Followers
Wednesday, January 20, 2010
TiPS KeTiKa iNTeRVieW.....
Assalamualaikum,
Setiap pelajar yang sudah habis belajar@graduate semestinya mengimpikan untuk mendapatkan pekerjaan yang bergaji tinggi dan hebat...... Sama juga la dengan aku ni, yang sekarang ni sudah menghabiskan usia 3 tahun aku belajar kat USM kampus kejuruteraan ni....Insyallah, dalam setahun lg aku akn menamatkan pengajian aku ni (kalu xde halangan.....hehehe...).....
Apa yg aku nk berkongsi dengan korang suma pada posting kali ni adalah tips untuk menghadapi TEMUDUGA nanti. Semestinya sebelum korang suma nk di ambil keje, korang mahu xmahu kena melalu juga proses temuduga ni yg aku kira sgt menyampah......hehehe.....
Melalui pembacaan aku, kebanyakan para penemuduga akan menggunakan satu teknik ini utk menguji calon-calon yg temuduga.......Mesti korg tertanya2, apakah teknik yg aku maksudkan itu.....Teknik itu dipanggil "Teknik Psikologi atau kata mudahnya SAIKO"
Apakah yg dikatakan dgn teknik saiko ni???.....Teknik ini digunakan para penemuduga utk memilih calon yg benar2 layak utk mengisi kekosongan di syarikat mereka.....Contoh soalan2 saiko yg akan mereka utarakan adalah :
1. Awak punya CGPA ni cukup-cukup makan je,
Awak tak layak untuk jawatan ini..
2. Kalau saya suruh awak balik rumah sekarang,
apa kata awak?
3. Awak ni lemah dalam BI, ada ramai lagi calon
yang lebih baik dari awak..
4. Suami awak dah kerja kerajaan, awak tak patut
dapat kerja ni..Bagi peluang kepada orang lain.
5. Gaji awak di sektor swasta 2 kali ganda berbanding
dengan kerja yang awak pohon ni. Baik awak teruskan
kerja di tempat lama la kan...
Camna kalu korang diajukan dengan soalan2 begini???....Mesti pelbagai emosi korng akan keluarkan seperti:
1. Menangis apabila di'saiko' sedikit...
2. marah...
3. melawan balik penemuduga...
4. dan ada juga terus keluar dari bilik temuduga walaupun
belum selesai...
Sebenarnya soalan/kata-kata cam tu adalah bertujuan untuk mem'provokasi'kan korang suma je. Ianya menguji samada korang ni cepat emosi, marah, ataupun tenang saja...
Perlu diingatkan, jangan sesekali korang suma terpengaruh dengan ayat-ayat pedas camtu dari panel penemuduga...Itu suma nak uji korang je!!!!....
Apa yg korang kena wat adalah:
1. Anggap soalan tersebut sama seperti soalan biasa
2. Ingat, panel hanya menguji korang
3. Bertenang untuk memikirkan jawapan yang sesuai
4. Jawab soalan tersebut dengan alasan-alasan yang
relevan dan positif
5. Usah sesekali menempelak/menyalahkan panel penemuduga
6. Berfikir positif
Itulah yang aku rasa korang perlu lakukan apabila hadapi situasi ini.....Itu je la yg aku bley kasi tips kat korg......Aku harap tips ni dpt bantu korang sekali ngan aku bila interview keje nanti.......Ingat, kejayaan temuduga setiap calon terletak pada prestasi mereka semasa temuduga!!!!.....so, jangan la sia-siakannya........-aizuddin@uncle_deen-
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Pak cik deen, ni hamb0 nak tambah ckit.
ReplyDeleteSelain daripada apa yang uncle deen nyatakan, kita juga harus mengetahui selok belok company dan mempersiapkan diri, kesihatan mestilah terjaga, berpenampilan menarik, jangan menggelabah biawak xtentu pasal, sebab akan merugikan 1 peluang keemasan anda.
tq atas penambahan info itu mokna......
ReplyDeletewah, betol jgk tue. Blaja kat u, interview ni juz saiko, nape nak keje situ la, kalau xdpt keje situ, nak buat ape la...
ReplyDeleteBagos2....thanks for sharing k (*_*)