Zainah Anwar menjadi Pengasas dan ketua SIS.
Tujuan menubuhkan SIS diterangkan oleh Zainah: "We are fighting for justice, (for) an Islam that is just, an Islam that upholds the principles of justice, equality, freedom and dignity of the human being, be it man or woman. But certainly, given the experience that we've gone through, our focus is on the rights of Muslim women." (Ibid: 11).
Keadaan ini berlaku semasa Amina Wadud menjadi pensyarah di UIAM beliau meyusupkan idea dan fahamnya kepada sekumpulan wanita yang sealiran dengannya.
Contoh hak berpoligami bagi lelaki dan suami berhak memukul isteri yang nusyuz. Mereka mendakwa sebagai kelas dua dan dinafikan hak.
Kumpulan wanita yang tidak puas hati merasa bertuah mendapat seorang mentor yang berjiwa sealiran dengan mereka.
Ini terbukti dari ungkapan berikut: ``We were very lucky that we had (Muslim theologian and scholar) Dr Amina Wadud, who had arrived to teach the Quran in UIA (International Islamic University).
She was teaching the Quran and she had done her PhD thesis on woman and the Quran. And so she helped us to go through the Qur`an, to go through the words, grammar, vocabulary, world view, the Qur`anic world view.
So she helped us develop this methodology and it was a great engagement because she's a scholar. But we bring our activist background.`` (The Sun Weekend, July 17-18, 2004: 10).
Ungkapan di atas adalah dari Zainah Anwar yang dari pengenalan dan pengajian beliau bersama kumpulan wanita tersebut.
Laman web SIS pula menerangkan aktiviti mereka sebagai:
‘Sisters in Islam is at the forefront of the women's movement which seeks to end discrimination against women in the name of religion.
The group's activities in research, advocacy and public education help to promote the development of Islam that upholds the principles of equality, justice, freedom and dignity within a democratic state.
The group writes letters to the editor, issues press statements and submits memorandum to the Malaysian government to influence laws and policies and the debate within Islam on issues such as equality, dress and modesty, polygamy, domestic violence, right to guardianship, women as judges, Islamic Family Law and justice for women, ShariĆ¢h Criminal Law and fundamental liberties, and apostasy and freedom of religion.’
Di tengah-tengah kedahagaan mereka berhubung dengan maklumat keislaman, mereka bertemu dengan watak yang lebih banyak mempersoalkan Islam dari mematuhi Islam.
Pemikiran SIS SIS berfahaman dengan fahaman sekular dan liberalisme walaupun bertopengkan nama Islam pada organisasinya.
SIS dicengkam dengan gaya berfikir cetusan ‘Enlightenment’ di Eropah beberapa kurun yang lalu.
SIS membawa fahaman liberalisme dimana sekularisme menyokong kewujudannya dengan berjayanya ajaran sekularisme yang menyisihkan kehidupan agama kepada satu amalan peribadi, manakala kehidupan sosiopolitik dan ekonomi dibebaskan dari cengkaman agama (Kristian).
Keadaan ini berlaku apabila Eropah melalui zaman pencerahan atau 'Enlightenment' dimana kebencian terhadap peranan agama dizahirkan dengan perluasan fahaman yang menyeru kepada kebebasan mutlak dari cengkaman agama.
Perlu diingat, zaman pencerahan adalah satu zaman pemisah untuk membezakan ‘dark ages’ (kegelapan) yang dikaitkan dengan kemunduran kerana penguasaan institusi gereja ke atas sosiopolitik Eropah.
Keadaan ini terus terbawa-bawa oleh SIS yang mempersoalkan tentang :
1. ketidakadilan di dalam menghadapi hukuman di mahkamah syariah,
2. hak lelaki berkahwin lebih dari satu (poligami),
3. lelaki boleh memukul isteri yang durhaka,
4. tidak mempercayai Islam sebagai ideology politik yang boleh memerintah Negara,
5. mempercayai agama hanya sebagai nilai yang boleh mengawal politik, tetapi undang-undang dan hukuman bukan keseluruhan dari Islam,
6. menentang hudud,
7. menentang menahan orang yang mahu murtad dan hukuman terhadapnya,
8. menentang Negara Islam,
9. menentang penentuan dan pengawalan nilai ke atas masyarakat,
10.Negara tidak seharusnya mengadakan undang-undang atau polisi mengenai sexualiti yang mendiskriminasi dan membezakan dari segi hukuman dan berpegang pada kebebasan beragama (Ibid., 10-13).
