Followers

Sunday, March 29, 2009

TuaH & TaKDiR NaJiB.....

SaLaM......aRTiKeL aKu uNTuK KoRaNG aRi Ni aDaLaH RiWaYaT KiSaH HiDuP DS NaJiB......oRaNG Yg DiKaTaKaN BaKaL MeWaRiSi KePiMPiNaN NeGaRa MaLaYSia TaNGGaL 2 aPRiL Ni (CaMTu JuGaK Le DioRaNG KaTa KaT DS aNWaR DuLu, SeBeLuM Die KeNa PeCaT & DiaiBKaN DeNGaN FiTNaH Yg MeLaMPau) .........Pa2 haL PuN, LaYaN Je la BioDaTa MaMaT Ni.....


TANGGAL 14 Januari 1976, ketika seluruh negara dikejutkan dengan berita Tun Abdul Razak Hussein meninggal dunia secara mengejut di London, Britain, tidak ramai mengenali anak sulung kepada Perdana Menteri kedua itu, Datuk Seri Najib.

Namun berikutan pemergian Abdul Razak akibat penyakit leukemia itu, Najib yang ketika itu baru berumur 23 tahun dipilih bertanding pilihan raya kecil Parlimen Pekan pada 21 Februari 1976.

Walaupun kemenangannya dikatakan atas faktor undi simpati, Najib membuktikan keunggulannya pada Pilihan Raya Umum 1978 dalam persaingan dua penjuru menentang calon Pas.

Beliau tidak menumpang tuah Allahyarham bapanya. Sejak itu, bermulalah sejarah berwarna-warni Najib dalam kancah politik tanah air. Ironi, biarpun anak pemimpin negara, Najib pada peringkat awal kerjaya politiknya tidak naik mendadak.

Anak kelahiran Kuala Lipis, Pahang itu menduduki pelbagai jawatan dalam parti bermula daripada peringkat rendah. Hikmahnya, menurut beberapa penganalisis politik tempatan, Najib berjaya membina pengaruh sendiri di bahagian akar umbi.

Bermula Ketua Pemuda Bahagian Pekan sejak 1976 selama lima tahun, Najib diberi kepercayaan sebagai Timbalan Ketua Bahagian pada 1980. Mulai 1982, beliau menjadi Ketua Bahagian dan Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Pahang.

Semasa tempoh itu, Najib juga ialah Timbalan Menteri Tenaga, Telekom dan Pos (1978-1980), Pelajaran (1980-1981) dan Kewangan (1981-1982) sebelum menjadi Ahli Dewan Undangan Negeri kawasan Bandar Pekan pada pilihan raya umum 1982.

Najib dilantik Pengerusi Perhubungan UMNO Pahang menggantikan Perdana Menteri ketika itu, Datuk Seri Dr. Mahathir Mohamad (kini Tun) pada 11 Jun 1983 ekoran krisis antara Menteri Besar, Datuk Abdul Rahim Abu Bakar dengan istana.

Ini menyaksikan beliau menjadi Menteri Besar Pahang Ke-12 sehingga 1986 sebelum kembali ke Pusat. Pada tahun itu, Najib dilantik menteri penuh portfolio Kebudayaan, Belia dan Sukan sebelum portfolio Kebudayaan dipecahkan setahun kemudian.

Sewaktu menerajui Kementerian Belia dan Sukan, Najib diingati kerana berjaya membida tawaran Kuala Lumpur sebagai tuan rumah Sukan Komanwel 1998. Beliau kemudian dilantik menjadi Menteri Pertahanan pada 1990.

Sesuai zodiak Leo, Najib yang lahir pada 23 Julai 1953 memiliki sifat positif dan tegas seperti simbol bintang singa itu.

Tidak hairanlah beliau menjadi Exco Pemuda UMNO Malaysia sejak 1978 dipilih sebagai ahli Majlis Tertinggi selama dua penggal.

Pada 1986, Najib menjadi Timbalan Ketua Pemuda UMNO Malaysia dan memangku ketua pergerakan setahun selepas itu.

Beliau memimpin sayap tersebut pada 1988 selepas UMNO yang dibatalkan pendaftarannya kemudian ditubuhkan semula.

