Followers

Monday, April 27, 2009

PiLiHaN RaYa KeCiL PeNaNTi 31 Mei.....


KUALA LUMPUR, 27 April:
Pilihan raya kecil Penanti 31 Mei Pilihan raya kecil Penanti akan diadakan pada 31 Mei ini manakala penamaan calonnya akan dibuat pada 23 Mei, umum SPR hari ini.

Pilihan raya kecil ini diadakan ekoran perletakan jawatan Adunnya, Mohamad Fairus Khairudin.
Kenyataan SPR ini menamatkan spekulasi pilihan raya kecil ini akan ditolak.

Bagaimanapun, ada juga spekulasi yang mendakwa SPR hanya menunggu keputusan mesyuarat Majlis Tertinggi Umno Jumaat lepas sebelum membuat keputusan. Ini kerana SPR sepatutnya membuat keputusan ini minggu lepas.

MT Umno Jumaat lepas hanya membuat keputusan untuk menyerahkan kes ini kepada Biro Politiknya untuk membuat keputusan.

Dalam pilihan raya lalu, calon PKR, Fairus menang dengan majoriti 2,219 undi mengalahkan calon BN, Datuk Abdul Jalil Majid.

Tahun 2004, Jalil menang dengan majoriti 667 undi.

Mengikut tradisinya, kerusi ini adalah milik PKR dan rakan-rakannya dalam Pakatan Rakyat dijangka akan mengekalkan tradisi ini.

Calon PKR yang menang pula dijangka akan mengisi jawatan Timbalan Ketua Menteri 1 Pulau Pinang yang dikosongkan Fairus.

Dua calon disebut-sebut iaitu Datuk Zahrain Mohamed Hashim dan Dr Mansor.
Fairus meletakkan jawatan baru-baru ini ekoran desakan dalaman di samping siasatan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Bagaimanapun, baru-baru ini, SPRM memutuskan tidak akan mendakwa Fairus kerana tidak mempunyai bukti yang cukup atas dakwaan ke atas beliau.


SUMBER:
SiaSaH


P/S: uNDi JaNGaN TaK uNDi.....

Sunday, April 26, 2009

HaPPY HoLiDaY!!!!!!.....



SaLaM......aKu NaK uCaPKaN SeLaMaT BeRCuTi KaT SuMa KeNGKaWaN aKu Yg DaH aBiS eXaM & Yg aKaN aBiS eXaM TeRuTaMa KaT GeNG2 EE2 aKu KaT USM Ni.....

BaGi PeLaWaT SeTia BLoG aKu Ni, STaRT aRi Ni 26 April 2009 HiNGGa La BuKaK BaLiK PeNGaJiaN SeM Ke-5 aKu (BuLaN 7 KaLu TaK SiaP aKu), aKu aKaN KuRaNGKaN@HaMPiR TiaDa PoSTiNG aRTiKeL Kat BLoG Ni.......

BuKaN aPe, DuK uMaH CuTi Ni, aKu MalaS NaK G CC uPDaTe CeRiTa KaT BloG Ni.....KaLu de PuN aKu PosTiNg, Tu PuN TaK SeSeKeRaP SeKaRaNG La......TaPi aKu JaNJi, BuKaK SeM DePaN aKTiViTi BeRBLog Ni aKan DiJaLaNKaN SePeRTi BiaSa.....

Pa2 haL PuN, PeSaNaN aKu aDaLaH HaraP KoRaNG enJoY CuTi KoRaNG Ni, JaGa KeSiHaTaN, JaNGaN DuK WaT PeRKaRa PeLiK & SeMoGa BeRTeMu Di SeM Yg aKaN DaTaNG.......WaSaLaM......



P/S:
aKu ReTiReD JaP......BULaN 7 aK SaMBuNG BaLiK.......CHoW!!!!!!!!!!.........

Friday, April 24, 2009

TeLaDaN DaRi KiSaH MuSTaPHa KaMaL aTTaRTuRK.....


Antara syarat yang diekenakan olen Mustapha Kamal Attaturk

1. Membolehkan perempuan memakai tudung dengan syarat pakai skirt.

2. Membolehkan lelaki memakai seluar panjang dengan syarat pakai tali leher dan topi(sesuai dengan kehendak barat).

3. Menyuruh wanita dan lelaki menari di khalayak ramai. Beliau sendiri pernah menari dengan seorang wanita di satu parti umum yang pertama di Ankara.

4. Beliau pernah menegaskan bahawa “negara tidak akan maju kalau rakyatnya tidak cenderung kepada pakaian moden.”

5. Menggalakkan minum arak secara terbuka.

6. Mengarahkan Al-Quran dicetak dalam bahasa Turki.

7. Menukar azan ke dalam bahasa Turki. Bahasa Turki sendiri diubah dengan membuang unsur-unsur Arab dan Parsi.

8. Mengambil arkitek- arkitek dari luar negara untuk memodenkan Turki. Hakikatnya mereka diarah mengukir patung-patung dan tugu-tugunya di seluruh bandar Turki.

9. Satu ucapan beliau di bandar Belikesir di mana beliau dengan terang-terangannya mengatakan bahawa agama harus dipisahkan dengan urusan harian dan perlu dihapuskan untuk kemajuan.

10. Agama Islam juga di buang sebagai Agama Rasmi negara.

11. Menyerang Islam secara terbuka dan terang-terangan.

12. Menggubal undang-undang perkahwinan berdaftar berdasarkan undang-undang barat.

13. Menukar Masjid Ayasophia kepada muzium, ada sesetengah masjid dijadikan gereja.

14. Menutup masjid serta melarang dari bersembahyang berjemaah.

15. Menghapuskan Kementerian Wakaf dan membiarkan anak-anak yatim dan fakir miskin.

16. Membatalkan undang-undang waris, faraid secara islam.

17. Menghapus penggunaan kalendar Islam dan menukarkan huruf Arab kepada huruf Latin.

18. Mengganggap dirinya tuhan sama seperti firaun. Berlaku peristiwa apabila salah seorang askarnya ditanya “siapa tuhan dan di mana tuhan > tinggal?” oleh kerana takut, askar tersebut menjawab ‘Kamal Atartuk adalah tuhan” beliau tersenyum dan bangga dengan jawapan yang diberikan oleh askar itu.


