Followers

Monday, February 8, 2010

SaPa LiWaT SaPa SeBeNaRNYa Nie???.....


oleh:

Saya terbaca dua isu menarik mengenai budak Sayfool dalam blog Kami Sokong Tok Guru . Hangpa bacalah dulu, kemudian buat tafsiran sendiri. Komen saya lepas itu...:

"Selain itu, beliau juga menyerahkan baju kemeja biru lembut jenama Ralph Lauren yang juga dipakai pada masa kejadian dan cecair pelincir KY Jelly kepada pegawai penyiasat kes itu di Hospital Kuala Lumpur (HKL) pada 28 Jun 2008, dua hari selepas kejadian.

Mohd Saiful juga berkata beliau turut menyerahkan sehelai lagi seluar dalam berwarna kelabu jenama Levis yang dipakainya semasa membuat laporan polis pada 28 Jun 2008, yang diambil di tepi mesin basuh di rumah tunangnya." - Bernama.

Hmmm... gua cuma terfikir beberapa perkara saja dari keterangan budak sepol ni...;

1) Kalau Anwar yang menutuh Sepol, sepatutnya KY Jelly itu pasti berada dalam simpanan Anwar, dan polis kena rampas dari Anwar bukannya di ambil dari Sepol. Kenapa pula Sepol yang simpan KY Jelly.... dan berikannya pada polis.... he..he..he.... kepala otak gua mula negatif ni... adakah dia gunakan KY Jelly tu untuk ..... lu orang tafsirkan sendiri....

2) Kenyataan keduanya pula, " seluar dalam berwarna kelabu jenama Levis di ambil di tepi mesin basuh di rumah tunangnya". Ha..ha..ha... baru tunang beb... seluar dalam dah ada di rumah tunang..., kalau dah nikah tu lain lah ceritanya..., ini pun lu orang tafsirkan lah sendiri... - ISA

Komen PGK:

i) Isu KY Jelly:Jika kisah liwat meliwat ini benar, saya kira yang jadi peliwatnya ialah Sayfool, manakala yang jadi mangsa liwatnya ialah Anwar. Ini kerana berdasarkan keterangan di mahkamah, Sayfool yang menyimpan KY Jelly dan bukannya Anwar. Mana mungkin mangsa liwat yang mengusung jeli haram jadah tu ke sana sini? Jika dalam kes rompakan, pistol dijumpai di tangan seseorang, bolehkah kita katakan orang yang memegang pistol itu bukan perompaknya? Jadi dalam insiden di Kondo mewah itu, pemilik jeli itulah (Sayfool) yang sepatutnya menjadi orang yang dituduh. Apa lagi Sayfool ini orang muda, yang secara fizikalnya lebih kuat dari warga tua seperti Anwar yang sekali kena tendang, sudah boleh patah pinggang!

ii) Isu seluar dalam di rumah tunang: Sekali lagi kredibiliti Sayfool sangat meragukan. Mengapa Sayfool londeh dan tinggalkan seluar dalam di rumah tunang yang bukan muhrimnya? Bukan nak menuduh, tapi ia menimbulkan pelbagai andaian...Jika dalam isu KY Jelly, boleh diandaikan Sayfool yang meliwat Anwar, dalam isu seluar dalam ini, siapa pula yang meliwat dan menjadi mangsa liwat hingga Sayfool terpaksa melondehkan seluar dalam di rumah tunangnya?

Itulah Sayfool, lain kali sebelum beri keterangan di mahkamah, fikir masak-masak dulu. Jangan terlalu bergantung sangat dengan skrip yang puak itu sediakan, nanti Sayfool sentiasa nampak fool!

2 comments: