Followers

Saturday, February 11, 2012

Tips Membeli Smartphone.....



Telefon boleh dikatakan satu keperluan pada zaman ini, zaman teknologi atau lebih dikenali sebagai zaman cyber. Pelbagai jenis telefon boleh kita lihat pada masa kini. Di sini saya ingin memfokuskan pada telefon yang boleh dikatakan menjadi kegilaan pada masa kini atau boleh dikatakan sebagai telefon masa depan iaitu Smartphone aka telefon pintar.

Dengan perkembangan pesat tekologi kini serta persaingan yang hebat daripada syarikat-syarikat telefon, kini para pengguna mempunyai banyak pilihan bagi memiliki gajet ini. Bagi first user telefon jenis pintar ini mereka pasti keliru bagi membuat pilihan 'jenis' bagaimanakah telefon pintar yang harus mereka beli.

Di sini saya ingin berkongsi sedikit tips2 kepada mereka yg ingin membeli smartphone aka telefon pintar ini.

Specifikasi

1. Prestasi sesebuah telefon memainkan peranan penting untuk pemilihan. RAM (diukur dalam megabytes) mengukur berapa banyakkah aplikasi yang dapat dijalankan atau dibuka dalam masa yang sama tanpa memperlahankan prestasi telefon itu. Bagi mereka yang hanya menggunakan telefon untuk melayari internet dan membuat panggilan, 256MB RAM sudah cukup bagi anda. Dan bagi mereka yang seorg handphone gamers RAM 512MB adalah minimum RAM yang sesuai untuk anda.

2. Processor (diukur dalam Gigahertz) adalah minda bagi sesebuah telefon pintar. Ia mengukur akan kelajuan dan betapa laju telefon anda bertindak apabila anda menukar aplikasi2 serta kelajuan semasa anda melayari internet. More Gigahertz, more better.

3. Kualiti kamera yang ada pada telefon pintar ini juga memainkan peranan yang penting dalam pemilihan sesebuah telefon. Kualiti sesebuah kamera diukur di dalam Megapixels (MP). Bertambah nilai MP bermakna kualiti gambar yang ditangkap akan lebih baik.

4. Storage @ penyimpanan data (diukur dalam Gigabytes). Bagi peminat muzik atau video muzik, storage yang tinggi bagi sesebuah telefon adalah sangat penting. Ini disebabkan, nilai GB yang rendah akan membuatkan anda tidak dapat menyimpan banyak data atau pun muzik kesukaan anda.

Tip membeli

1. Mencuba sebelum anda membeli. Pergilah ke berapa banyak pun kedai yang anda mahu sebelum membeli telefon pilihan anda. Ini adalah cara untuk anda mengetahui serta membuat pilihan tepat mengenai telefon yang anda akan beli pada masa depan.

2. Bawa kenalan yang arif mengenai telefon. Ini akan dapat membantu anda mendapat second opinion daripada kenalan anda mengenai spesifikasi telefon itu serta maklumat2 lain berkaitan telefon.

3. Selidik maklumat daripada internet ataupun daripada majalah telefon. ini adalah salah satu cara yang bagus serta efisien dalam membantu anda membuat pilihan mengenai telefon pintar yang bakal anda beli.

Di sini saya berkongsi sedikit cara asas kepada kawan2 di luar sana mengenai cara untuk memilih telefon pintar kesukaan anda. Kepada kawan2 yang ada cadangan atau tips untuk dikongsi, bolehlah bersama2 menyumbang idea di bahagian komen.

Walaupun teknologi telefon pintar semakin maju dari hari ke hari, ingatlah kawan2, jangan sampai anda hanyut dengan teknologi ini dan menyalahgunakan teknologi yang sedia ada ini. Peace No War.


5 comments:

  1. heee ... boleh upgrade lg ni ..

    ReplyDelete
  2. HAI SAYA MOON----MASAKKAN AKU TOMYAM GOON MLM AKU MAHU MKN

    ReplyDelete
  3. info yang bagus....baru tau cara nak beli...

    ReplyDelete
  4. Pengen yang lebih seru ...
    Ayo kunjungi www.asianbet77.com
    Buktikan sendiri ..

    Real Play = Real Money

    - Bonus Promo Red Card pertandingan manapun .
    - Bonus Mixparlay .
    - Bonus Tangkasnet setiap hari .
    - New Produk Sabung Ayam ( minimal bet sangat ringan ) .
    - Referal 5 + 1 % ( seumur hidup ) .
    - Cash Back up to 10 % .
    - Bonus Royalty Rewards setiap bulan .

    Untuk Informasi lebih jelasnya silahkan hubungi CS kami :
    - YM : op1_asianbet77@yahoo.com
    - EMAIL : melasian77cs@gmail.com
    - WHATSAPP : +63 905 213 7234
    - WECHAT : asianbet_77
    - SMS CENTER : +63 905 209 8162
    - PIN BB : 2B4BB06A / 28339A41

    Salam Admin ,
    asianbet77.com

    Download Disini

    ReplyDelete