Followers
Monday, June 27, 2011
PeSaN CiKGu.....
Saturday, June 25, 2011
BRoWSeR iNTeRNeT & PeRSoNaLiTi.....
Sunday, June 19, 2011
'PaK uDa' MeNiNGGaL DuNia.....
Pelakon komedi Zami Ismail, 67, yang sinonim dengan panggilan "Pak Uda" dalam sitcom "Pi Mai Pi Mai Tang Tu" meninggal dunia pagi ini di Institut Jantung Negara (IJN). Anak kedua Allahyarham, Ahmad Yamashita, 25, berkata ayahnya meninggal pada jam 10.30 pagi selepas seminggu dimasukkan ke IJN ekoran masalah jantung.
Allahyarham meninggalkan isteri Hanizan Ibrahim serta sembilan orang anak termasuk pelakon Mohd Saopi atau dikenali sebagai Opie dan pengarah filem dan drama Mohd Latiff atau Hitler. Opie ketika ditemui menyifatkan ayahnya sebagai seorang yang tekun dan komited dalam setiap tugas yang diberikan kepadanya sehingga sanggup ke lokasi penggambaraan walaupun ketika itu beliau kurang sihat. "Saya dan adik-beradik yang lain pernah melarang ayah pergi ke lokasi penggambaraan, namun ayah tetap pergi secara senyap-senyap tanpa pengetahuan kami," katanya.
Presiden Karyawan Datuk Freddie Fernandez yang turut berada di IJN berkata beliau amat terkejut mendengar berita kematian Allahyarham dan menyifatkannya sebagai satu kehilangan besar dalam dunia seni hiburan tanah air. "Sepatutnya beliau (Zami) akan dijemput sebagai tetamu untuk rancangan Pesta Lawak pada Ahad depan (26 Jun). Namun setelah pemergiannya kita tetap akan mengadakan malam penghargaan untuk beliau," katanya.Pengarah filem dan drama, Othman Hafsham pula berkata watak Pak Uda yang dilakonkan Allahyarham adalah tunggak kepada sitcom "Pi Mai Pi Mai Tang Tu" sekitar 1980-an yang menjadi siri sitcom yang diminati ramai penonton selama 18 tahun.
Allahyarham turut berlakon hampir 20 buah filem termasuk dua filem yang belum ditayangkan iaitu "Husin Mon Dan Jin Pakai Toncit" dan "Shh… Dia Datang". Zami pernah memenangi anugerah Pelakon Komedi Terbaik dalam Festival Filem Malaysia Ke-9 pada tahun 1991.
- Bernama
uNcLe DeeN: Takziah diucapkan kpd keluarga Allahyarham....Moga roh Allahyarham ditemptkan bersama golongan org2 yg soleh.....Al-Fatihah....
SeNi LiPaTaN KeRTaS.....
Thursday, June 16, 2011
BiLa SuPeRHeRo DaH Tua.....
Monday, June 13, 2011
He GoT a WonDeRFuL VoiCe.....
Sunday, June 12, 2011
PePaTaH MoDeN.....
1.Pembohongan apabila terus dipertahankan,satu hari nanti akan menjadi kebenaran
2.Tangan di atas lebih baik daripada kaki di atas
3.Hidup itu seperti roda yg berputar, kadang di atas kadang dibawah, tapi kadang-kadang di bawah lebih lama, kerana masa tu lampu merah.
4. Facebook adalah tempat dimana anda boleh conteng di dinding dan tidak dianggap gila
5.Percayalah kepada Tuhan; sebab ada beberapa perkara yang tidak mampu dijawab oleh Google
6.Walaupun sama-sama berjenis kelamin perempuan, pontianak berpakaian lebih sopan dibandingkan remaja zaman sekarang
7.Pekerjaan seberat manapun akan terasa ringan apabila tidak dikerjakan.
8.Jika seseorang melemparmu dgn batu, balaslah dengan senyuman dan lemparkan bunga, tapi pastikan dengan pasu-pasunya sekali turut terlempar.
9. Wang bukan segalanya tetapi segalanya memerlukan wang.
10.Berakit-rakit ke hulu, berenang-renang ke tepian, bersakit-sakit dahulu, pergi klinik kemudian.
11.Banyak belajar, banyak lupa – so tak payah belajar agar tidak lupa.
12.Kegagalan adalah awal kepada kegagalan berikutnya.
13.Kehiupan adalah ibarat facebook, ramai kawan-kawan anda ‘like’ komen dan problem anda tapi seorang pun yang selesaikan problem anda kerana masing-masing sibuk updating status masing-masing.
uNcLe DeeN: pepatah moden penawar duka.
Monday, June 6, 2011
uSoPBooK.....
Thursday, June 2, 2011
BeZa BeRuBaT DeNGaN BoMoH & DoKToR.....
1. Sebelum Berubat
Doktor: keadaan awak sebelum ni macamana? Batuk-batuk ada lendir tak?
Bomoh: keadaan kamu sebelum berubat ni macamana? Putus cinta, patah semangat, sakit hati/dendam.
2. Proses Pengubatan
Doktor: dengan cara membaca suhu badan, baca denyutan nadi, menyuntik.
Bomoh: dengan cara mulutnya komat-kamit kemudian disembur dengan air ludahnya.
3. Pembantu
Doktor: ditemani oleh jururawat yang memakai uniform putih yang cantik.
Bomoh: ditemani oleh yg memakai baju putih juga ..tapi rambutnya serabai tak terurus.
4. Peraturan
Doktor: menghisap rokok di dalam klinik, mahu kena halau keluar.
Bomoh: menghembuskan asap kemenyan diruang pengubatan Bomoh, yang membuat orang-orang lain keluar.
5. Susu
Doktor: Untuk menguatkan tulang, anda digalakkan meminum susu.
Bomoh: Untuk membuat ramai lelaki tergoda pada anda, digalakkan memakai ‘susuk’.
6. Nasihat
Doktor: Tidak boleh membeli makanan di tempat yang lauknya terdedah nanti kena lalat, basuh tangan dengan sabun sebelum makan.
Bomoh: Tidak boleh lalu bawah ampaian baju, tidak boleh kencing sebarangan.
7. Proses Pembelajaran
Doktor: harus tabah belajar dan stress bertahun-tahun.
Bomoh: harus tabah bertapa dan kelaparan bertahun-tahun.
8. Tawaran Khas
Doktor: Jika anda mahu mengandung, boleh cuba ke klink kawan saya di bla..bla..bla..sambil memberi namecard.
Bomoh: Bomoh akan kasi anda ramuan pengikat jiwa yg mesti diminum oleh pasangan anda, kalau susah sangat anda boleh bela jin ni seekor tolong tengokkan suami anda supaya tak cari perempuan lain.
9. Setelah Berubat
Doktor: semasa pulang, kita akan dibekalkan ubat-ubat dan kemudian disuruh makan 3X sehari.
Bomoh: pulang Berubat kita akan dibekalkan kertas tulisan mentera ntahapa-apa, dibekalkan kemenyan yang perlu dibakar pada malam jumaat dan bunga-bunga yang disuruh di bawa mandi tengah malam.
uNcLe DeeN : hanya percaya ustaz yang mengamalkn ayat2 Al-Quran kalau berubat penyakit terkena gangguan jin atau syaitan.