Episod malang apabila parti pemerintah sendiri diharamkan oleh mahkamah ekoran kemelut pemilihan jawatan UMNO pada 1987 menyerlahkan sifat Najib yang sentiasa berdiri teguh memberi sokongan di belakang kepimpinan parti itu.

Kesetiaan beliau berbalas apabila dipilih sebagai Naib Presiden UMNO bagi penggal 1993/1996 setelah mendapat tempat kedua dengan jumlah 1,202 undi. Malah Najib mendapat undian tertinggi untuk jawatan sama pada penggal 1996/1999.

Pada pilihan raya umum 1999, beliau nyaris kehilangan kerusi apabila sekadar meraih majoriti 241 undi, rekod terendah sepanjang kariernya. Bahkan ia adalah paling buruk selama lapan kali Najib menjadi calon dalam setiap pilihan raya.

Ketika itu, negara dikejutkan dengan isu pemecatan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim. Bagaimanapun Najib berjaya membaiki angka majoriti tersebut dan ini dapat dilihat jelas pada dua pilihan raya umum yang berikutnya.

Hakikatnya, suami kepada Datin Seri Rosmah Mansor dan bapa kepada lima anak iaitu Mohd. Nizar, Puteri Norliza, Mohd. Nasifuddin, Noryana Najwa dan Norashman Razak itu memiliki rekod perkhidmatan cemerlang dalam parti dan kerajaan.

Najib mendapat pendidikan rendah dan menengah di St. John's Institution, Kuala Lumpur sebelum menyambung pelajaran di Molven Boy's College, England dan Nottingham University, Britain dalam bidang ekonomi perindustrian.

Beliau pernah dianggap sebagai bakal mengisi tampuk pemerintahan negara apabila dilantik menjadi Menteri Pendidikan dari 1995 hingga 1999. Ini kerana kebanyakan penyandang jawatan Perdana Menteri lazimnya memegang portfolio itu.

Namun beliau masih merendah diri dan pernah suatu ketika ditanya pemberita mengenai cita-cita politik dirinya, Najib secara jujur berkata, beliau percaya kepada gaya politik anak tangga iaitu pendakian jawatan perlu bermula dari bawah.

Tarikh 7 Januari 2004, lebih kurang tujuh hari menjelang ulang tahun ke-28 bapanya meninggal dunia, tuah menyebelahi beliau apabila ditakdirkan menjadi Timbalan Perdana Menteri daripada dua orang lagi Naib Presiden UMNO ketika itu.

Pemilihan Najib yang memperoleh undian tertinggi jawatan tersebut sebelum itu oleh presiden parti, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi bukan memeranjatkan. Abdullah meneruskan tradisi bahawa bakal timbalannya daripada salah seorang Naib Presiden UMNO.

Hakikatnya, Najib dipilih kerana kekuatan personaliti dan kepimpinan beliau sendiri, bukan menumpang imej bapanya apatah lagi politik wang. Mungkin juga takdir menentukan beliau akhirnya menjadi presiden parti dan bukan orang lain.

Meminjam kenyataan isterinya beberapa hari menjelang Perhimpunan Agung UMNO Ke-59 minggu lalu, beliau sekeluarga bersyukur takdir Ilahi menetapkan bahawa Najib sebagai presiden dan bakal perdana menteri yang keenam.

Bersesuaian dengan maksud namanya dalam bahasa Arab yang bererti cemerlang, terbaik dan bertokoh, Najib tentunya mempunyai misi tersendiri memartabatkan negara dan rakyat menanti harapan baru beliau memacu kegemilangan Malaysia.

SUMBER : KoSMo! oNLiNe

P/S : aku Ni TaK KiSaH SaNGaT SaPe Yg TaDBiR NeGaRa Ni aSaLKaN oRaNg Tu DaPaT PiMPiN NeGaRa Ni deNgaN BaiK & aMaNaH.......NaSiHaT aKu saTu Je KaT NaJiB Ni, Ko PiMPiN MaLaYSia Ni eLoK2, aKu GeReNTi RaKYaT aKaN ReSPek Ko......TenTaNg CiTa2 aLTaNTuYa & KaPaL SeLaM Tu.....Ko seLeSaiKan la Bek2.....


~ RaJa aDiL RaJa DiSeMBah, RaJa ZaLiM raJa DisaNGGaH ~

No comments:

Post a Comment