Followers

Saturday, January 30, 2010

Ku Li : PeMiMPiN RaKYaT TuLeN.....


Assalamualaikum,

Belek2 surat khabar ari nie, aku tertarik dgn satu story yg yg aku kira sgt menarik ati iaitu tentang parti UMNO akan meneliti kandungan ucapan seorang pemimpin veterannya Tengku Razaleigh Hamzah yg menyertai perhimpunan menuntut royalti minyak Kelantan di Kota Bharu Kamis lepas.....

Dalam ati aku berdetik gak, aku tertunggu2 gak ade ka org yg berani nak menjadi 'hero kampung' terjerit2 utk cadangkan Ku Li diambil tindakan parti ekoran kesediaan beliau mengetuai kaukus royalti minyak yg dicadangkan pembangkang........

Bukan penyer, selalu setiap ahli parti xleh mengambil bahagian dan sertai pe2 pun aktiviti yg diadakana oleh pihak pembangkang.....lebih2 lg kalu berucap di pentas bersama pihak pembangkang cam Ku Li wat semasa Ceramah Perdana Royalti Minyak ari tue......(berani sungguh Ku Li nie).....

Seperti yg kita taw, Ceramah Perdana Royalti Minyak yg berlangsung kat Stadium Sultan Mohamed IV Kota Bahru sgt mendapat sambutan dripada rakyat Kelantan sgt. Ini bley kita tgk dgn penyertaanberpuluh2 ribu rakyat Kelantan yg hadir ke stadium pada ari tue......


Apa yg aku nk kasi taw kat cni ade lah, aku sgt berbangga mempunyai seorg ahli politik seperti Ku Li yg berani dan sanggup turun padang memberi penjelasan mengenai royalti minyak yg sepatutnyer diterima oleh rakyat Kelantan (bukan wang ihsan) yg telah dinafikan oleh kerajaan pusat sekian lamanyer.......

Seperti yg kita taw Ku Li adalah bekas Menteri Kewangan & bekas Pengerusi Petronas yg terlibat secara langsung akn penubuhan Petronas dan perjanjian di buat dgn negeri2 yg de minyak......

Ku Li mmg terkenal akn keberanian beliau yg sgt kental. Jika x, masakan beliau sanggup menentang Dr. Mahathir untuk merebut jawatan presiden UMNO 1987 dlu......Keberanian beliau juga terbukti dgn berjaya memimpin parti Semangat 46 dan berjaya menimbulkan kegerunan kpd UMNO pada masa Pilihan Raya Umum suatu ketika dlu.....

UMNO mungkin akan melihat Ku Li sebagai seorang yg pembelot kerana snggup menerima ajakn pembangkang untk menyertai kaukus royalti minyak Kelantan......Tapi pada aku ikhlasnyer, Ku Li nie adalah ibarat seorg pemimpin rakyat yg sgt tulen yg sanggup berjuang demi hak rakyat beliau yg telah ditindas sekian lama......

Bukan seperti pemimpin2 sekarang yg lebih mengutamakan kepentingan sendri daripada berkhidmat kpd rakyat yg memilih mereka....Hanya menjadi pak turut saja janji perut dan poket mereka dpt di isi ngan pelbagai projek dan macam2 lg kekayaan yg bley mereka kaut......

Bkn juga seperti Datuk Seri Mustapa Mohamad, Datuk Dr. Awang Adek dan Datuk Ibrahim Ali yg kita taw adalah anak jati negeri Kelantan sendri tp bersekongkol bersama pihak2 tertentu mengatakan Kelantan tida hak atas royalti minyak.......Sepatutnyer mereka ini berasa malu kpd rakyat Kelaatan yg memilih mereka semasa pilihan raya dlu.....


Aku harap, kebenaran dpt dibongkar dan rakyat Kelantan akan mendapat semula hak mereka yg telah dinafikan sekian lama......Selagi org seperti Tengku Razaleigh Hamzah wujud di alam ini, aku yakin keadilan akan terus subur di Malaysia yg tercinta ini......-aizuddin@uNcLe_DeeN-

SeKaDaR CoReTaN.....


Assalamualaikunum,

Dah bebrapa hari aku x men'update' blog ini......Bkan ape, kerana kesibukan beberapa hari yg lalu akibat assignment dan mini projek serta test yg byk telah membataskan aku mem'update' blog ini......Nak wat mcm mna.....Itu lah harga yg terpaksa di bayar pabila kita menjadi seorg pelajar universiti.....Sibuk je memanjang.....huhuhu.....

Pagi td sja aku baru menghadapi test subjek yg aku plg serabut.....VLSI.....Subjek yg aku kira antara yg plg mencabar la pada aku pada sidang ini.....Study punya la teruk, sampai buku teks pun jadi lunyai......alih2, test xleh jawab gak.....tensen tul aku........

