Followers

Friday, June 5, 2009

uSuL JaWaTaN PReSiDeN Di TeRaJui uLaMa DiToLaK.....

Usul Dewan Ulama PAS supaya jawatan kanan parti - presiden, timbalan dan seorang naib presiden - diperuntukkan kepada ulama telah ditolak, kata Pengerusi Jawatankuasa usul Muktamar PAS, Mahfuz Omar.

Beliau yang juga ketua penerangan PAS berkata, usul itu ditolak kerana tidak cukup kriteria untuk dibahaskan.

Katanya, cadangan itu perlu dibincangkan di peringkat jawatankuasa PAS Pusat, terlebih dahulu kerana pelaksanaannya melibatkan pindaan perlembagaan parti tersebut.

Semalam perwakilan Dewan Ulama Terengganu membentangkan usul tersebut dan diluluskan oleh dewan berkenaaan untuk dibawa ke muktamar yang bermula hari ini.

Usul itu dibuat atas dasar ulama telah mempelopori penubuhan PAS dan menerajui kepemimpinan ulama sejak 27 tahun lalu - apabila era Datuk Asri Muda yang dianggap nasionalis, ditumbangkan pada 1982.

"Kita lihat tidak keperluan untuk dibahas sekarang kerana ia perlu dibincang di peringkat tertinggi," kata Mahfuz ketika dihubungi Malaysiakini.

"Usul itu akan dibincang dalam ahli jawatankuasa PAS Pusat terlebih dahulu sama ada keperluan ataupun tidak, ada kesan baik atau buruk termasuk persepsi masyarakat terhadap kita.

"Ia perlu diperhalusi dari pelbagai aspek," katanya lagi.

Menurut Mahfuz lagi, terdapat tiga usul yang akan dibahaskan, antaranya mengenai dengan usul Pembelajaran dan Pengajian Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris (PPSMI) dan usul meningkatkan integriti kehakiman.

SuMBeR: MaLaYSiaKiNi

KePuTuSaN PeMiLiHaN DeWaN MuSLiMaT PAS......


PENGERUSI TETAP (154)

Nor Hashimah Deraman

TIMBALAN PENGERUSI TETAP (162)
Wan Hamidani Wan Ahmad

KETUA (136)
Nuridah Mohd Salleh, Ustazah


TIMBALAN KETUA (142)
Siti Zailah Mohd Yusoff, YB.


NAIB KETUA (MTB)
Mumtaz Md Nawi, YB.

AHLI JAWATANKUASA KERJA (23)

1. Wan Ubaidah Omar, YB.(196)
2. Halimah Ali, YB. Dr. (173)
3. Mastura Hj Mohamad (173)
4. Aiman Athirah Al Jundi (162)
5. Najihatussalehah Ahmad, Dr.(158)
6. Siti Mariah Mahmud, YB. Dr. (156)
7. Rosni Adam, Dr. (155)
8. Azizah Khatib Mat, Ustazah (147)
9. Salbiah Abd Wahab (147)
10. Nurul Huda Yusof Rawa (135)
11. Wardatul Jannah As Sofea (125)
12. Fatimah @ Zainab Ibrahim, To' Puan (122)


PEMERIKSA KIRA-KIRA (2)

1. Basmatul 'Uyun Yusof
2. Wan Hasna Wan Ismail

KePuTuSaN PeMiLiHaN DeWaN uLaMa PAS......

Pemilihan Jawatankuasa Ulama telahpun selesai, berikut adalah keputusan penuh Jawatankuasa Ulama PAS Pusat 2009-2011

Ketua : Ustaz Harun Taib(MTB)
Timbalan : Ustaz Tuan Ahmad Yaakob (MTB)
Naib : Dr Mahfodz Omar (MTB)

Ahli-ahli Jawatankuasa

1.Ustaz Husin Awang 193
2.Ustaz Abdul Ghani Shamsudin 186
3.Ustaz Nik Zawawi Salleh 186
4.Ustaz Saleh Sani Harun 156
5.Ustaz Abu Bakar Abdullah 153
6.Dato' Ustaz Mohd Daud Iraqi 152
7.Ustaz Abdullah Abd Razak 152
8.ustaz Hasan Mohamad 143
9.Ustaz Ismail Noh 138
10.Ustaz Mohd Zain Abd Rahman 138
11.Ustaz Mohamad Mustafa 131
12.Ustaz Abdullah Husin 129


Pemeriksa kira-kira : Hj Ibrahim Omar 188

Thursday, June 4, 2009

KePuTuSaN PeMiLiHaN DeWaN PeMuDa PAS......



BERIKUT
ialah senarai calon yang memenangi pemilihan jawatan Dewan Pemuda PAS Pusat Sesi 2009-2011.

