Followers

Saturday, January 30, 2010

Ku Li : PeMiMPiN RaKYaT TuLeN.....


Assalamualaikum,

Belek2 surat khabar ari nie, aku tertarik dgn satu story yg yg aku kira sgt menarik ati iaitu tentang parti UMNO akan meneliti kandungan ucapan seorang pemimpin veterannya Tengku Razaleigh Hamzah yg menyertai perhimpunan menuntut royalti minyak Kelantan di Kota Bharu Kamis lepas.....

Dalam ati aku berdetik gak, aku tertunggu2 gak ade ka org yg berani nak menjadi 'hero kampung' terjerit2 utk cadangkan Ku Li diambil tindakan parti ekoran kesediaan beliau mengetuai kaukus royalti minyak yg dicadangkan pembangkang........

Bukan penyer, selalu setiap ahli parti xleh mengambil bahagian dan sertai pe2 pun aktiviti yg diadakana oleh pihak pembangkang.....lebih2 lg kalu berucap di pentas bersama pihak pembangkang cam Ku Li wat semasa Ceramah Perdana Royalti Minyak ari tue......(berani sungguh Ku Li nie).....

Seperti yg kita taw, Ceramah Perdana Royalti Minyak yg berlangsung kat Stadium Sultan Mohamed IV Kota Bahru sgt mendapat sambutan dripada rakyat Kelantan sgt. Ini bley kita tgk dgn penyertaanberpuluh2 ribu rakyat Kelantan yg hadir ke stadium pada ari tue......


Apa yg aku nk kasi taw kat cni ade lah, aku sgt berbangga mempunyai seorg ahli politik seperti Ku Li yg berani dan sanggup turun padang memberi penjelasan mengenai royalti minyak yg sepatutnyer diterima oleh rakyat Kelantan (bukan wang ihsan) yg telah dinafikan oleh kerajaan pusat sekian lamanyer.......

Seperti yg kita taw Ku Li adalah bekas Menteri Kewangan & bekas Pengerusi Petronas yg terlibat secara langsung akn penubuhan Petronas dan perjanjian di buat dgn negeri2 yg de minyak......

Ku Li mmg terkenal akn keberanian beliau yg sgt kental. Jika x, masakan beliau sanggup menentang Dr. Mahathir untuk merebut jawatan presiden UMNO 1987 dlu......Keberanian beliau juga terbukti dgn berjaya memimpin parti Semangat 46 dan berjaya menimbulkan kegerunan kpd UMNO pada masa Pilihan Raya Umum suatu ketika dlu.....

UMNO mungkin akan melihat Ku Li sebagai seorang yg pembelot kerana snggup menerima ajakn pembangkang untk menyertai kaukus royalti minyak Kelantan......Tapi pada aku ikhlasnyer, Ku Li nie adalah ibarat seorg pemimpin rakyat yg sgt tulen yg sanggup berjuang demi hak rakyat beliau yg telah ditindas sekian lama......

Bukan seperti pemimpin2 sekarang yg lebih mengutamakan kepentingan sendri daripada berkhidmat kpd rakyat yg memilih mereka....Hanya menjadi pak turut saja janji perut dan poket mereka dpt di isi ngan pelbagai projek dan macam2 lg kekayaan yg bley mereka kaut......

Bkn juga seperti Datuk Seri Mustapa Mohamad, Datuk Dr. Awang Adek dan Datuk Ibrahim Ali yg kita taw adalah anak jati negeri Kelantan sendri tp bersekongkol bersama pihak2 tertentu mengatakan Kelantan tida hak atas royalti minyak.......Sepatutnyer mereka ini berasa malu kpd rakyat Kelaatan yg memilih mereka semasa pilihan raya dlu.....


Aku harap, kebenaran dpt dibongkar dan rakyat Kelantan akan mendapat semula hak mereka yg telah dinafikan sekian lama......Selagi org seperti Tengku Razaleigh Hamzah wujud di alam ini, aku yakin keadilan akan terus subur di Malaysia yg tercinta ini......-aizuddin@uNcLe_DeeN-

No comments:

Post a Comment