil bahagian dalam persidangan antarabangsa. Apakah mereka dapat berhujah dan mengambil bahagian secara berkesan dengan mengguna hanya bahasa Melayu?

21. Saya bukan hendak memandang rendah bahasa bangsa saya sendiri. Tetapi saya perlu terima hakikat yang sebenar.


22. Bahasa sesuatu bangsa akan dipelajari oleh orang asing jika bangsa itu amat maju dan terkenal dengan ilmu yang dimiliki dan diterokai olehnya. Demikian sebelum abad ke-15 Masihi orang Eropah terpaksa belajar bahasa Arab kerana tamadun Islam pada masa itu gah dan amat dihormati. Tetapi selepas orang Islam ketepikan sains, ilmu perubatan dan hisab, orang Eropah tidak lagi mempelajari bahasa Arab. Sebaliknya orang Arab dan Islam terpaksa belajar bahasa Eropah.


23. Jika kita ingin bahasa Melayu digunakan dengan meluas kita perlu majukan diri kita dalam semua bidang terutama bidang ilmu dahulu. Sebelum daripada itu minat untuk belajar bahasa Melayu akan terhad kepada sekumpulan kecil sahaja.

24. Kita belajar sains dan matematik untuk memajukan bangsa kita supaya satu hari mungkin kita akan terkenal berkenaan dengan penerokaan dan kajiselidik oleh kita dan orang lain akan belajar bahasa kita untuk mendapat ilmu yang diteroka oleh kita.

25. Penguasaan ilmu amat penting bagi masa depan seseorang. Janganlah kita perjudikan masa depan anak orang kerana kononnya kita seorang nasionalis yang begitu sayang kepada bahasa kita. Sayang bahasa tidak boleh melebihi sayang bangsa. Mereka yang sayang bangsa mereka ingin lihat bangsa mereka maju, berilmu dan dihormati dunia. Hanya kerana boleh bertuturkata dalam bahasa sendiri tidak akan menjadikan bangsa kita dihormati dan disegani orang.


26. Akan rosaklah bangsa dan negara jika dasar negara ditentukan oleh orang yang berdemonstrasi.






CaMTu la PeNDaPaT Dr. M MenGeNai PPSMI.......aPa PuLaK PeNDaPaT aNDa MeNGeNai PPSMI Ni?????........MaRiLaH KoNGSi PeNDaPaT aNDa SuMa Di RuaNGaN KoMeN.....SeKiaN....Tq...WaSaLaM..



Thursday, March 12, 2009

100.....


SaLaM....ari Ni aKu naK KoNGSi NgaN koRaNg saTu BuKu YaNg DiBeri taJuk "100:KEDUDUKAN TOKOH PALING BERPENGARUH DALAM SEJARAH"......Mesti KoRaNG teRTanya2, MaBuK Pa Si DeeN Ni TeTiBa Nak BerkonGSi TENtaNg BuKu2 Ni....

NaK DimuLakaN Cita, semalaM Pas aku soLaT ZoHor kaT PI, aku teRdenGar La oRaNG KaTe de CeRaMah MauLiduR RaSuL kaT auDiToRiuM.....PeNceRaMaH Die Plak oRaNG KaTa BuKaN CaLaNG2 oRaNG, DR. DANIAL ZAINAL ABIDIN......Dr. daNial Ni Banyak MembeRi CeRaMah kaT TV n RaDio espeCiaLLy kat TV9 DaLaM PRogRaM "HALAQAH" (KaLu nak tenGok Dr. DaNiaL Ni, SuRuH aMju Tukar CHaNNEL TV9 Kat WeB Page Die)......

aKu Yg TaDi BeRia2 naK G KeLas aNaLog tetiBe je Beralih aRah NaK Ke ceraMaH MauLiduR raSuL Ni....aKu FiKir DaRi G KeLas aNaLoG Yg aku tak FaHam Pa Yg LeCTuRER die aJar, BeK aKu G ceRaMah Yg aKu aKaN Paham Pe Yg PeNceRaMaH Die SaMpaiKaN.....SoRi la Dr. TuN sebaB tak dataNg keLaS seMaLaM (SiLaP BeSaR la Die kaTa KeLas Tu NoT CoMPuLSoRy....MeMaNg aKu aMik KeSeMPaTaN La)....HeHeHe......