Kematian Mustapha Kamal Attarturk Yang Menyeksakan

Di saat kematiannya, Allah telah datangkan beberapa penyakit kepada beliau sehingga beliau rasa terseksa dan tak dapat menanggung seksaan dan azab yang Allah berikan di dunia.

Antaranya ialah :

1. Didatangkan penyakit kulit hingga ke kaki dimana beliau merasa gatal-gatal seluruh badan.

2. Sakit jantung.

3. Penyakit darah tinggi.

4. Panas sepanjang masa, tidak pernah merasa sejuk sehingga terpaksa diarahkan kepada bomba untuk menyiram rumahnya 24 jam. Pembantu-pembantunya juga diarahkan untuk meletak ketulan-ketulan ais di dalam selimut untuk menyejukkan beliau.

Maha suci Allah, buat macam mana pun rasa panas tak hilang-hilang. Oleh kerana tidak tahan dengan kepanasan yang ditanggung, beliau menjerit sehingga seluruh istana mendengar jeritan itu. Oleh kerana tidak tahan mendengar jeritan, mereka-mereka yang bertanggung jawab telah menghantar beliau ke tengah lautan dan diletakkan dalam bot dengan harapan beliau akan merasa sejuk.

Allah itu Maha Besar, panasnya tak jugak hilang! Pada 26 september 1938, beliau pengsan selama 48 jam disebabkan terlalu panas dan sedar selepas itu tetapi beliau hilang ingatan.

Pada 9 November 1938, beliau pengsan sekali lagi selama 36 jam dan akhirnya meninggal dunia. Sewaktu beliau meninggal, tidak seorang pun yang memandi, mengkafan dan menyembahyangkan mayat beliau.

Mayatnya diawetkan selama 9 hari 9 malam, sehingga adik perempuan beliau datang meminta ulama-ulama Turki memandikan, mengkafankan dan menyembahyangkannya. Tidak cukup dari itu, Allah tunjukkan lagi balasan azab ketika mayatnya di bawa ke tanah perkuburan. Bila mayatnya hendak ditanam, tanah tidak menerimanya (tak dapat nak bayangkan bagaimana tanah tidak menerimanya).

Disebabkan putus asa, mayatnya diawetkan sekali lagi dan dimasukkan ke dalam muzium yang diberi nama EtnaGrafi (kalau tak silap dengar) selama 15 tahun sehingga tahun 1953). Selepas 15 tahun mayatnya hendak ditanam semula, tapi Allah Maha Agung, bumi sekali lagi tak menerimanya. Habis ikhtiar, mayatnya dibawa pula ke satu bukit ditanam dalam satu binaan marmar beratnya 44 tan.

Mayatnya ditanam di celah-celah batu marmar. Apa yang menyedihkan, ulama-ulama sezaman dengan Kamal Atartuk telah mengatakan bahawa “jangan kata bumi Turki, seluruh bumi Allah ini tidak menerima Kamal Atartuk!”


P/S: Muhasabahlah diri sendiri (yakni diri saya) sebelum muhasabah diri orang lain. Apa yang baik dan benar itu datangnya dari Allah swt. Apa yang salah dan silap itu adalah dari kelemahan manusia itu sendiri.


iSu RaSuaH : FaiRuS BeRSiH aKHiRNYa.....

Bekas Timbalan Ketua Menteri 1 Pulau Pinang, Mohamad Fairus Khairuddin (foto) mendakwa namanya telah dibersihkan daripada siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Ahli politik dari Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu mendakwa telah dimaklumkan oleh pegawai SPRM berhubung perkara itu petang tadi. "Saya dimaklumkan bahawa nama saya telah dibersihkan dan kes ini telah pun selesai. Saya bersyukur bahawa akhirnya kebenaran berpihak kepada saya," katanya. Mohamad Fairus, 33, yang dikaitkan dengan siasatan rasuah membabitkabn projek kuari di Pulau Pinang, meletakkan jawatan timbalan Ketua Menteri 1 pada 8 April lalu.

Beliau juga melepaskan jawatan Ahli Dewan Undangan Negeri (DUN) Penanti pada 16 April lepas atas alasan ingin melanjutkan pelajaran ke peringkat pasca ijazah. Mohamad Fairuz berkata, berkat kesabarannya mengharungi saat getir dikaitkan dengan isu rasuah kuari, akhirnya membuahkan hasil apabila kebenaran berpihak kepadanya.

Beliau yang mendapat anak lelaki semalam menganggap berita baik ini sebagai kegembiraan berganda buat dirinya. "Inilah berkat kesabaran kita berjuang kerana agama dan bangsa, Alhamdulillah, " kata Mohamad Fairus. Bagaimanapun, pegawai SPRM itu tidak dapat dihubungi untuk mengesahkan dakwaan tersebut.

[Hairan dan pelik kerja-kerja pihak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) ini. Mereka belum menyiasat tetapi sudah mendakwa bermacam-macam, kononnya ada bukti kukuh dan sebagainya. Tetapi kini tiba-tiba pula bertukar dan lain pula jadinya. Apakah ini kerana ada kaitan dengan pilihanraya kecil Penanti agaknya.