Test tu baru je permulaan bg kerja2 aku yg menimbun......Minggu depan je aku akn menempuh beberapa test lg serta viva mini projek......Peh!!!, mmg bley sakit jiwa gak le kalu korg berada di tempat aku (org2 yg xamek kos elektronik)........

Tapi nk wat cmna, hidup perlulah diteruskan.....Kalu aku wat relax2 plak, result sem nie akan terjejas plak.....So, mahu xmahu terpaksa la aku lalui je liku2 hidup aku sbgai pelajar elektronik nie....... -aizuddin@uNcLe_DeeN-

Monday, January 25, 2010

TuN GHaZaLie SHaFie MeNiNGGaL DuNia.....


Tun Muhammad Ghazali Shafie

(22 March 1922 – 24 January 2010)

Bekas menteri dalam negeri Tun Ghazali Shafie meninggal dunia di kediamannya di Subang Jaya kira-kira 7.45 malam ini.

Kematian Ghazali, 88, disahkan oleh cucunya Farah ketika dihubungi.

Ghazali, dilahirkan di Kuala Lipis, Pahang, meninggalkan dua orang anak lelaki Bachtiaer dan Sheriffudin.

Isteri beliau Toh Puan Khatijah Abdul Majid meninggal dunia pada April 2008.

Beliau turut digelar "King Ghaz" kerana tegas dalam menjalankan tugas-tugasnya.

Allahyarham mula berkecimpung dalam bidang politik dengan menyertai Persatuan Melayu Pahang pada 1946 yang pada mulanya melakukan kerja-kerja kebajikan sebelum diserap memasuki Umno.

Pada tahun 1958 beliau dipilih menjadi Ahli Jawatankuasa Politik Umno sehingga 1978.

Beliau pernah beberapa kali menjawat jawatan Ahli Majlis Tertinggi Umno dan merupakan naib presiden Umno pada 1981.

Ghazali pernah dilantik sebagai Senator pada tahun 1970 hingga 1972.

Allahyarham bertanding dalam pilihan raya umum tahun 1974 di kawasan Parlimen Lipis di mana beliau menang tanpa bertanding.

Beliau memulakan kerjaya dengan kerajaan pada 1941 sebagai ahli Pasukan Sukarelawan Malaya.

Ghazali adalah seorang yang dikenali sangat tegas dalam segala kerja yang dibuatnya sehinggakan beliau digelar 'King Ghaz'.

Bagi mereka yang mengenali beliau termasuk para wartawan yang pernah menemuramah beliau, Ghazali sentiasa mengharapkan agar mereka mempunyai pengetahuan lengkap mengenai sesuatu isu atau perkara yang ingin ditanya pada beliau.

Ini menyebabkan ramai wartawan cukup berhati-hati apabila berdepan dengan beliau ketika membuat liputan.

Allahyarham berkhidmat di bawah empat perdana menteri bermula dari zaman Tunku Abdul Rahman sehingga era Tun Dr Mahathir Mohamad dan turut dikenali di peringkat antarabangsa ketika menjadi menteri luar selain berkhidmat dalam beberapa pertubuhan dan misi antarabangsa.

Ghazali terselamat dalam suatu kemalangan kapal terbang di Kampung Janda Baik pada 10 Jan 1982 yang mengorbankan pengawal peribadi dan pembantu juruterbangnya - peristiwa yang mengejutkan negara pada masa itu.

- Bernama

P/S: Dari Allah kita dtg, pada Allah juga kita kembali.......Semoga roh Allahyarham ditempatkan dikalangan org2 yg soleh.......


Sunday, January 24, 2010

SuLTaN iBRaHiM iSMaiL : SuLTaN JoHoR Ke-5.....


JOHOR BAHRU - Tunku Ibrahim Ismail Ibni Almarhum Sultan Iskandar semalam dimasyhurkan sebagai Sultan Johor bagi menggantikan ayahandanya yang mangkat kelmarin.

Istiadat pemasyhuran berlangsung di Istana Besar di sini dengan watikah pemasyhuran dibaca oleh Menteri Besar Johor, Datuk Abdul Ghani Othman.

Baginda sebelum itu menandatangani watikah pelantikan pada pukul 10.15 pagi bagi menggantikan ayahandanya, Almarhum Sultan Iskandar Ibni Sultan Ismail, 77, yang mangkat kelmarin.


Saturday, January 23, 2010

aL-FaTiHaH : KeMaNGKaTaN SuLTaN JoHoR.....


DYMM Sultan Mahmud Iskandar Alhaj Ibni Al-Marhum Sultan Ismail

(8 April 1932 - 22 Januari 2010)


P/S: Semoga roh Almarhum Sultan Johor ditempatkan bersama org2 yg beriman.....

Wednesday, January 20, 2010

TiPS KeTiKa iNTeRVieW.....



Assalamualaikum,

Setiap pelajar yang sudah habis belajar@graduate semestinya mengimpikan untuk mendapatkan pekerjaan yang bergaji tinggi dan hebat...... Sama juga la dengan aku ni, yang sekarang ni sudah menghabiskan usia 3 tahun aku belajar kat USM kampus kejuruteraan ni....Insyallah, dalam setahun lg aku akn menamatkan pengajian aku ni (kalu xde halangan.....hehehe...).....

Apa yg aku nk berkongsi dengan korang suma pada posting kali ni adalah tips untuk menghadapi TEMUDUGA nanti. Semestinya sebelum korang suma nk di ambil keje, korang mahu xmahu kena melalu juga proses temuduga ni yg aku kira sgt menyampah......hehehe.....

Melalui pembacaan aku, kebanyakan para penemuduga akan menggunakan satu teknik ini utk menguji calon-calon yg temuduga.......Mesti korg tertanya2, apakah teknik yg aku maksudkan itu.....Teknik itu dipanggil "Teknik Psikologi atau kata mudahnya SAIKO"

Apakah yg dikatakan dgn teknik saiko ni???.....Teknik ini digunakan para penemuduga utk memilih calon yg benar2 layak utk mengisi kekosongan di syarikat mereka.....Contoh soalan2 saiko yg akan mereka utarakan adalah :

1. Awak punya CGPA ni cukup-cukup makan je,
Awak tak layak untuk jawatan ini..

2. Kalau saya suruh awak balik rumah sekarang,
apa kata awak?

3. Awak ni lemah dalam BI, ada ramai lagi calon
yang lebih baik dari awak..

4. Suami awak dah kerja kerajaan, awak tak patut
dapat kerja ni..Bagi peluang kepada orang lain.

5. Gaji awak di sektor swasta 2 kali ganda berbanding
dengan kerja yang awak pohon ni. Baik awak teruskan
kerja di tempat lama la kan...

Camna kalu korang diajukan dengan soalan2 begini???....Mesti pelbagai emosi korng akan keluarkan seperti:

1. Menangis apabila di'saiko' sedikit...

2. marah...

3. melawan balik penemuduga...

4. dan ada juga terus keluar dari bilik temuduga walaupun
belum selesai...

Sebenarnya soalan/kata-kata cam tu adalah bertujuan untuk mem'provokasi'kan korang suma je. Ianya menguji samada korang ni cepat emosi, marah, ataupun tenang saja...

Perlu diingatkan, jangan sesekali korang suma terpengaruh dengan ayat-ayat pedas camtu dari panel penemuduga...Itu suma nak uji korang je!!!!....

Apa yg korang kena wat adalah:

1. Anggap soalan tersebut sama seperti soalan biasa

2. Ingat, panel hanya menguji korang

3. Bertenang untuk memikirkan jawapan yang sesuai

4. Jawab soalan tersebut dengan alasan-alasan yang
relevan dan positif

5. Usah sesekali menempelak/menyalahkan panel penemuduga

6. Berfikir positif

Itulah yang aku rasa korang perlu lakukan apabila hadapi situasi ini.....Itu je la yg aku bley kasi tips kat korg......Aku harap tips ni dpt bantu korang sekali ngan aku bila interview keje nanti.......Ingat, kejayaan temuduga setiap calon terletak pada prestasi mereka semasa temuduga!!!!.....so, jangan la sia-siakannya........-aizuddin@uncle_deen-

Tuesday, January 19, 2010

PeRHaTiaN KePaDa SeMua BLoGGeR iSLaM - WaJiB BaCa!!!!!!.....


Jika anda seorang blogger ataupun bukan blogger tapi beragama Islam, bantuan anda amat diperlukan untuk memastikan laman web yang menghina Islam ini dapat ditutup seberapa segera oleh pihak WordPress.

Blog yang menghina Islam ini beralamat: http://beritamuslim.wordpress.com/ dan memuatkan banyak artikel @ grafik yang menghina Islam.

Untuk melaporkan perkara ini kepada pihak Wordpress, klik sahaja link di bawah ini :

http://en.wordpress.com/report-spam/

Your Email : masukkan email anda
Blog URL : isi dengan http://beritamuslim.wordpress.com/
Why : BLOG SPAMMING and that blog was insulting religion, abusing.

Monday, January 18, 2010

PiLiHaN RaYa KaMPuS: PRo-MaHaSiSWa KuaSai UMT.....



Calon pro-Mahasiswa (pro-M) menguasai kampus Universiti Malaysia Terengganu (UMT) dalam pilihan raya kampus universiti tersebut semalam.

Selepas keputusan diumumkankan, pro-M menang besar apabila merampas sebelas daripada 12 kerusi yang dipertandingkan.