Kat Sini aKu Bukan la nak CiTa KeSeLuruHan iSi CeRaMaH DiE, TaPi Dalam CeRaMah Tu, Die aDa SeBuT TeNTaNG SaTu BuKu Yg TeLah MeNaiKKaN rasa iNGiN TaHu aKu (taJuk buku tu de KaT PeReNGGaN 1st)........aku Tak De la BuKu ni Sebab Buku ni aDaLaH KeLuaRan TaHun 1978 (Dah taHap BuKu aNtik Ni)........buKu Ni Di TuLiS oLeh DR. MICHAEL H. HART, seoRaNg aHLi aKaDeMiK Yg BeRaSaL DaRi AS n BuKan seoRaNg MuSliM (KaFiR la Tu)......

KRiTeRia Beliau MeMiLiH 100 oRanG Ni iaLah SePeRTi BeRiKuT:

"
Kriterianya ialah yang berpengaruh. Penilaian terhadap tokoh sejarah bergantung kepada perspektif yang hanya masa boleh menentukan. Untuk menentukan kedudukan kepentingan sesuatu yang bersejarah itu sebenarnya amat sukar dilakukan malah hampir mustahil, malah ia juga mungkin akan dipengaruhi penilaian individu yang mungkin berkaitannya dengannya berdasarkan bidang saintifik, kebudayaan mahupun keagamaan.
"

kaT BawaH Ni iaLah Senarai 100 oRaNg YaNg TeLaH DiSenaraiKaN oLeH Dr. HaRT SeLePaS BeLiau MeNGkaJi SeLaMa BeBeRaPa TaHuN..........meSTi koRaNG taK saNgKa n jaNgka, Sapa Ye DuK kaT taNGGa 1st SekaLi......Jom Kita TeNgoK SenaRai 100 tu.......


No.

Nama

Pengaruh/Peranan

1

Muhammad S.A.W

Pengasas Islam, penakluk Tanah Arab

2

Isaac Newton

Ahli fizik, penemu teori kegravitian semesta dan hukum gerakan

3

Isa A.S/Jesus

Pembawa asal agama Nasrani

4

Siddharta Gautama (Buddha)

Membawa fahaman Buddha

5

Confucius

Pengasas fahaman Konfusianisme

6

St. Paul

Penyebar agama Kristian

7

Ts'ai Lun

Pencipta kertas

8

Johann Gutenberg

Memajukan mesin percetakan; memperkenalkan percetakan Bible

9

Christopher Columbus

Pelayar; Pemula ekspedisi rakyat Eropah ke Amerika

10

Albert Einstein

Ahli fizik, penemu teori kerelatifan dan Fizik Einstein

11

Louis Pasteur

Ahli sains, penemu proses pempasteuran

12

Galileo Galilei

Ahli astronomi, mengembangkan teori sistem suria heliosentrik (berpusatkan matahari)