Atas arahan pihak atasan, Fairus dibebaskan dari tuduhan. Secara tidak langsung ini menggambarkan bahawa Fairus membuat satu kesilapan besar kerana meletakkan jawatan sebagai ADUN yang membolehkan pilihanraya kecil diadakan.

Sebelum ini, Fairus dianggap bertanggungjawab bila sanggup melepaskan jawatan itu setelah beliau disiasat pihak berkenaan. Ini bagi tidak mencalarkan imej PKR itu sendiri. Namun kini tiba-tiba pula beliau dibersihkan sebelum pendakwaan di mahkamah. Mudah benar permainan politik ini berlaku.

SPRM juga diseru berhati-hati dalam menjalankan tugas. Jangan buat kenyataan awal jika belum jalankan siasatan. Inilah yang berlaku kepada MB Selangor dulu berkaitan isu lembu dan kereta Lexus beliau. Akhirnya senyap sunyi kes itu.

Begitu juga kes yang melibatkan dua ADUN dan Exco PKR Perak. Selepas mereka menyokong UMNO dan BN kes itu terus senyap sunyi tanpa berita. Apakah ini bermakna, bila sokong UMNO dan BN individu terbabit akan selamat dari pertuduhan?]


P/S: iNi La PeRMaiNaN PoLiTiK DaLaM MaLaYSia.....

Thursday, April 23, 2009

KaLu KoRaNG LaHiR TaHuN 80-aN, KoRaNG MeSTi iNGaT Ni.....

SaLaM.....uNTuK MeReHaTKaN DiRi DaRiPaDa CiTa2 PoLiTiK uNTuK seKeTiKa, KoRanG LaYaN aRTiKeL Ni.....


Gambar-gambar yang akan mengingatkan anda zaman kanak-kanak dulu.

MASIH INGAT LAGI TAK??? INGAT KAN KAN KAN


Cerita kartun.
Ada juga cerita kartun ni yang masih ditayangkan di TV sekarang tetapi tak beberapa popular macam zaman dulu.














iTu CiTa KaRTuN Je.....CaMNa LaK NGaN PeRMaiNaN WaKTu Tu......













Video games Mario huhu korang mesti ingat..sekarang PSP daa....




Makanan ringan , ada yang masih bertahan sampai sekarang. Ingat lagi suara Matt Sentol...tora datang lagi.....




Peralatan sekolah...

Water colour Panda dulu paling top..


Pencil box masa sekolah rendah dulu cam gini tapi sekarang dah mahal, nak dekat RM20 satu...





P/S:
TeRiNGaT ZaMaN2 DuLu.....DaH Tue RuPaNYe aKu Ni.....HuHUhU.....

Wednesday, April 22, 2009

MaHMouD aHMaDiNeJaD : SiNGa BaRu DuNia iSLaM.....


Presiden Iran, Mahmoud Ahmadinejad kelmarin menuduh Barat menggunakan Holocaust sebagai alasan untuk melakukan kekerasan ke atas penduduk Palestin dan kecamannya itu telah menyebabkan semua pemimpin negara Kesatuan Eropah (EU) bertindak keluar dari dewan di mana persidangan antiperkauman anjuran Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) diadakan, di Geneva.

Persidangan itu menjadi kecoh sejak dari awal lagi apabila dua penunjuk perasaan yang memakai rambut palsu berwarna-warni melontar hidung badut berwarna merah ketika Ahmadinejad memulakan ucapan sambil berdoa.

Sekumpulan pelajar Yahudi dari Perancis berkata, apa yang cuba disampaikan oleh Ahmadinejad adalah ‘sandiwara yang berlaku dalam persidangan ini’.

Insiden itu menyebabkan Ahmadinejad yang diberi penghormatan untuk berucap, terpaksa memulakan semula ucapan. Beliau menyampaikan ucapan selama lebih setengah jam dengan melemparkan kritikan terhadap Amerika Syarikat (AS) dan Eropah yang didakwa membantu penubuhan negara Israel selepas Perang Dunia Kedua dengan mengorbankan penduduk Palestin.

“Mereka menggunakan kekerasan tentera untuk menjadikan seluruh penduduk negara Palestin kehilangan tempat tinggal atas alasan penderitaan yang dialami oleh Yahudi (semasa Holocaust),” katanya.

Kritikan beliau itu menyebabkan kira-kira 40 diplomat dari Britain, Perancis dan beberapa negara EU keluar dari dewan persidangan, malah mengancam untuk meninggalkan persidangan jika ia terus diselubungi dengan ucapan anti-Semitik dan retorik mengutuk Israel, insiden sama yang pernah berlaku pada persidangan serupa 8 tahun lalu di Afrika Selatan.

AS dan 8 negara Barat memulaukan persidangan tersebut semalam menjelang Hari Peringatan Holocaust Israel, kerana bimbang persidangan itu dapat berjalan secara adil.

Ahmadinejad turut menuduh Israel sebagai rejim paling kejam dan kuat menindas selain menyalahkan pencerobohan AS ke atas Iraq sebagai salah satu konspirasi Zionis.

Kebanyakan retorik yang diutarakan beliau bukan perkara baru, namun masa dan profil persidangan ini mungkin membantut usaha pemulihan hubungan Iran dengan AS, terutama apabila Timbalan Duta AS ke PBB, Alejandro Wolff menyifatkan apa yang berlaku sebagai ‘pertunjukan Ahmadinejad.’

Syabas atas keberanian Ahmadinejad, ia merupakan pengajaran kepada pemimpin dunia Islam yang selama ini menjadi bisu dan pekak. Inilah yang patut yang dilakukan pemimpin Islam terhadap Amerika Syarikat dan sekutu-sekutunya.

Sekarang bukan masa untuk berlemah lembut atau bermadah kata dengan puak-puak kufar ini. Pemimpin Islam perlu tegas seperti Ahmadinejad, jangan terlalu beretorik dan tunduk kepada kehendak golongan kufar ini.