Kerusi yang dimenanginya ialah tiga daripada empat kerusi umum dan kesemua lapan kerusi fakulti yang dipertandingkan.

Calon pro-Aspirasi hanya berjaya mempertahankan satu umum sahaja.

Kini pro-M menguasai kerusi fakuti ago-teknologi dan sains makanan, fakulti pengurusan ekonomi, fakulti ekonomi dan sains marin, dan fakulti sains dan teknologi. Setiap fakulti mempertandingkan dua kerusi.

Menurut jurucakap pro-M memberitahu Malaysiakini, inilah adalah kali pertama pro-M menguasai kampus UMT selepas ia dinaik taraf sebagai universiti pada 2007.

Beliau mendakwa, antara faktor kemenangan mereka ialah ketidaksefahaman di kalangan calon pro-Apirasi atau dikenali sebagai Akasia (Angkatan Anak Seni).

Malah, katamya, maklum balas daripada pelajar menunjukkan calon pro-Aspirasi "tidak bekerja dan menganjurkan program".

Ekoran itu, katanya, warga UMT mengambil kesempatan daripada pilihan raya kampus kali ini untuk membawa perubahan dengan memberi sokongan padu kepada calon pro-M.

Katanya, ini ditambah pula dengan manifesto kumpulan pro-M yang berjanji untuk menjaga kebajikan pelajar di kolej kediaman dan fakulti.

"Antaranya ialah masalah bekalan air di kolej kediaman yang sering terputus," katanya.


P/S:
Sapa la agaknya yg akan mnang kat USM ni nnti????.........Pro-Aspirasi @ Pro-Mahasiswa???........kite tggu dan lihat je la......

Saturday, January 16, 2010

KaKTuS PeRSaHaBaTaN.....


Kutinggalkan kaktus ini khusus untukmu
Dengan pesanan: ia mudah hidup
Biarpun berhari-hari kau biarkan tuntas
Ia tetap akan besar dan bercambah
Kerana ia belajar bernafas dari gersang tanah
Asalkan setiap kali kau melintasi lemparkan senyumanmu disini
Tahulah aku, kau sayang padanya
Kuhadiahkan kaktus yang masih kecil ini kepadamu
Peliharalah dengan kemanjaan dan perhatian
Berilah ia pasu baru bila waktu
Ia akan remaja dan dewasa
Tajam durinya lambang kemurnian hatimu
Sahabat
Jika kaktus itu aku
Sudikah kau tersenyum dan tukarkan pasu
Sedangkan kau tahu durinya akan melukakan jarimu
Lalu tidak lagi kurasakan sentuhan
Yang tinggal mungkinlah perhatian
Yang menjadi baja menyuburkan ingatan

Petikan syair Saidina Ali bin Abi Talib

“Saudaramu yang sebenar ialah orang yang berada besertamu dan orang itu mengorbankan dirinya sendiri dalam bahagia, semata-mata untuk manfaat dirimu. Itulah sahabatmu, apabila kamu dalam keadaan bimbang, ia sentiasa menyatakan secara terus-terang kepadamu, serta rela mencurahkan tenaga dan kekuatannya semata-mata untuk berkumpul denganmu.”


Wednesday, January 13, 2010

KePeRCaYaaN MaSYaRaKaT MeLaYu.....

*gambar sekadar hiasan*

Ramai yang masih mempercayainya dan tidak kurang juga yang menganggapnya sebagai kepercayaan tahayul. Tanda-tanda alam itu boleh memberi gambaran maksud negatif atau positif.

Misalnya, seseorang yang sedang sakit tenat, tiba-tiba didekati atau dihinggapi kupu-kupu, dipercayai kehidupannya sudah tidak lama lagi. Jika anjing menyalak lama di tengah malam, masyarakat Melayu percaya adanya makhluk halus yang berkeliaran Demikian pula jika terdengar suara burung hantu atau gagak hitam di tengah malam, itu petanda musibah.Biasanya kita difahamkan, kalau katak berbunyi, itu petanda hari nak hujan.

Kalau kupu-kupu masuk ke dalam sesebuah rumah, itu menandakan ada orang jauh yang akan datang ke rumah.

Namun ada juga yang mempercayai kalau katak berbunyi bersahut-sahutan, bermaksud akan berlaku ribut puting beliung.

Begitu juga, jika banyak kelkatu naik menghurungi cahaya lampu, itu menandakan akan berlaku banjir.

Kucing adalah binatang yang rapat dengan orang Melayu selain ayam. Justeru banyak petanda yang ditunjukkan oleh kucing yang ditanggap orang Melayu mempunyai maksud tertentu.

Kata orang, kalau ada kucing membersihkan muka di hadapan pintu, itu menunjukkan akan didatangi tetamu yang cantik dan pembersih. Sekiranya ada burung yang tersesat ke dalam rumah kita juga menunjukkan tuan rumah akan mendapat rezeki dan ada tetamu yang akan datang.