Atas sebab inilah, tidak sukar untuk memahami pemikiran SIS mengapa SIS lantang menyerang sistem nilai Islam, termasuklah undang-undang syariah dan penguatkuasaan hukum Islam?
Disinilah SIS akan bertembung dengan sesiapa dan apa sahaja yang mahukan Islam, sebagai entiti peranan yang berwibawa, walaupun pihak tersebut adalah pihak kerajaan sendiri.
SIS adalah pejuang kebebasan individu yang membawa fahaman utilitarian dalam menentukan batasan 'akhlak' yang diizinkan. Utilitarian menganggap bahawa keseronokan maksima ‘maximum pleasure’ adalah pengukur moraliti.
Selagi ia menghasilkan keseronokan maksima, maka seseorang bebas untuk melakukan apa sahaja yang dikehendaki.
Fahaman ini menolak sebarang campur tangan mana-mana pihak menentukan bagaimana seseorang itu mahu dan boleh berseronok kerana kononnya ia adalah hak individu.
Mereka juga membawa pemikiran tuntutan persamaan hak ini di dalam sistem kekeluargaan.
Mereka memperjuangkan kebebasan berkeluarga, maka kehidupan berumahtangga yang berdasarkan agama menjadi longgar.
Kerana mengelak dari keterikatan, tanggungjawab dan beban yang ada dalam kehidupan berumahtangga, maka mereka memilih pasangan secara hidup bebas tanpa ikatan pernikahan dan fenomena anak luar nikah hasil dari penzinaan.
Gerakerja SIS:
Fokus sebenar langkah-langkah mereka ialah mempersoal, memperkecil dan meragukan masyarakat khususnya yang kurang pengetahuan mengenai pelaksanaan hukum-hukum Islam.
SIS menjalankan kerja menafsir Quran yang menyokong layanan sama rata wanita dengan menggunakan tiga taktik menggunakan media sebagai alat, menganjurkan bengkel dan menyebarkan maklumat melalui ceramah umum, diskusi, sesi latihan dan penerbitan.
SIS mengatakan bahawa hak wanita telah disalah ertikan oleh kaum lelaki.
SIS mendapat tumpuan media dengan menghantar lambakan surat kepada penerbit dalam akhbar-akhbar, sidang akhbar yang menghebahkan undang-undang berat sebelah, menulis dalam ruangan soal jawab dalam akhbar dan mengadakan sessi latihan untuk wartawan wanita.
Dengan cara ini SIS mendapat hubungan yang baik dengan pihak media dan dapat menggunakan media sebagai alat pendidikan.
Taktik SIS yang inovatif ini adalah sangat berguna untuk kumpulan-kumpulan yang ingin memajukan perjuangan hak asasi manusia dalam persekitaran kebudayaan atau keagamaan.
Kerjasama mereka yang bijak dengan pihak media boleh digunakan oleh kumpulan untuk mendapat suara yang kuat walaupun sumber dan peluang adalah terhad.
Antara memorandum yang pernah dibuat oleh mereka yang menimbulkan kontroversi dan bersifat mencabar Islam termasuklah:
1. Memorandum Perbandingan Rang Undang-undang Keluarga Islam (Negeri Selangor) 2003 dengan Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam (Negeri selangor) 1984 bertarikh 16 Mei 2003.
2. Memorandum On the Syariah Criminal Code (II) 1993 State of Kelantan bertarikh 25 December 1993.
3. Officers' Action Cannot Be Seen As 'Islamic' bertarikh 23 January 2005.
"Moral Policing Violates Qur'anic Spirit and Fundamental Rights" bertarikh 1 Februari 2005
5. ‘The State Has No Role in Policing Morality’ bertarikh 23 Mac 2005
Apa yang membimbangkan ialah gerakan ini dilindungi oleh pihak yang mempunyai kewibawaan.