Kita seluruh umat Islam perlu bersatu dan jangan di perkotak katikkan oleh musuh-musuh Islam. Untuk melihat umat Islam dimuliakan kita perlulah mengembalikan Islam ditempatnya. Islam memerintah tetapi bukan Islam diperintah seperti yang berlaku di negara ini. Moga ALLAH melahirkan lebih ramai lagi pemimpin seperti Ahmadinejad.

Klik disini untuk melihat sokongan rakyat dunia terhadap keberanian Ahmadinejad.


P/S: MiNTaK RaMai LaGi YaNG aKaN MuNCuL.....

NiZaR SiFaTKaN LeLoNGaN CaMRY SaTu PeMBaZiRaN.....

Datuk Seri Ir. Mohammad Nizar Jamaluddin menyifatkan tindakan kerajaan Barisan Nasional (BN) Perak untuk melelong 16 buah kereta Toyota Camry yang digunakan exco Pakatan Rakyat sebelum ini sebagai satu pembaziran wang rakyat.

Menurut laporan MSTAR Nizar berkata, kerajaan negeri yang baru itu sepatutnya menggunakan terlebih dahulu kereta tersebut dalam tempoh lima hingga enam tahun sebelum menjualnya memandangkan ia baru sahaja dibeli Januari lalu.

"Kereta itu semua masih dalam tempoh jaminan tiga tahun. Mengapa mahu melelongnya sedangkan ia masih baru dipakai?

"Pada saya, elok mereka gunakan dahulu kerana tindakan membeli kereta lain bagi menggantikan Camry itu adalah sesuatu yang membazirkan duit rakyat," katanya ketika dihubungi mStar Online, hari ini.

Semalam, kerajaan negeri Perak dikatakan akan melelong 16 buah kereta Toyota Camry 2.4 yang sebelum ini digunakan sebagai kenderaan rasmi exco Pakatan ketika menerajui pentadbiran kerajaan negeri.

Menurut kenyataan tender terbuka yang dikeluarkan pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri yang dihantar ke bahagian iklan sebuah akhbar berbahasa Melayu di Ipoh semalam, lelongan kereta itu akan berlangsung pada 4 hingga 18 Mei ini dan kereta-kereta tersebut boleh dibeli secara pukal atau seunit dengan harga rizab RM148,000 sebuah.

Mengulas lanjut, Mohammad Nizar berkata, kesemua kereta Camry tersebut dibeli oleh pihaknya bagi menggantikan Proton Perdana V6 yang telah empat tahun digunakan oleh kerajaan BN sebelum Pakatan menerajui kerajaan Perak pada Mac tahun lalu.

"Kita pakai tidak sampai setahun tapi kos penyelenggaraan untuk sebuah kereta V6 amat tinggi sehingga ada yang mencecah RM80,000, boleh beli sebuah kereta lain pula.

"Jadi kita ambil keputusan untuk menukar kenderaan rasmi kerajaan negeri kepada Camry kerana jika diikutkan harga, harganya hanya RM96,000 sebuah berbanding V6 yang berharga RM102,000.

"Selain itu, Toyota Camry lebih tahan lasak dan kos penyelenggaraannya juga lebih murah berbanding V6," katanya.

Nizar yang juga Ahli Parlimen Bukit Gantang berkata, pembelian Camry oleh Pakatan itu juga bukanlah satu kesalahan memandangkan kerajaan BN sebelum itu yang diterajui Datuk Seri Mohammad Tajol Rosli sememangnya telah mempunyai peruntukan untuk menukar kereta rasmi kerajaan negeri.

Katanya, beliau tidak tahu sama ada BN akan membeli kenderaan rasmi yang baru atau menggunakan Perdana V6 yang lama.

Nizar berkata, jika BN mahu terus mempersoalkan pembelian Toyota Camry itu yang dikatakan tidak mengikut dasar negara yang mahukan penggunaan kereta tempatan, beliau turut mahu mempertikaikan pembelian Mercedez sebagai kereta rasmi kerajaan negeri di Terengganu dan Volvo di Sabah.


P/S: NaiK Je BaSiKaL......KaN SeNaNG CeRiTa....HuHuHu....


Tuesday, April 21, 2009

SoaLaN DaRi oRaNG BuKaN iSLaM uNTuK oRaNG iSLaM, TeNTaNG aGaMa iSLaM.....


Sewaktu Nabi Muhammad saw wafat, telah disempurnakan agamamu (Islam). Semua persoalan akan ada jawapannya, hanya ilmu di dada penentu jawapan apa yang perlu diberi.

1) Nama Nabi Isa as disebut 25 kali dalam Al-Quran, tetapi berapa kali nama Nabi Muhammad saw disebut dalam Al-Quran?
Nama Nabi Muhammad saw hanya disebut 5 kali sahaja di dalam Al-Quran. Manakala nama Nabi Isa as disebut 25 kali. Mengapa? Kerana Al-Quran diwahyukan pada Nabi Muhammad saw, sebab itu nama Nabi Muhammad saw jarang disebut. Al-Quran diturunkan bukan semata-mata untuk memapaparkan kisah Nabi Muhammad saw tapi adalah sebagai panduan perjalanan hidup umat Islam.


2) Nama Nabi Isa disebut lagi banyak dari nama Nabi Muhammad saw dalam Al-Quran, tentu sahaja Nabi Isa lebih hebatkan?

Soalan sebaliknya, dalam Bible, nama syaitan lebih banyak dari nama Nabi Isa, jadi siapa lagi hebat? Syaitan @ Nabi Isa? Sebenarnya Allah tidak bezakan tentang kehebatan nabi dan rasulNya. Walaubagaimanapun, Allah Maha mengetahuinya.