Namun kalau kumbang atau belalang pelesit yang masuk ke dalam rumah, bermaksud ada benda mistik yang tak elok bertandang.

Cicak pula memang ada di mana-mana. Jika cicak berbunyi, itu menunjukkan cicak mengiyakan percakapan kita. Cicak dianggap berkata atas dasar kebenaran
.

Sekiranya kita berjalan dan dilintasi binatang juga mempunyai beberapa maksud. Kalau kucing yang melintas jalan kita, itu bermaksud kita akan berjumpa kawan di dalam perjalanan.
Namun kalau biawak yang melintas jalan kita, bersedia untuk menanggung beban.

Mungkin melalui kepercayaan inilah wujudnya peribahasa ‘biawak hidup’ yang menyamakannya dengan manusia yang tidak memberi hasil dan hanya membebankan orang lain.Sekiranya kita didatangi binatang-binatang tertentu seperti kala jengking, katak, cengkerik, belalang, kupu-kupu, kumbang, dan sebagainya, sebaik-baiknya tidak diganggu atau dibunuh.
Sewajarnya ditangkap dan dilepaskan di luar rumah kerana kehadiran binatang-binatang ini terjadi secara alamiah.

Walaupun kebenaran daripada tanda-tanda yang terjadi ini kadangkala banyak diragui, namun ada kalanya memang wujud hubungan antara kejadian-kejadian tersebut dengan hukum alam. Hanya Tuhan yang tahu segalanya.

Sekiranya langit cerah dan berwarna merah di waktu malam, itu menandakan seorang raja sedang nazak atau sudah menemui ajalnya.

ADA banyak kepercayaan masyarakat Melayu yang berhubungan dengan tanda-tanda alam.


P/S: Semua benda yang berlaku adalah dengan izin Allah SWT.....


Tuesday, January 12, 2010

MaJLiS SaMBuTaN MaaL HiJRaH 1431 USM KaMPuS KeJuRuTeRaaN.....

*klik utk besarkan*


P/S: Mari la kita sama2 memeriahkan majlis sambutan Maal Hijrah ini seperti mana kita meriahkan sambutan Tahun Baru Masihi.....

Sunday, January 10, 2010

SaiFuDiN NaSuTioN S/U AGuNG PKR YaNG BaRu.....


Tahniah duiucapkan kpd Ahli Parlimen Machang, Sdr Saifudin Nasution atas perlantikan beliau sebagai Setiausaha Agung Parti Keadilan Rakyat yg baru bagi menggantikan Dato’ Salehuddin yang telahpun meletakkan jawatan.

Di harap dengan segala pengetahuan & pengalaman yg ada pada beliau, semoga dapat membawa Parti Keadilan Rakyat seterusnya Pakatan Rakyat ke tahap yg lebih baik. Selamat menjalankan tugas YB Saifudin!!!. -aizuddin@uncle_deen-

Friday, January 8, 2010

KiTa SeLaLu BeRTaNYa........DaN aL-QuRaN SuDaH MeNJaWaBNYa.....


KITA BERTANYA : KENAPA AKU DIUJI? QURAN MENJAWAB

"Apakah manusia itu mengira bahawa
mereka dibiarkan saja mengatakan; "Kami telah beriman," ("I
am full of faith to Allah") sedangkan
mereka tidak diuji? Dan sesungguhnya
Kami telah menguji org2 yg sebelum
mereka, maka sesungguhnya Allah
mengetahui org2 yg benar dan,
sesungguhnya Dia mengetahui org2 yg
dusta."
-Surah Al-Ankabut ayat 2-3

KITA BERTANYA : KENAPA AKU TAK DAPAT APA YG AKU IDAM-IDAMKAN? QURAN MENJAWAB

"Boleh jadi kamu membenci sesuatu
padahal ia amat baik bagimu, dan boleh
jadi pula kamu menyukai sesuatu,
padahal ia amat buruk bagimu, Allah
mengetahui sedang kamu tidak
mengetahui."
- Surah Al-Baqarah ayat 216

KITA BERTANYA : KENAPA UJIAN SEBERAT INI? QURAN MENJAWAB

"Allah tidak membebani seseorang itu
melainkan sesuai dengan
kesanggupannya."
- Surah Al-Baqarah ayat 286

KITA BERTANYA : KENAPA RASA FRUST? QURAN MENJAWAB

"Jgnlah kamu bersikap lemah, dan
jgnlah pula kamu bersedih hati,
padahal kamulah org2 yg paling tinggi
darjatnya, jika kamu org2 yg beriman."
- Surah Al-Imran ayat 139

KITA BERTANYA : BAGAIMANA HARUS AKU MENGHADAPINYA? QURAN MENJAWAB

"Wahai orang-orang yang beriman!
Bersabarlah kamu (menghadapi segala
kesukaran dalam mengerjakan perkara-
perkara yang berkebajikan) , dan
kuatkanlah kesabaran kamu lebih
daripada kesabaran musuh, di medan
perjuangan), dan bersedialah (dengan
kekuatan pertahanan di daerah-daerah
sempadan) serta bertaqwalah (be
fearfull of Allah The Almighty) kamu
kepada Allah supaya, kamu berjaya
(mencapai kemenangan)."

