Followers

Wednesday, December 23, 2009

Dr. SHeiKH YuSoF aL-QaRDaWi SeDia PeRTaHaNKaN aNWaR.....


Pengerusi Kesatuan Ulama Islam Sedunia, Prof Dr. Yusuf Al-Qaradawi yang menerima anugerah Tokoh Maal Hijrah baru-baru ini akan membawa isu pendakwaan qazaf berkaitan Datuk Seri Anwar Ibrahim yang belum lagi dijalankan ke peringkat antarabangsa.

Kesediaan Dr. Yusuf Al-Qaradawi mempertahankan Anwar dinyatakan semasa berada di negara ini baru-baru ini kerana menyesali kelewatan Mahkamah Syariah di negara ini membicarakan pendakwaan qazaf berkaitan tuduhan liwat terhadap Anwar. Sebaliknya Mahkamah Syariah dikatakan hanya akan memulakan perbicaraan selepas kes liwat berkenaan dibicarakan di mahkamah sivil.

Walhal menurut ulama berkenaan persoalan qazaf patut dibicarakan dahulu kerana ia menyentuh kewibawaan dan kredibiliti si penuduh. Kalau ia disabitkan dengan qazaf, maka kata Sheikh Yusuf, persaksian si penuduh tidak boleh diterima selama-lamanya kerana ia termasuk golongan fasiq.

Beliau dikatakan bersedia menggunakan kedudukannya sebagai Pengerusi Kesatuan Ulama Sedunia untuk membawa isu itu ke peringkat antarabangsa dengan mendapatkan pandangan tokoh-tokoh ulama sedunia.

Secara logiknya perbicaraan di mahkamah sivil akan mengambil masa yang lama sekiranya diambil kira segala proses sehingga ke Mahkamah Persekutuan. Apa yang dibimbangi jika perbicaraan qazaf dibuat di mahkamah syariah?

Semua ini menunjukkan bahawa berlaku kepincangan dalam dwisistem perundangan di Malaysia yang seolah-olah mengikut telunjuk serta diperalatkan oleh pihak tertentu untuk memburukkan imej serta mengaibkan saingan politik mereka.


P/S:
Diharapkan agar teguran daripada ulama tersohor dapat merungkaikan segala kepalsuan dan hakikat sebenar isu liwat yg membabitkan Datuk Seri Anwar Ibrahim........

No comments:

Post a Comment