3) Dalam Islam percaya yang Nabi Isa as diangkat ke langit, sedangkan Nabi Muhammad saw wafat. Jadi, bila Nabi Isa as dibawa ke langit, tentu sahaja nabi Isa itu Tuhan kan?

Dalam banyak2 kaum, hanya kaum Nasrani sahaja yang telah salah anggap tentang nabi yang diutuskan kepadanya sebagai Tuhan (Nabi Isa).. Sedangkan, dalam Bible juga yang ade menyatakan bahawa Jesus (Nabi Isa) berkata "siapa yang taat pada Allah akan masuk Syurga, siapa yang menganggap Jesus sebagai tuhan akan masuk neraka.


4) Dalam Islam, Nabi Muhammad saw adalah Nabi terakhir. Tapi, di akhir zaman nanti Nabi Isa as akan turun. Kenapa tidak dikatakan Nabi Isa as yang terakhir?

Nabi Muhammad saw adalah nabi terakhir berdasarkan tahun kelahirannya. Perumpamaan : Jika anak bongsu meninggal dunia, sedangkan anak sulong masih hidup, hakikat yang tidak akan berubah ialah anak sulong tetap sulong.


5) Nabi Isa as disembah sebagai anak Tuhan kerana dianggap mulia sebab lahir tanpa bapa.

Kita jawab seperti ini, antara ibu dan anak, mana yang lagi mulia? Tentu ibu kan? Jadi, kenapa orang Kristian tidak sembah Mariam je? Kan Mariam ibu, tentu lagi mulia. Nabi Adam juga lahir tanpa bapa, malah tanpa ibu juga merupakan manusia pertama, kenapa tidak disembah Adam sahaja? Jawapan lengkap ada dalam Surah Imran, ayat 59.


6) Jika baca tafsir, Allah berfirman sekejap guna 'Aku', sekejap guna 'Kami' Kenapa?
'Kami' kan lambang 'Tuhan + Mariam + Anak Tuhan (Isa)' ?

Al-Quran diturunkan dalam bahasa Arab, 'aku' kata jamaknya 'kami' yang menggambarkan tentang 'Allah dan keagunganNya' . Tengok sahaja Queen Elizebeth ketika bertitah, beliau guna 'We' bukan 'I'.


7) Orang Sikh Punjabi bertanya, kenapa Islam perlu potong rambut? Bukankah rambut itu anugerah tuhan yang perlu disimpan?

Kita jawab dengan soalan ini, kuku juga anugerah tuhan, kenapa orang Sikh Punjabi potong kuku?


8) Sami Budha vegetarian bertanya, kenapa Islam suruh bunuh binatang untuk dimakan? Kan zalim kerana bunuh hidupan bernyawa?

Sains telah buktikan, sayur dan pokok turut ade nyawa.. Malah, apabila kita basuh tangan pun, ade banyak nyawa kuman yang kita bunuh. Itu tidak kejam? Bila kita bunuh (sembelih sebenarnya) 1 ekor lembu, sebenarnya kita telah selamatkan bayak nyawa manusia.


9) Sami Budha menjawab " Bunuh sayur dosa kecil sebab sayur kurang deria, bunuh binatang dosa besar"

Kita jawab seperti ini, habis tu, kita Cuma berdosa kecil je la jika bunuh orang yang pekak, buta, bisu hanya kerana dia tidak ade deria?


10) Sami Budha menjawab lagi "Jika kita bunuh sayur, sayur akan tumbuh balik"

Kita jawab lagi "habis tu, awak makan lah ekor cicak kerana ekor cicak akan tumbuh semula selepas putus"


11) Sami Budha berkata lagi "makan binatang akan dapat banyak penyakit"

Kita jawab "Penyakit datang kerana kita makan banyak. Bukan kerana makan binatang. Allah suruh makan secara sederhana. Lagipun, Allah dah beri gigi taring dan gigi kacip untuk manusia makan binatang dan sayuran.. Alah, tembakau dan dadah pun dari tumbuhan juga kan? Lagi besar penyakitnya kan? Lembu yang ragut rumput hari2 pun boleh jadi lembu gila. Sebenarnya, tak kesah pun kalau kita tak nak makan daging, tapi jangan lah cakap haram apa yang telah Allah halalkan untuk kita.


12) Kan babi itu ciptaan Allah, kenapa Islam tak makan babi?

Sebab bukan semua ciptaan Allah adalah untuk dimakan.


13) Islam cakap Hindu sembah berhala tetapi Islam hari2 sembah Kaabah.

Islam bukan sembah Kaabah, tapi Kaabah itu adalah Kiblat untuk satukan umat. Dalam Islam dah sebut, siapa sembah Kaabah akan masuk neraka kerana Islam Sembah Allah, kaabah Cuma kiblat. Perlu tahu bezakan. Bukti, orang yg sembah berhala tidak akan pijak berhala, tapi orang Islam pijak Kaabah untuk melaungkan azan. Orang Hindi tak akan pijak gambar berhala tapi orang Islam hari2 pijak gambar Kaabah (sejadah). Jika ada gambar Kaabah diletak di KLCC, orang Islam tetap solat menghadap Kaabah di Mekah kerana itu kiblat kita untuk sembah Allah... Bukan sembah Kaabah!


14) Kenapa perlu ikut nabi Muhammad saw kerana nabi dan rasul sebelum baginda kan betul2 juga?

Nabi sebelum Nabi Muhammad saw diutus untuk kaum dan zaman tertentu sahaja. Sedangkan Nabi Muhammad saw diutus untuk semua kaum dan sepanjang zaman.