KITA BERTANYA : BAGAIMANA HARUS AKU MENGHADAPINYA? QURAN MENJAWAB

"Dan mintalah pertolongan (kepada
Allah) dengan jalan sabar dan
mengerjakan sembahyang; dan
sesungguhnya sembahyang itu amatlah
berat kecuali kepada orang-orang yang
khusyuk"
- Surah Al-Baqarah ayat 45

KITA BERTANYA : APA YANG AKU DAPAT DRPD SEMUA INI? QURAN MENJAWAB

"Sesungguhnya Allah telah membeli dari
org2 mu'min, diri, harta mereka dengan
memberikan syurga utk mereka... ?
- Surah At-Taubah ayat 111

KITA BERTANYA : KEPADA SIAPA AKU BERHARAP? QURAN MENJAWAB

"Cukuplah Allah bagiku, tidak ada
Tuhan selain dari Nya. Hanya kepadaNya
aku bertawakkal."
- Surah At-Taubah ayat 129

KITA BERKATA : AKU TAK DAPAT TAHAN!!! QURAN MENJAWAB

"... ..dan jgnlah kamu berputus asa dr
rahmat Allah. Sesungguhnya tiada
berputus asa dr rahmat Allah melainkan
kaum yg kafir."
- Surah Yusuf ayat 12

P/S: Segala dugaan yg terjadi adalah ujian daripada Allah SWT kpd hamba2-Nya yg soleh agar diri menjadi lebih tabah.........

Thursday, January 7, 2010

ToNY FeRNaNDeS BeLi WeST HaM.....


KUALA LUMPUR - Dua tokoh korporat tempatan, Datuk Seri Tony Fernandes (gambar) dan Datuk Kamaruddin Meranum kini di peringkat akhir untuk membeli kelab bola sepak Liga Perdana England, West Ham United.

Sumber memberitahu, pembelian kelab yang dibimbing oleh Gianfranco Zola itu akan dimuktamadkan dalam tempoh dua minggu akan datang.

Katanya, menerusi pembelian tersebut, Fernandes, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan AirAsia Bhd. (AirAsia) dan Kamaruddin, Timbalan Ketua Pegawai Eksekutifnya, akan memegang 51 peratus saham kelab tersebut.

''Pemilikan kelab West Ham oleh kedua-dua tokoh korporat itu adalah pelaburan peribadi dan ia tidak melibatkan kepentingan syarikat AirAsia,'' kata sumber tersebut.

Fernandes merupakan penyokong setia West Ham.

Beliau juga adalah Ketua Pasukan Lotus F1 Racing manakala Kamaruddin merupakan Pengarah pasukan yang akan beraksi dalam perlumbaan Formula Satu (F1) musim ini.

Tambah sumber tersebut, pemilikan kelab England itu turut membuktikan kemampuan rakyat Malaysia membeli sebuah kelab yang beraksi dalam liga bola sepak terkemuka di dunia.

''Pemilikan West Ham oleh kedua-dua tokoh korporat itu kena pada masanya kerana ketika ini para pemain bola sepak negara sedang mencari kelab untuk berlatih di Eropah.

''Atas semangat 1Malaysia, saya percaya mereka tiada halangan untuk memberi kebenaran jika Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) mahu menempatkan para pemain negara di West Ham,'' kata sumber tersebut..

West Ham United berpusat di Upton Park, timur London, menduduki tangga keempat tercorot Liga Perdana England dengan mengumpul 18 mata dari 20 perlawanan, di depan, Bolton, Hull dan Portsmouth.

Antara pemain utama West termasuk Scott Parker, pemain kebangsaan England, Matthew Upson, penjaga gol Robert Green serta Kieron Dyer.

Musim lalu, West Ham menduduki tempat kesembilan dan kedudukan terbaik kelab itu dalam Liga Perdana ialah di tangga kelima pada 1998-99.

P/S: Memang terbaek la rakyat Malaysia mampu beli kelab EPL......


Monday, January 4, 2010

3 SoaLaN BuKaN iSLaM uNTuK uSTaZ PAS.....

Oleh Li Fook Gao

Wahai ustaz-ustaz PAS sekalian,

Diharap ustaz-ustaz dapat membantu saya dalam mencari jawapan-jawapan terhadap beberapa kebuntuan dan persoalan saya mengenai agama Islam dan juga isu hangat yang sedang dibincangkan sekarang mengenai kalimah Allah.