13

Aristotle

Ahli falsafah Yunani berpengaruh

14

Euclid

Ahli matematik, memperkenalkan geometri Euclid

15

Musa

Nabi bagi penganut Yahudi, Nasrani dan Islam

16

Charles Darwin

Ahli biologi, menerangkan teori evolusi

17

Shih Huang Ti

Maharaja China

18

Augustus Caesar

Maharaja Empayar Rom

19

Nicolaus Copernicus

Ahli astronomi, mengusulkan sistem suria heliosentik

20

Antoine Laurent Lavoisier

Bapa kimia moden, ahli falsafah dan ekonomi

21

Constantine

Maharaja Rom yang mengiktiraf Kristian sebagai agama rasmi negara

22

James Watt

Memajukan enjin wap

23

Michael Faraday

Ahli fizik, kimia dan penemu aruhan magnet-elektrik

24

James Clerk Maxwell

Ahli fizik, penemu spektrum elektromagnet

25

Martin Luther

Pengasas mazhab Protestan dan Lutheranisme

26

George Washington

Presiden pertama Amerika Syarikat

27

Karl Marx

Pengasas Marxisme, Komunisme Marxisme

28

Orville dan Wilbur Wright

Pencipta kapal terbang

29

Genghis Khan

Penakluk Mongol

30

Adam Smith

Ahli ekonomi, falsafah, menerangkan kapitalisme, pengarang The Thoery of Moral Sentiments

31

Edward de Vere/William Shakespeare

Sasterawan, juga menulis 6 jilid buku falsafah dan keagamaan

32

John Dalton

Ahli kimia, fizik, mengembangkan teori atom dan hukum tekanan separa (Hukum Dalton)

33

Alexander yang Agung

Penakluk, putera Makedonia

34

Napoleon Bonaparte

Penakluk, maharaja Perancis

35

Thomas Edison

Pencipta mentol lampu, fonografi, dll.

36

Antony van Leeuwenhoek

Memperkembangkan mikroskop, mengkaji hidupan mikroskopik

37

William T.G. Morton

Perintis anestesiologi (pelalian)

38

Guglielmo Marconi

Pereka radio

39

Adolf Hitler

Penakluk, peneraju Kuasa Paksi dalam Perang Dunia Kedua

40

Plato

Pengasas fahaman Platonisme

41

Oliver Cromwell

Ketua politik dan ketenteraan British

42

Alexander Graham Bell

Pencipta telefon

43

Alexander Fleming

Penemu penisilin, ahli bakteriologi, imunologi dan kemoterapi

44

John Locke

Ahli falsafah dan fahaman liberal

45

Ludwig van Beethoven

Ahli muzik dan pengarang lagu

46

Werner Heisenberg

Penemu mekanik kuantum, prinsip ketidakpastian, ketua program nuklear Nazi Jerman