P/S: Soalan2 yg nyatakan di atas, sebenarnya memang benar2 di tanya oleh orang bukan Islam secara spontan pada orang Islam... mereka bertanya bukan kerana hendak tahu, tapi kerana hendak membuatkan orang Islam yg ilmu hanya ala kadar berasa was2 dengan Islam dan akhirnya orang Islam akan berasa was2 dengan agama yang dianutinya. Jadi jawapan yg disampaikanpun tak perlu panjang2 cukup sekadar ringkas dan padat. Aku hanya menyampaikan sahaja. Segala kekurang dan salah silap harap diperbetul dan dimaafkan... Wallahu'alam.





Monday, April 20, 2009

20 DaLiL MeNGaPa aKTa ISA iTu HaRaM.....

SaLaM......aPa PeNDaPaT KoRaNG MeNGeNai aKta ISA????......MeSTi De oRaNG YaNG SoKoNG & Yg TeNTanG aKTa Ni KaN??.......TaPi Pe2 PuN PeNDaPaT KoRaNG , aKu naK KoNGSi NGaN KoRaNG aRTikeL KaT baWaH Ni........LaYaN Je la.....
(klik gambar untuk besarkan)



P/S: fiKiR-FiKiRKaN La.....

MaJoRiTi ADUN BN TeReNGGaNu MaHu MB LeTaK JaWaTaN.....

Sejumlah 18 daripada 24 ADUN Barisan Nasional (BN) Terengganu kini dipercayai menyokong kumpulan yang mendesak Menteri Besar, Datuk Ahmad Said supaya meletakkan jawatan.

Setiausaha Kelab Penyokong BN Terengganu, Alias Abdullah mendakwa, sehingga hari ini jumlah ADUN yang menolak Ahmad meningkat daripada 10 kepada 18 orang.

Menurutnya, ADUN terbaru menyertai kumpulan mereka termasuklah beberapa exco kerajaan negeri.

"Bagaimanapun, saya tidak dapat mendedahkan nama-nama exco terbabit untuk menjaga kedudukan mereka sekarang," katanya kepada Malaysiakini.

Berikutan tambahan sokongan tersebut, Alias yang juga ADUN Alor Limbat berkata, majoriti ADUN BN Terengganu mahu Ahmad meletak jawatan.

Ditanya apakah tindakan selanjut mereka selepas mendapat sokongan majoriti tersebut, Alias berkata:

"Kita menyerahkan kepada pucuk pimpinan tertinggi parti terlebih dahulu untuk menyelesaikan kemelut politik di Terengganu."

Sehubungan ini, Alias menegaskan, pihaknya percaya pucuk pimpinan tertinggi parti akan membuat keputusan yang terbaik untuk kepentingan rakyat dan negeri Terengganu.

Tidak berganjak

Sementara itu, Pengerusi Kelab Penyokong BN Terengganu, Datuk Rosol Wahid berkata, pihaknya tidak berganjak daripada tuntutan supaya Ahmad perlu meletakkan jawatan sebagai menteri besar.

“Tiada kompromi dalam hal ini. Kita berjuang untuk kepentingan rakyat Terengganu kerana kepimpinannya menyebabkan ketidakstabilan kepada parti dan pentadbiran kerajaan negeri.

“Pentadbiran Ahmad telah menjadi percakapan bukan sahaja di kalangan orang Umno tetapi juga rakyat secara keseluruhan sejak beliau menjadi menteri besar setahun lalu,” katanya.

Seorang exco kerajaan negeri Terengganu yang dihubungi hari ini menjelaskan beliau tidak tahu ada exco yang tidak menyokong Ahmad.

Exco berkenaan, Yahaya Khatib Mohamad berkata, tugas exco ialah menyokong menteri besar melaksanakan tugas mereka.

“Kalau tidak sokong, tentu mereka tidak hadir sidang DUN,” katanya.

Kemelut terbaru itu tercetus apabila 10 ADUN BN tidak menghadiri sidang DUN minggu lalu setelah tiga daripada mereka menerima SMS berupa ugutan.

Bagaimanapun, mereka menyertai semula pada hari terakhir Rabu lalu atas arahan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.


P/S: oRaNG DaH TaK SuKa.......BeRuNDuR Je La.....

Sunday, April 19, 2009

LaWaK KuRa-KuRa.....



Kura Kura

Pada suatu hari, ada 3 ekor kekura (kura-kura) nak gi bekelah bersama-sama.
Kekura pertama membawa makanan, Kekura kedua membawa minuman, sedangkan kekura ketiga tidak membawa apa-apa pun selamber jek lenggang perut.

Dalam perjalanan tiba-tiba ujan pun turun dengan lebat dan derasnya, sehingga mereka tak boleh meneruskan perjalanan. Kemudian timbul perbualan di antara mereka.


Kekura I : "ERmmm..... salah sekor dari kita mesti balik untuk amik payung. Siapa yang nak pegi ni?"

Kekura II dan I saling pandang memandang, dan sepakat menuding Kekura III.

Kekura III : "Tak nak ahhh. Aku jalan lambat dan nanti aku nak sampai sini lagilah terlambat. Sure korang akan bedal makanan ni semua."

Kekura I & II : "Tak lah. Kita orang tunggu sampai ko datang."

Kekura III : "Betul??? Kalau aku lambat 1 jam?"

Kekura I & II : "Kita orang akan tetap tunggu."

Kekura III : "Kalau 3 jam ??"

Kekura I & II "Kita orang akan tetap tunggu."

Kekura III : "Kalau 1 hari ?? "

Kekura I & II : "Kita orang akan tetap tunggu."

Kekura III : "3 hari ???"

Kekura I & II :"Kita orang akan tetap tunggu."

Kekura III : "5 hari???? "

Kekura I & II : "Kita orang akan tetap tunggu."

Kekura III : "1 minggu? "

Kura I & II : ""Kita orang akan tetap tunggu."