Untuk makluman ustaz-ustaz, saya pernah membaca buku al-Quran demi memahami intipati saranan ajaran Islam yang dipeluk oleh beribu juta manusia ciptaan Tuhan (Bolehkah saya menggunakan perkataan Allah di sini?).

Walaupun pernah membacanya, masih ada banyak perkara yang saya tidak faham mengenai ajaran Islam; mungkin sebab itulah sehingga kini saya tetap tergolong dalam kategori seorang yang kafir

Soalan 1: Perkara-perkara haram.

Mengapa umat Islam mempunyai perasaan berbeza terhadap perkara-perkara dan benda-benda yang dikelaskan sebagai haram di dalam ajaran Islam? Umpamanya – mengapa umat Islam lebih senang merasa jijik dan mempunyai ketahanan diri yang jauh lebih tinggi terhadap binatang haram seperti khinzir daripada perkara-perkara seperti rasuah, berjudi, berminum arak dan berzina sedangkan perkara-perkara ini sama haramnya di sisi agama Islam?

Adakah fenomena ini berlaku disebabkan budaya kita yang suka untuk membezakan bangsa atau kesilapan proses pengajaran dan penghayatan terhadap agama Islam itu sendiri? Bagaimana ustaz-ustaz sekalian boleh memperbetulkan keadaan ini supaya umat-umat Islam boleh menjauhkan diri dan merasa jijik terhadap benda-benda haram secara sama rata tanpa ada tafsiran tersendiri?

Soalan 2: Persoalan mengenai khutbah.

Di sini saya ingin memberikan satu senario untuk dibahaskan bersama ustaz-ustaz sekalian. Setahu saya, ramai ustaz yang memberikan ceramah agama di masjid-masjid. Persoalan pertama saya, adakah ustaz-ustaz menyediakan khutbah-khutbah itu sendiri ataupun khutbah ini telah disediakan oleh orang lain untuk dibaca ustaz-ustaz sekalian sahaja?

Andai kata jikalau khutbah yang disediakan (sama ada sendiri ataupun orang lain) itu bermasalah dan mempunyai unsur menyeleweng daripada agama Islam, apakah hukum dan tahap dosanya terhadap ustaz-ustaz yang masih sanggup membacanya kepada para hadirin solat sekalian kerana takut dikenakan hukuman manusia seperti penarik-balikan sijil tauliah mereka?

Jika benar perkara di atas berlaku, apakah yang perlu dilakukan oleh ustaz-ustaz untuk mengatasi masalah di atas dalam membendung terlahirnya lebih banyak umat Islam yang berfikiran sempit di dunia ini?

Soalan 3: Kalimah Allah dan nama baik Islam.

Pada pendapat saya, sebuah negara yang majoritinya Muslim perlu sentiasa kelihatan bersih, amanah, cekap dan berintegriti di mata rakyat dan juga dunia. Sebarang kecalaran pada imej negara tersebut akibat amalan rasuah yang berleluasa, kroniisme, nepotisme dan tidak menghormati undang-undang patut dilihat sebagai satu penghinaan besar terhadap nama baik Islam.

Sedihnya, sehingga kini tidak banyak pertubuhan gerakan Islam (selain PAS) menggerakkan jentera untuk membantah atau memboikot parti pemimpin yang merosakkan nama baik Islam.

Dalam isu kalimah Allah ini pula, umat-umat Islam negara kita telahpun mula menggerakkan bantahan demi bantahan sekitar negara dengan alasan untuk menjaga kalimah Allah daripada dihina dan disalahgunakan.

Semangat “sediakan payung sebelum hujan” di sini amatlah dikagumkan, tapi perkara ini juga amat membinggungkan banyak orang kafir seperti saya, kerana, kebanyakan kami hairan mengapa pula semangat yang membara ini tidak wujud dalam hal isu menjaga nama baik Islam daripada dikaitkan dengan amalan rasuah, kroniisme dan nepotisme yang dipraktikkan secara terang-terangan oleh pemimpin-pemimpin negara kita.

Wahai ustaz-ustaz PAS sekalian,

Mengapa umat Islam tidak pula mempunyai semangat yang membara (seperti semangat yang ditunjukkan dalam mempertahankan kalimah Allah daripada disalahgunakan) terhadap penghinaan terhadap nama baik Islam akibat perbuatan pemimpin-pemimpin Muslim yang jauh menyeleweng daripada ajaran Islam walaupun setelah 29 tahun lamanya? Adakah ini menunjukkan nama baik Islam tidak lebih penting daripada kalimah Allah? Saya rasa sudah tentu tidak, akan tetapi saya tidak tahu di mana silapnya. Adakah ustaz-ustaz sekalian tahu jawapannya?

Sekiranya semangat yang membara dalam menjaga kalimah Allah ini dapat diaplikasikan oleh umat Islam secara sama rata dalam hal penjagaan nama baik Islam daripada diseleweng pemimpin-pemimpin negara yang jahat; sudah pasti kejadian-kejadian seperti kehilangan enjin pesawat, kematian saksi di MACC, bumbung-bumbung bangunan yang sering keruntuhan, skandal kes pembunuhan, pembelian RM42,000 untuk komputer dan katak-katak diutamakan daripada rakyat tidak akan berlaku. Betul tak?

Itulah sahaja soalan-soalan daripada saya pada masa ini. Diharap dapat mendengar jawapan daripada ustaz-ustaz PAS yang sudi menjawab. Saya memohon beribu ampun sekiranya terdapat silap bahasa dan ketelanjuran ayat-ayat saya yang menyinggung perasaan mana-mana pihak.

Buku ilmiah dibawa belayar,
Untuk dibaca mencari tema,
Niat saya mahu belajar,
Bertanya demi muafakat bersama.

——————————————-
Li Fook Gao @ Tohkong Mosjid


Friday, January 1, 2010

'ToK MaT' MeNiNGGaL DuNia.....


Mantan menteri penerangan Tan Sri Mohamed Rahmat meninggal dunia di kediamannya di Bukit Damansara, Kuala Lumpur pagi ini.

Allahyarham, yang sepatutnya menyambut ulang tahun kelahirannya ke-72 pada Isnin depan, dilaporkan meninggal dunia dalam tidur.

Selepas lama bersara daripada kerajaan dan parti, bekas setiausaha agung Umno itu baru-baru ini menerbitkan sebuah buku Umno: Akhir Sebuah Impian yang mengisahkan pergolakan politik parti itu dalam mengekalkan kuasa.

Beliau, yang lebih popular dikenali 'Tok Mat', mula menyertai Umno sejak 1963 dan terpilih menjadi ahli parlimen dalam pilihan raya umum enam tahun kemudian.

Kawasan parlimen itu kini dinamakan Pulai dan dikuasai anaknya Datuk Nur Jazlan selama dua penggal mulai 2004.

Menurut Bernama, anak sulungnya itu berkata bapanya disedari meninggal dunia pada kira-kira 8 pagi ini ketika ibunya Salbiah Abdul Hamid mengejutnya bangun daripada tidur.

"Beliau meninggal dalam tidur," katanya ketika ditemui pemberita di kediaman bapanya hari ini.

Nur Jazlan berkata allahyarham akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Bukit Kiara di sini selepas Asar.

Menurut agensi berita itu lagi, allahyarham menghidap penyakit buah pinggang sejak 10 tahun lepas dan perlu menjalani rawatan dialisis setiap hari.

Pemimpin veteran Umno itu menjadi menteri penerangan sebanyak dua kali iaitu dari 1978 hingga 1982 semasa kepimpinan Tun
Hussein Onn dan dari 1987 hingga 1999 ketika kepimpinan Tun Dr Mahathir Mohamad.

Allahyarham pernah berkhidmat sebagai Duta Besar Malaysia ke Indonesia bertaraf menteri dari 1982 hingga 1984.

Selain itu, allahyarham menyandang jawatan setiausaha agung Umno sejak 1988 hingga 1996 dan setiausaha agung BN dari 1988 sehingga 1999.

Semasa menjadi menteri penerangan, allahyarham memperkenalkan Program "Setia Bersama Rakyat" (Semarak) sewaktu kepemimpinan Dr Mahathir sedang menerima kritikan hebat susulan pergolakan teruk dalam Umno.

Ketegasannya dapati dirasai antaranya dalam isu disiplin artis tempatan apabila mengarahkan penyanyi rock memotong rambut
panjang mereka jika mahu menyertai program di RTM.

Mereka yang mematuhi arahan itu antaranya kumpulan rock Wings dengan penyanyi utamanya Awie dan kumpulan Search dengan penyanyi utamanya Amy.

P/S: Takziah diucapkan kpd keluarga Tok Mat dan semoga roh Allahyarham dicucuri rahmat dan ditempatkan di kalangan orang2 yg soleh................Al-Fatihah.........

SeLaMaT MeNYaMBuT TaHuN BaRu 2010.....


Salam.......Di sini, saya ingin mengucapkan sselamat menyambut tahun baru kpd kawan2 sekalian, pengunjung2 blog ini serta semua rakyat Malaysia........

Diharapkan tahun baru yg telah menjelma ini akan membuka lembaran baru dalam hidup setiap orang serta lebih mendapat kerahmatan hidup daripadA Allah SWT......

-SELAMAT TAHUN BARU 2010-