Seperti yang dapat dilihat dalam ‘Kempen Satu Suami-Satu Isteri’ yang digagaskan SIS, pelancarannya dilakukan sendiri oleh arwah isteri Perdana Menteri, Datin Seri Endon Mahmud, beberapa tahun dahulu.
Kita yakin bahawa kumpulan seperti SIS dan beberapa NGO seperti ini mempunyai konspirasi dan gerakan terancang untuk menghapuskan sistem nilai dan perundangan Islam melalui pendekatan pemikiran dan tuntutan yang dibuat oleh mereka.
Kejutan yang dicetuskan oleh Amina Wadud menjadi khatib dan Imam sembahyang Jumaat yang diikuti makmum dari kalangan lelaki dan perempuan berjumlah dalam lingkungan 100 jamaah di sebuah Gereja di Universiti Commonwealth di New York membangkitkan kemarahan umat Islam seluruh dunia.
Dr Amina Wadud pemegang ijazah Ph. D di dalam kajian al-Quran ini berpeluang mendapat tapak permulaan menyebarkan faham liberalnya terhadap Islam apabila berpeluang menjadi tenaga pengajar di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) 1989-1991 yang mengajar di Jabatan Revealed Knowledge and Heritage di universiti tersebut.
Amina adalah berlatarbelakangkan pendidikan liberal dan sekular. Walaupun bidang pengajian dan kajian berhubung dengan Islam dan menghasilkan buku 'Quran And Woman" dia dipengaruhi pandangan sekular dan mempersoalkan tentang hukum hakam yang ditafsirkan oleh ulama terhadap al-Qur`an dan juga Sunnah.
Beliau seolah-olah menganjurkan penentangan, bahkan pemberontakan terhadap apa yang disifatkan ketidakadilan terhadap wanita. Oleh kerana pemikirannya yang bersifat kontroversi mengenai masalah-masalah Islam, khidmatnya hanya sepenggal selama tiga tahun dan tidak disambung kontraknya.
Pemikirannya sudah tentulah disebarkan di kalangan pelajar-pelajarnya yang mengkuiti kursusnya sebagai Profesor di dalam Pengajian Islam di Commonwealth University di Virginia, di New York.
Sikap Amina yang tidak menyenangkan khalayak berhubung dengan persoalan Islam dapat dinilai dari peristiwa di mana beliau dijemput kepersidangan mengenai HIV/AIDS pada bulan Mei 2003 di Kuala Lumpur membentangkan kertaskerja di samping kertas-kertas kerja perwakilan peringkat antarabangsa termasuk dari Afrika mengenai bagaimana Islam seharusnya menangani masalah HIV/AIDS.
Dalam membincangkan tentang penyebaran wabak AIDS, Amina menuduh hukum keluarga Islam telah menyebabkan kuman HIV tersebar tanpa kawalan kepada para isteri.
Keceluparan Amina yang menyentuh soal akidah membuat 20 perwakilan, kebanyakannya dari Afrika, termasuklah dari Malaysia dan United Kingdom menentang kertas kerja Aminah dan mendesak pengerusi menolak kertas kerja Amina bahkan menolak Aminah dari menyertai persidangan.
Mereka mahu namanya dipadam dari rekod Persidangan selama lima hari Second International Muslim Leader`s Consultation On HIV/AIDS.
Sembahyang Jumaat berkhatib dan berimamkan wanita dengan makmun dari kalangan lelaki dan perempuan sebagaimana diperkatakan di atas memperlihat betapa Amina jauh menyimpang mempersoalkan hukum hakam Islam yang dianggap tidak adil terhadap wanita dan menurut pandangannya diletakkan sebagai kelas dua.

Siapa Zainah Anwar?
Zainah merupkan pengarah eksekutif SIS dan dia juga adalah merupakan ahli Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia.
Zainah berpendidikan Fletcher School of Law and Diplomacy, Tufts University, Boston University dan Institut Teknologi MARA, dalam bidang hubungan antaranbangsa dan kewartawanan.
Dia juga pernah menjadi Chief Programme Officer, Political Affairs Division, Commonwealth Secretariat, London; Freelance Writer; Senior Analyst, Institute of Strategic and International Studies, Kuala Lumpur; Political and Diplomatic Writer, The New Straits Times, Kuala Lumpur.