Kekura III : "2 minggu?"

Kekura I & II : "Kita orang akan tetap tunggu. ko pegi jek lah"

Dengan berat hati, akhirnya Kekura III pun berangkat. Kekura I & II menunggu dengan setia. Sehari, dua hari dan seminggu telah berlalu. Kekura III tak jugak balik balik.

Setelah dua minggu berlalu, Kekura I & II sudah tidak dapat menahan lapar.

Kekura I : "Aku dah tak tahan lapar ni . Kita makan jek lah "

Kekura II : "Aku pun dah nak pengsan ni. Jom ahh kiter perabih makanan ni"

Tiba-tiba Kekura III muncul dari semak-semak dan berseru "Hoii!!!!!!!! Nasib baik aku belum pegi lagi... kalau tak sure korang abiskan makanan ni kan kan????!!!!!!!!"


P/S: LaWaK PeNGHiBuR HaRi MiNGGu.....

SeLaMaT HaRi uLaNG TaHuN KePuTeRaaN SuLTaN PeRaK Ke-81....



SELAMAT HARI ULANG TAHUN KEPUTERAAN YANG KE-81


Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Azlan Muhibbuddin Shah Ibni Al-Marhum Sultan Yussuf Izzuddin Shah Ghafaru'llahulahu

SuLTaN PeRaK YaNG Ke-34



P/S:
DauLaT TuaNKu.....

Saturday, April 18, 2009

BN DaH TaK LaRaT NaK LaWaN PR???.....



Penanti: BN mungkin tak bertanding

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata beliau tidak menolak kemungkinan Barisan Nasional (BN) tidak akan menyertai pilihanraya kecil DUN Penanti, Pulau Pinang.

Pengerusi BN itu berkata BN perlu melihat terlebih dahulu sama ada pilihanraya kecil itu menguntungkan rakyat atau sebaliknya.

"Tak tahu lagi (sertai atau tidak) kita tengok dulu tapi saya tak ketepikan apa juga kemungkinan," katanya kepada pemberita selepas menghadiri majlis `Sambutan Meraikan Perdana Menteri' peringkat Parlimen Pekan hari ini sempena pelantikannya sebagai Perdana Menteri pada 3 April lepas, lapor Bernama.

Sehubungan itu, Najib yang juga presiden Umno berkata beliau akan mengadakan mesyuarat dengan Majlis Tertinggi (MT) Umno dan bertemu dengan presiden-presiden parti komponen BN bagi membincangkan perkara itu.

"Saya akan bawa perkara ini kepada mesyuarat MT akan datang, kalau tak sempat saya akan bawa kepada Biro Politik, dan juga bincang dengan presiden-presiden parti komponen BN," katanya.

Pilihanraya kecil DUN Penanti bakal diadakan berikutan tindakan bekas Timbalan Ketua Menteri 1 Pulau Pinang Mohammad Fairus Khairuddin daripada PKR mengosongkan kerusi DUN itu berkuatkuasa dua hari lepas.

Najib berkata BN akan sepakat berhubung pilihanraya kecil itu.

"Sebab kita perlu buat kata sepakat, dalam hal ini jelas sekali ini satu mainan politik mereka (pembangkang), dengan tujuan mereka itu kita dapat mengesannya.

"Ini bukan sebab peruntukan Perlembagaan Negara, kalau disebabkan perlembagaan negara, kita tetap hormati," katanya.

Khamis lepas, Mohammad Fairus mengumumkan peletakan jawatan sebagai ADUN Penanti.

Mohammad Fairus, 32, yang sedang disiasat oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia, berkata langkah beliau itu adalah bagi membersihkan namanya daripada segala tohmahan selain bagi membolehkan beliau melanjutkan pelajaran.


SUMBER: MaLaYSiaKiNi



P/S: aLaSaN Je Tu.....

Thursday, April 16, 2009

FaiRuS LeTaK JaWaTaN ADUN PeNaNTi.....


KUALA LUMPUR, 16 APRIL (SK) -Mohammad Fairus Khairuddin mengumumkan perletakan jawatanya sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri Penanti berkuat kuasa hari ini.

Beliau yang juga bekas timbalan ketua menteri 1 Pulau Pinang berkata dalam satu kenyataan hari ini, akan melanjutkan pelajaran ke peringkat Pasca Siswazah sebagai alasan perletakan jawatan.

Berikut adalah kenyataan penuh Fairuz:

Setelah memberikan pertimbangan dengan sewajarnya, mengambilkira landasan perjuangan dan kepentingan rakyat yang saya wakili, saya dengan ini mengambil keputusan demi memelihara kepentingan Parti Keadilan Rakyat untuk melepaskan jawatan Ahli Dewan Undangan Negeri Penanti berkuatkuasa hari ini 16hb April 2009.

Keputusan ini bertujuan untuk membolehkan saya memberikan tumpuan penuh terhadap usaha bagi melanjutkan pelajaran ke peringkat pasca siswazah dan sekaligus memberikan masa kepada saya untuk bersama dengan keluarga yang selama ini terpaksa berkorban dalam memenuhi tugasan saya.

Ruang ini juga akan saya manfaatkan untuk menumpukan usaha bagi membersihkan nama baik saya dari segala tohmahan yang dilemparkan terhadap saya selama ini.

Khususnya kepada pengundi dan rakyat Penanti yang saya wakili, saya ingin merakamkan jutaan penghargaan di atas kasih sayang dan sokongan yang diberikan selama saya memegang amanah selaku wakil rakyat Penanti.

Keputusan ini adalah untuk kebaikan semua, Parti Keadilan Rakyat dan perjuangan serta kepimpinan di bawah teraju Dato’ Seri Anwar Ibrahim (selaku Penasihat Parti) demi menegakkan kebenaran dan keadilan.