PENGERUSI TETAP

Misbahul Munir Masduki (Menang Tanpa Bertanding)

TIMBALAN PENGERUSI TETAP

Aris Awang (Menang Tanpa Bertanding)

KETUA

Nasrudin Hassan (Menang Tanpa Bertanding)

TIMBALAN KETUA

Azman Shapawi Abd Rani (Menang Tanpa Bertanding)

NAIB KETUA

Ahmad Sabki Yusof (Menang Tanpa Bertanding)

AHLI JAWATANKUASA KERJA DEWAN (23 bertanding - 12 kerusi)

1. Riduan Mad Nor (197 undi)

2. Nik Mohd Abduh Nik Abdul Aziz (194)

3. Mohd Firdaus Jaafar (176)

4. Mohd Nazri Chik Zain (176)

5. Suhaizan Kaiat (165)

6. Nasir Zakaria (152)

7. Kamal Ashaari (145)

8. Kamaruzaman Mohamad (139)

9. Khairul Faizi Ahmad Kamil (139)

10. Mohd Adram Musa (135)

11. Abdullah Abdul Karim (127)

12. Dr. Rosli Allani Abd Kadir (126)

PEMERIKSA KIRA-KIRA

1. Jamel Saring

2. Muzammil Hafiz


P/S: SeLaMaT BeRJuaNG KePaDa PeMiMPiN DeWaN PeMuDa PAS YaNG BaRu.....


aNaK YuSuF QaRDHaWi PeRLeKeHKaN iKHWaNuL MuSLiMiN.....



Anak lelaki ulama berkarisma Syeikh Yusuf al-Qardhawi, Abdurrahman Yusuf al-Qardhawi, menolak untuk menjawab secara panjang lebar ketika dia ditanya lebih jauh perihal keluarganya.

"Saya hanya ingin berbicara dalam kapasiti saya sebagai seorang penyair Mesir, dan tidak membawa-bawa keluarga saya," demikian kata Abdurrahman ketika sidang media di pejabat akhbar Aljazair, as-Syuruq (1/6).

Selain itu, Abdurrahman juga menolak secara tegas berbagai-bagai macam tuduhan yang dialamatkan kepada dirinya oleh beberapa media Arab yang mengatakan jika dirinya adalah Syi'ah.

"Saya bukan seorang Syi'ah, bukan pula seorang al-Ikhwan al-Muslimun. Saya adalah seorang Arab Nasionalis dan mencintai persatuan," tegas Abdurrahman.

Justru, Abdurrahman sedikit mengkritik organisasi yang diasaskan Hasan al-Banna itu dengan mengatakan "al-Ikhwan sepanjang tahunnya gigih merancangbangun (organisasi), namun mereka kalah dalam perang pemikiran yang sebenarnya."

Beberapa waktu sebelumnya, media-media Arab memberitakan bahawa Abdurrahman, putra Syaikh Yusuf al-Qardhawi, adalah seorang Syi'ah. Ini kerana ia menulis beberapa puisi yang menyinggung perang Israel-Palestin dan memuji Hezbollah.

Di samping itu, Hasan Nashrallah, pucuk pimpinan gerakan Hezbollah Lebanon yang berafiliasi Syiah, memberikan tanggapan atas puisi Abdurrahman dengan pujian melangit. Dus, Nashrallah pun mengutarakan keinginannya untuk dapat bertemu dengan Abdurrahman.


P/S: Ada benarnya lirik dari nasyid yang dinyanyikan oleh Raihan ; Iman tak dapat diwarisi..dari seorang ayah yang bertaqwa...


Wednesday, June 3, 2009

Dr. MaNSoR KiNi SaH TKM 1 PuLau PiNaNG......


Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Penanti, Dr Mansor Othman, mengangkat sumpah sebagai Timbalan Ketua Menteri I Pulau Pinang di kediaman rasmi Yang Dipertua Pulau Pinang, Seri Mutiara, di sini, sebentar tadi.

Beliau mengangkat sumpah di hadapan TYT mengantikan kekosongan yang ditinggalkan oleh Mohamad Fairus Khairudin yang juga Timbalan Ketua Menteri 1 Pulau Pinang yang meletakan jawatan untuk melanjutkan pelajaran serta membersihkan nama daripada fitnah.

Turut hadir menyaksikan acara tersebut ialah Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng.

Dr Mansor telah menang di dalam pilihanraya kecil DUN dengan majoriti yang besar iaitu sebanyak 5,558 undi mengalahkan tiga calon bebas yang kesemuanya hilang wang pertaruhan. UMNO BN tidak menyertai pilihanraya kecil Penanti kerana mengetahui terlebih awal pasti kalah di DUN berkenaan sekalipun memberikan alasan kononnya pilihanraya kecil tersebut adalah permainan politik PKR. Sementara itu majlis angkat sumpah sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) akan diadakan berasingan pada tarikh yang akan ditetapkan.

Pagi ini juga Dr.Mansor dikatakan akan mengotakan salah satu piagamnya untuk membuka Pusat Khidmat dalam masa 48 jam di jalan masuk Taman Guar Perahu. Pusat Khidmat baru itu juga sebagai mengantikan Pusat Khidmat Fairus yang terletak di Jalan Tanah Liat, Bukit Mertajam.


P/S: SeLaMaT BeRTuGaS YB MaNSoR.....


Tuesday, June 2, 2009

SaLaHKaH MeNYoKoNG PeRJuaNGaN aNWaR iBRaHiM??.....


Oleh: WFAUZDIN NS

Gelombang politik terbesar di dalam negara ini hanya berlaku sebaik sahaja berlaku peristiwa pemecatan DS Anwar Ibrahim dari kabinet dan parti Umno lebih kurang 11 tahun yang lalu.

Sebelum peristiwa tersebut, gelombang politik juga pernah berlaku tatkala berlaku pertembungan merebut jawatan Presiden Umno di antara Tun Dr Mahathir dengan YBM Tengku Razaliegh yang mana mengakibatkan wujudnya Parti Melayu Semangat 46 (S46).

Sebelum itu juga, Umno pernah diharamkan sebelum Tun Mahathir menubuhkan Umno Baru yang kekal hingga sekarang. Namun gelombang politik yang menyaksikan pertarungan di antara Umno/Bn dengan Parti S46 yang telah bergabung bersama PAS dan DAP tidak sehebat gelombang yang dibawa oleh DS Anwar Ibrahim selepas tahun 1997.

Saya yakin sesiapa yang membaca kembali sejarah pada awal era reformasi sehinggalah kini, suka atau tidak terpaksa mengakui bahawa pengaruh DS Anwar sememangnya banyak mempengaruhi sokongan rakyat terhadap parti-parti pembangkang yang ketika itu begitu mudah diratah oleh Umno/Bn, kecuali kekuatan kental PAS di Kelantan.

Natijah daripada fitnah yang telah dilakukan oleh mereka yang cemburu serta dengki dengan pengaruh DS Anwar sehingga menyebabkan beliau dipecat dari kabinet dan parti, pembangkang terus mendapat tempat dihati rakyat.

Rakyat sudah tidak lagi meyakini Umno malahan mereka seolah-olah tidak percaya tergamaknya Umno mengkhianati tokoh Melayu yang Pro Islam ini. Tetapi bak kata orang, benih yang baik dicampak ke mana sekali pun tetap akan boleh hidup subur.

Secara jujurnya, parti PAS dilihat lebih banyak memakan hasil daripada peristiwa yang berlaku dan saya percaya ini adalah `kifarah' buat DS Anwar yang mungkin ketika di dalam Umno melakukan beberapa kesilapan di dalam pendekatannya.

Kini, setelah pembangkang mulai mendominasi beberapa buah negeri selepas pilihanraya Ke 12 yang lalu sehingga menyebabkan kerajaan Bn gagal memperolehi majoriti 2/3 di dalam Parlimen, sudah terdapat suara-suara sumbang terutamanya di dalam PAS yang seolah-olah menidakkan sumbangan, ketokohan dan jasa DS Anwar.

Perkara sebegini tidak pernah timbul sewaktu PAS di bawah kepimpinan Almarhum Ustaz Fadzil Noor. Almarhum adalah seorang yang jujur, tidak pendendam serta bijak berpolitik. Budi Almarhum terhadap DS Anwar sudah tentu tidak terbalas.

Pulangnya Almarhum Ustaz Fadzil ke Rahmatullah memaksa DS Anwar menitiskan air mata. Semua ini adalah kisah masa lampau yang amat manis dikenang betapa pemimpin bersatu hati dan sedia bermaafan. Kini, masa berubah apabila melihat kepada kekuatan yang ada pada diri masing-masing.

Pemilihan pucuk pimpinan PAS akan bermula beberapa minggu sahaja lagi. Sebagai sebuah parti yang telah kuat sudah tentu pendekatan di dalam berkempen berbeza samasekali. Saya mengucapkan syabas kepada PAS kerana sehingga kini masih tetap dengan pendirian tegas berkenaan dasar Islam mereka.

Tetapi, saya kurang selesa apabila terdapat beberapa pemimpin yang sering mengaitkan pemimpin yang lain di dalam PAS sebagai `orang DS Anwar'.

Apakah dosa DS Anwar sehingga beliau diheret bersama di dalam kancah perebutan kuasa di dalam PAS? Salahkah sekiranya mana-mana pemimpin PAS berbaik serta menyokong perjuangan DS Anwar selama ini? Apakah dengan menyokong perjuangan DS Anwar bermakna mereka meninggalkan prinsip mereka yang termaktub di dalam PAS ?

Semua persoalan ini tidak mampu saya huraikan melainkan pemimpin-pemimpin PAS itu sendiri. Meskipun saya seorang penyokong DS Anwar tetapi saya juga tetap menyokong serta menghormati pemimpin PAS. Memang benar, mungkin terlalu simpati saya terhadap DS Anwar menyebabkan saya ingin menyuarakan perkara ini kerana bagi saya tidak adil DS Anwar dijadikan bahan tohmahan untuk melemahkan lawan politik sesama mereka. Saya hairan mengapa wujud gelaran pemimpin ini `orang Anwar' dan pemimpin itu `orang Tuan Guru'.

Setahu saya di dalam PAS pemimpin mereka adalah Presiden mereka dan Tuan Guru Nik Aziz adalah Muryidul Am mereka , tiada yang lain dari itu. Umum mengetahui bahawa Presiden PAS dan Tuan Guru Nik Aziz sendiri tidak pernah ingin berjauhan dari perjuangan DS Anwar malahan ingin dirapatkan lagi.

Harus diingat bahawa musuh sentiasa berada di sekeliling kita dan jika kita tersilap langkah, musuh akan mengambil kesempatan. Bukan tujuan tulisan ini untuk membela DS Anwar yang bukan seorang yang maksum dan bukan juga seorang Ulamak. Saya sedikit terubat apabila mendengar segala kata-kata Tuan Guru Nik Aziz berkaitan hubungan yang perlu dijaga sesama kita di dalam PR.

Jangan dimusnahkan apa yang telah dibina landasannya oleh Almarhum Ustaz Fadzil Noor. Kesihan juga kepada DS Anwar yang tidak mampu mempertahankan dirinya apabila dikaitkan di dalam mainan politik oleh rakan-rakan seperjuangannya sendiri. Mungkin DS Anwar hanya mampu berkata di dalam hatinya," Kalau lah Almarhum Ustaz Fadzil masih hidup......


P/S: SeMoGa PeRJuaNGaN KiTa Di ReDHai oLeH-NYA.....


Monday, June 1, 2009

500 iKuT JeJaK HaSHiM JiKa KeLuaR UMNO......

Kira-kira 500 ahli Umno dalam bahagian Arau akan meninggalkan parti jika bekas ketua penerangan Umno negeri, Datuk Hashim Suboh berbuat demikian.

Hashim, yang kecewa dengan pucuk pimpinan Umno negeri, bagaimanapun belum membuat keputusan mengenai perkara tersebut.

Bekas ketua penerangan Pemuda Umno bahagian Arau, Ismail Hashim berkata, mereka adalah ahli Pemuda dan bekas ahli pergerakan itu dalam DUN Tambun Tulang yang diwakili oleh bekas Menteri Besar, Datuk Seri Shahidan Kassim.

"Jumlah 500 itu adalah dari 15 cawangan Umno Tambun Tulang yang merupakan pengikut saya. Jika saya berhijrah, mereka akan ikut saya.

"Saya tunggu keputusan Datuk Hashim, dia lompat saya ikut dia.

"Walaupun Datuk Hashim belum buat keputusan, tetapi 70 peratus sudah ke arah sebelah sana (pembangkang)," katanya kepada Malaysiakini semalam.

Ismail berkata, 500 ahli Umno itu merupakan penyokong kuat Shahidan yang kecewa beliau tidak dilantik semula sebagai menteri besar dan ketua perhubungan Umno Perlis.

Datuk Ismail Kassim, adik Shahidan, merupakan ahli Parlimen Arau.

Menurutnya, dalam masa terdekat ini, ada kumpulan ahli dan penyokong Umno dalam DUN Pauh akan menubuhkan cawangan PKR.

"Saya tidak terbabit dengan penubuhan cawangan PKR itu kerana ia keputusan mereka sendiri," katanya sambil menambah DUN Pauh diwakili oleh Datuk Seri Diraja Syed Razlan Putra Jamalullail.

Ismail berkata, mereka kecewa kerana tindakan menggantikan jawatan Shahidan sebagai pengerusi perhubungan Umno negeri dengan Datuk Md Isa Sabu.

Katanya, ada ahli Umno di Arau yang menganggapnya sebagai satu penghinaan walaupun Shahidan telah dilantik menjadi ahli majlis tertinggi (MT).

"Dalam kemelut politik Perlis sekarang, apa yang boleh saya buat. Saya nak tubuh parti baru tidak mampu.

"Takkan (Datuk Seri) Anwar Ibrahim hendak bunuh orang Melayu kerana dia orang Melayu juga," katanya.


SuMBeR: MaLaYSiaKiNi


P/S: SeTuJu2!!!....