Dia juga pernah menerbitkan buku ‘Islamic Revivalism in Malaysia: Dakwah Among the Students’ yang menjadi rujukan beberapa pemikir dan universiti di negara ini.
Zainah Anwar sendiri pernah mengemukakan pendapat mengenai golongan profesional Melayu wanita yang tidak berkahwin.
Zainah menyifatkan kebanyakan golongan terpelajar Melayu tidak memilih untuk berkahwin bukan kerana tidak ada jodoh semata-mata tetapi kerana menolak berkongsi hidup dengan lelaki yang dianggap kolot.
Lelaki Melayu kata beliau masih dibelenggu dengan pemikiran kolot yang memaksa isteri untuk melakukan tugas-tugas tradisional yang membosankan.
Isteri terus dilihat sebagai kilang pengeluar zuriat, petugas dapur dan buruh rumah tangga tanpa bayaran yang membeban dan membosankan, katanya.
Berasaskan kenyataan ini kata Zainah beliau sendiri memilih untuk tidak berkahwin dan bertekad untuk terus hidup membujang tanpa suami.
Pemikiran ini yang mencabar hukum-hukum Allah ini dinyatakan dengan jelas oleh intelektual Melayu ini dalam tulisan beliau Ending of Patriarchy yang disiarkan dalam majalah Time keluaran 10 Mac 2003.
Tulisan ini mencabar hukum-hukum Islam semasa yang didakwa Zainah sebagai hukum ciptaan ulamak lelaki dan bukannya hukum sebenar daripada Allah SWT.
“Saya tidak percaya bahawa Tuhan memberi kuasa kepada suami untuk memukul isteri, dan hukum bahawa seorang isteri yang mengongsi suka duka bersama suami mendapat hanya satu perlapan daripada harta yang mereka usahakan bersama apabila kematian suami,” katanya.
Para ulama' kata Zainah mengada-adakan hukum bahawa hak menceraikan isteri adalah hak mutlak suami tanpa soal dan si suami boleh mengambil isteri kedua, ketiga dan kempat sesuka hati.
Antara kenyataan-kenyataan Zainah yang bersifat menghina Islam termasuklah: "They have been socialized to accept that the religious authorities know best." Source: Zainah Anwar, "Modern, and Moderate, Islam," Asiaweek, September 16, 1997, p. 34.
"I don't see any contradiction in that." Source: Zainah Anwar quoted by Anthony Spaeth, "Trouble in Purdah," Time International, April 8, 1996, p. 2 of online version.
“Well to me it’s a question of choice. Islam does not believe in force. And freedom to wear what you want to wear, I mean to recognise that right, I think it’s important, and faith imposed by coercion to me is not faith.” Zainah Anwar quoted when asked whether SIS had gone far from the real teaching of Islam? www.umnoreform.com/arkib_ogos.htm.26 April 2005
Sumber: Lajnah Penerangan dan Dakwah Dewan Pemuda PAS Subang.

wow
ReplyDeleteartikel yg panjang
sy kongsikan ~
ReplyDeleteapa guna jd ISLAM jika menentang hukum Allah samalah spt mereka ni MURTAD!!!!!
ReplyDeleteAllah menetapkan hukum dan disampaikan oleh ar-rasul. Dr.Amina menidak dan perbodohkan hukum2 ini memperlihatkan dia 'rasa' dia lebih bijak dari Allah ! tak cukup setakat itu, dia 'nodai' pula minda Zainah & mereka seangkatan dgn nya utk menyambung fahaman itu. Mereka semua adalah syaithan yg sesat & menyesatkan. Syaithan yg bertopengkan manusia.
ReplyDeletePengikut Islam terbahagi kepada 73 puak (ikutan)..hanya 1 yang membawa kita ke syurga iaitu yang berpegang kepada Al-Quran, Sunnah Nabi dan Qias Ulamak..jadi dah pasti lah yang ni (SIS)termasuk di dalam lagi yg 72 tu...janganlah kita menghumbankan diri kita ke dalam api neraka semata-mata untuk memuaskan nafsu serakah kita..Nauzubillah.
ReplyDelete