Followers

Friday, August 27, 2010

KaMu TeRBaiK SeaDaNYa KaMu.....



Di sini aku nk share satu video klip yg mampu membuat anda tersentuh.......seorang yg kurang upaya mampu melakukan apa yg kita fikirkan mustahil.......jgn fikirkankan kelemahan diri mnjadi penghalang kejayaan......kamu terbaek seadanya kamu........(",)






Tuesday, August 24, 2010

aKiBaT SeLaLu TiNGGaL SeMBaHYaNG.....


Video ini hanya lakonan semata2 (kredit kpd sape yg wat video nie)........hanya sekadar mahu berkongsi bersama pelawat blog ini fenomena yg terjadi akibat selalu meninggalkan solat......pelbagai karenah timbul......semoga dapat memberi pengajaran kpd semua........layan.........





Saturday, August 7, 2010

aLWaYS ReSPeCT YouR MoTHeR.....



"Sesungguhnya syurga itu di telapak kaki ibu........"


3 pelajar USM berjaya merangkul Hadiah Ketiga dalam cabaran “Intel International Undergraduate Embedded System Design Contest” di Shanghai, China.....




Hadi b. Jafar, Ahmad Aizuddin b. Yeop Ibrahim dan Misbahul Munir b Rasib, kesemuanya pelajar PPKEE, telah mengharumkan nama USM apabila memenangi Hadiah Ketiga “Intel International Undergraduate Embedded System Design Contest” yang telah diadakan di Shanghai Jiao Tung University (SJTU), China pada 24hb Julai 2010 baru-baru ini. Projek USM bertajuk Sistem Terbenam bagi Pertanian Pelbagai Suasana (Embedded System for Multi-Environment Agriculture). USM adalah di antara 14 pasukan luar negara yang menyertai pertandingan tersebut yang berjaya menarik minat 76 universiti-universiti yang kebanyakannya dari negara China.

Intel Cup ESDC (singkatan bagi “Intel Cup Undergraduate Electronic Design Contest - Embedded System Design Invitational Contest") telah dimulakan oleh kerajaan China, Universiti Shanghai Jiao Tung sebagai tuan rumah, dan ditaja secara teknikal sepenuhnya oleh Intel Corporation sejak 2002.

Diadakan setiap dua tahun, pertandingan ini memberi peluang kepada universiti-universiti yang terpilih untuk merekabentuk sistem yang berfungsi berdasarkan suatu platform sistem terbenam Intel yang dipilih untuk tempoh rekabentuk tiga bulan. Setiap pasukan terdiri daripada 3 pelajar dan seorang mentor akademik.

Dengan pertambahan mendadak universiti-universiti dari tanah besar China, pertandingan ini juga telah menarik minat universiti-universiti antarabangsa sejak 2004. Pada tahun 2010 ini, 76 universiti dan 165 pasukan dari tanah besar China, Hong Kong, Singapura, Malaysia, Vietnam, Turki, Ukraine, Mexico dan Amerika Syarikat telah mengambil bahagian.

Penyertaaan USM dalam pertandingan Intel Cup sejak 2008 dinaungi dan dibimbing oleh
Pusat Usahasama Kecemerlangan Rekabentuk Mikroelektronik atau CEDEC. CEDEC melatih kumpulan pelajar dari berbagai PTJ bagi melengkapkan kemahiran mereka dalam bidang Embedded System.

Dalam penglibatan pertama pada tahun 2008, kumpulan USM yang terdiri dari 2 pelajar PPKEE (Mohd Naim Mohd Jain, Tan Hong Ping) dan seorang pelajar PPS Komputer (Ang Choon Lye), telah juga meraih kemenangan Hadiah Ketiga dengan projek berjudul “Embedded System for Car Security and Connectivity”.

Pengarah CEDEC adalah ‘Faculty Mentor’ bagi penyertaan USM dengan bantuan En Khairu Anuar Mohamed Zain, Pegawai Penyelidik di CEDEC. Mengikut Pengarah CEDEC, pertandingan tahun ini adalah lebih mencabar memandangkan penyertaan pasukan antarabangsa meningkat dari 5 ke 8 negara.



Produk USM dalam Intel Cup adalah Sistem Tanaman Berbagai Musim Menggunakan Sensor-Sensor.


(dari kiri ke kanan)
Hadi, Ahmad Aizuddin, Misbahul Munir dan En Khairu Anuar.