47

Lousi Daguerre

Penemu/pencipta fotografi

48

Simon Bolivar

Wira kebangsaan Venezuela, Colombia, Peru, Equador dan Bolivia

49

Rene Descartes

Ahli matematik dan falsafah rasional

50

Michelangelo

Ahli seni, pelukis, arkitek dan pengukir

51

Paus Urban II

Menyeru Perang Salib pertama

52

Umar ibni Al-Khattab

Khalifah kedua, meluaskan empayar Islam

53

Asoka

Raja India yang menganut dan menyebarkan Buddha

54

St. Augustine

Ahli agama Kristian awal

55

William Harvey

Mengembangkan sistem kitaran darah, menulis asas bagi embriologi moden

56

Ernest Rutherford

Ahli fizik, perintis fizik subatom

57

John Calvin

Pembentuk semula Protestan, pengasasn Calvinisme

58

Gregor Mendel

Memperkenalkan genetik Mendelian

59

Max Planck

Ahli fizik dan pakar termodinamik

60

Joseph Lister

Menemui antiseptik

61

Nikolaus August Otto

Membina enjin pembakaran 4 lejang pertama

62

Francisco Pizarro

Penakluk Sepanyol di Amerika Selatan dan menewaskan kaum Inca

63

Hernando Cortes

Menguasai Mexico untuk Sepanyol, memusnahkan tamadun Aztec

64

Thomas Jefferson

Presiden ketiga Amerika Syarikat

65

Ratu Isabella I

Pemerintah Sepanyol yang mengizinkan Christopher Columbus belayar

66

Joseph Stalin

Pemimpin revolusi Kesatuan Soviet

67

Julius Caesar

Penakluk, diktator Rom

68

William si Penakluk

Penakluk, mengasaskan England moden

69

Sigmund Freud

Mengasaskan sekolah psikologi/psikoanalisis Freudian

70

Edward Jenner

Penemu vaksinasi bagi campak

71

Wilhelm Conrad Roentgen

Penemu sinar X

72

Johann Sebastian Bach

Ahli muzik, penggubah lagu

73

Lao Tzu

Pengasas fahaman Taoisme

74

Voltaire

Penulis dan ahli falsafah, menulis Candide

75

Johannes Kepler

Ahli astronomi, menerangkan pergerakan planet dalam Hukum Kepler

76

Enrico Fermi

Memulakan zaman atom, bapa bom atom

77

Leonhard Euler

Ahli fizik, matematik, kalkulus pengkamiran dan pembezaan

78

Jean-Jacques Rousseau

Pengarang dan ahli falsafah

79

Niccoló Machiavelli

Menulis the Prince, risalah politik berpengaruh

80

Thomas Malthus

Ahli ekonomi, penulis Essay on the Priciple of Population

81

John F. Kennedy

Presiden Amerika Syarikat yang mengetuai usaha manuisa untuk ke "planet" lain.

82

Gregory Pincus

Ahli endokrinologi, meperbaiki pil pencegah kehamilan

83

Mani

Pengasas Manicheanisme

84

Lenin

Pemimpin Rusia

85

Sui Wen Ti

Menyatukan China

86

Vasco Da Gama

Ahli pelayaran, menemui jalan ke India melalui Tanjung Harapan

87

Cyrus yang Agung

Pengasas empayar Parsi

88

Peter yang Agung

Memasukkan Rusia ke dalam negara-negara Eropah

89

Mao Zedong

Membentuk fahaman Maoisme, satu bentuk komunisme China

90

Francis Bacon

Ahli falsafah, menerangkan secara induktif akan kaedah ilmiah

91

Henry Ford

Memajukan automobil, pencapaian dalam pengilangan

92

Mencius

Ahli falsafah, menubuhkan sekolah Konfusianisme

93

Zoroaster

Mengasaskan agama Majusi (Zoroastrianisme)

94

Ratu Elizabeth I

Pemerintah England, mengembalikan kuasa Gereja England selepas Ratu Mary

95

Mikhail Gorbachev

Perdana Menteri Rusia yang membantu menamatkan komunisme di Kesatuan Soviet

96

Menes

Menyatukan Mesir Hulu dan Mesir Hilir

97

Charlemagne

Pembaptisannya mendorong kepada terciptanya Empayar Rom Suci pada 800 Masihi

98

Homer

Pemuisi epik

99

Justinian I

Maharaja Rom, menakluk kembali empayar Mediterranean

100

Mahavira

Pengasas fahaman Jainisme


CamNa????.....KoraNG baNGGa tak TeNGoK JuNJuNGaN BeSaR KiTa meNdahuLui carTa 100 oraNG yg paLiNG BeRPeNGaRuH........ahLi2 aKadeMiK BaRaT Yg LeN HaNgat MeMPeRDeBaTkaN senarai Ni DeNGaN MeMPeRTiKaiKan MeNgaPa NaBi MuHaMMad SAW BLeY duK KaT RaNkiNG 1st..........PeNuLis Buku Ni, Dr. HaRT JawaB, "iNiLaH SaTu2 Nye oRaNG Yg SaYa FiKiR Yg SaNGaT2 BeRpeNgaRuH n SaNgaT2 BeRJaya DalaM Dua BiDaNG iaiTu kepiMPinaN n KeaGaMaaN"..........aKu BaNGGa TuL BaHkaN oRaNg Kafir Pun ReSPeK nGaN RaSuLuLLaH..........KoraNG??????....TepuK daDa TaNya MiNda.....tq......WaSaLaM.