Followers

Friday, June 5, 2009

uSuL JaWaTaN PReSiDeN Di TeRaJui uLaMa DiToLaK.....

Usul Dewan Ulama PAS supaya jawatan kanan parti - presiden, timbalan dan seorang naib presiden - diperuntukkan kepada ulama telah ditolak, kata Pengerusi Jawatankuasa usul Muktamar PAS, Mahfuz Omar.

Beliau yang juga ketua penerangan PAS berkata, usul itu ditolak kerana tidak cukup kriteria untuk dibahaskan.

Katanya, cadangan itu perlu dibincangkan di peringkat jawatankuasa PAS Pusat, terlebih dahulu kerana pelaksanaannya melibatkan pindaan perlembagaan parti tersebut.

Semalam perwakilan Dewan Ulama Terengganu membentangkan usul tersebut dan diluluskan oleh dewan berkenaaan untuk dibawa ke muktamar yang bermula hari ini.

Usul itu dibuat atas dasar ulama telah mempelopori penubuhan PAS dan menerajui kepemimpinan ulama sejak 27 tahun lalu - apabila era Datuk Asri Muda yang dianggap nasionalis, ditumbangkan pada 1982.

"Kita lihat tidak keperluan untuk dibahas sekarang kerana ia perlu dibincang di peringkat tertinggi," kata Mahfuz ketika dihubungi Malaysiakini.

"Usul itu akan dibincang dalam ahli jawatankuasa PAS Pusat terlebih dahulu sama ada keperluan ataupun tidak, ada kesan baik atau buruk termasuk persepsi masyarakat terhadap kita.

"Ia perlu diperhalusi dari pelbagai aspek," katanya lagi.

Menurut Mahfuz lagi, terdapat tiga usul yang akan dibahaskan, antaranya mengenai dengan usul Pembelajaran dan Pengajian Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris (PPSMI) dan usul meningkatkan integriti kehakiman.

SuMBeR: MaLaYSiaKiNi

No comments:

Post a Comment