P/S: PiLiHaN RaYa KeCiL LaGi.......PeNaT PRK BuKiT GaNTaNG, BuKiT SeLaMBau & BaTaNG Ai PuN TaK aBiS LaGi.....

aNWaR Di CaLoN MaJaLaH TiMe ToKoH PaLiNG BeRPeNGaRuH DuNia 2009.....


Anwar Ibrahim - The 2009 TIME 100 Finalists - Time


Ketua Umum Keadilan, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi tersenarai sebagai calon 100 tokoh paling berpengaruh dunia tahun 2009 oleh majalah antarabangsa Time.

Ini merupakan kali kedua Datuk Seri Anwar dicalonkan oleh majalah tersebut.

Tahun lalu, beliau diiktiraf sebagai antara tokoh paling berpengaruh dalam kategori Pemimpin & Revolusioner sebaris dengan Barack Obama, Hillary Clinton, Dalai Lama dan Vladimir Putin.


P/S: aDe GaK WaKiL DaRi MaLaYSia.....

Wednesday, April 15, 2009

aPa KaTa PaK MuFTi???.....

Hari tu kecoh pasai Ngah Kor Ming baca ayat suci Al-Qur'an... semua pro KERAjaan melenting... dasat..! Pak Mufti pun marah, "orang bukan Islam tak leh baca Al-Qur'an... berdosa..!" (aku tak paham tang mana yang berdosa tu sebab setahu aku, yang bukan Islam tak tertakluk pada dosa pahala, mati esok jadik kayu api dekat neraka... jadi aku heran... )

Tengok gambar dekat bawah ni pulak... apa kata Pak Mufti..?

Perkara ni berlaku di Perak... diulang Perak... bukan di Putrajaya atau di Terengganu atau mana-mana negeri lain.






P/S: KoMeN JaNGaN TaK KoMeN.....

SiaPa BaKaL TKM 1 PuLau PiNaNG??.....

Selepas YB Fairus telah meletakkan jawatan sebagai Timbalan Ketua Menteri 1 Pulau Pinang, timbul persoalan, siapakah yang bakal menggantikan beliau.

Antara nama yang terhangat untuk mengisi jawatan itu ialah YB Malik dan juga YB Maktar, apa-apa pun diharap YB yang dilantik datangnya dari DUN di kawasan Pulau bukannya dari Seberang.

Aku katakan begitu kerana Ketua Menteri Pulau Pinang, Saudara Guan Eng datangnya dari salah satu DUN di kawasan Seberang, begitu juga dengan bekas TKM lama, datangnya dari DUN seberang jadi wakil nombor 2 jawatan terpenting di Pulau Pinang sepatutnya datangnya dari wakil bahagian pulau. Nampaknya pemilihan YB Malik dari DUN Batu Maung nampaknya lebih berkesan.

Mengapa diberi jawatan sepenting TKM kepada YB Fairus amat membinggungkan aku, selalu tertanya-tanya, YB semuda begitu adakah berpengalaman menbantu mengemudi Pulau Pinang. Selalunya TKM adalah orang melayu, tugasnya cukup berat, bukan sahaja dalam perjuangan semua bangsa malah menjadi penentu kemajuan orang melayu di Pulau Pinang.


Satu lagi perkara yang memelikkan kepala ialah mengapa tidak beri portfolio agama kepada ADUN Pas, berilah penghargaan sikit, barulah nampak dalam Pakatan Rakyat.

Walau apa pun, siapa yang dilantik perlulah beramanah dan menjalankan tugas secara adil. Jangan belum sampai setahun menjawat jawatan, sudah ada kereta mewah dan rumah banglo, pelik juga, jadi penjawat awam dah boleh kaya, sebelum pegang jawatan, biasa-biasa sahaja. Ucap selamat kepada bakal TKM 1 Pulau Pinang.


P/S: SeMoGa PeMiMPiN TeRBaiK Di PiLiH.....

Tuesday, April 14, 2009

NiZaR CaLoN TeRBaiK NaiB PReSiDeN PAS.....

Tahun ini adalah tahun pemilihan bagi PAS. Sekarang ini PAS Kawasan di seluruh negara sedang sibuk bermesyuarat.

Saya menjangkakan tahun ini akan ada pemimpin baru yang muncul untuk mendepani POLITIK BARU yang diasaskan oleh PAS. Antara nama-nama baru yang bakal diketengahkan ialah Menteri Besar Perak iaitu Datuk Seri Ir Muhammad Nizar Jamaluddin yang begitu popular dan telah teruji kepimpinan dan ketahanannya.

Nizar berjaya membuktikan bahawa beliau mempunyai karisma, personaliti dan ciri-ciri seorang pemimpin yang baik. Beliau sudahpun memperolehi pencalonan sebagai Naib Presiden dari PAS kawasan Kelana Jaya dan juga Temerloh.

Selain Nizar saya menjangkakan Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Hj Azizan Abdul Razak juga akan melakukan 'comeback' setelah tidak dipilih menjadi Naib Presiden pada pemilihan lalu. Beliau juga membuktikan keupayaannya memimpin kerajaan Kedah sehingga kini.

Ustaz Azizan sehingga kini telah mendapat pencalonan sebagai Timbalan Presiden dari PAS kawasan Temerloh.

Dalam masa terdekat ini lebih banyak PAS Kawasan akan mengadakan Mesyuarat Agong. Saya menjangkakan lebih ramai pemimpin-pemimpin baru akan dicalonkan kerana PAS sememangnya tidak ketandusan pemimpin.

Seperkara yang penting ialah demokrasi di dalam PAS tetap subur tidak sebagaimana Umno yang membunuh demokrasi.

Selain itu pencalonan dan pemilihan di dalam PAS dijalankan dalam suasana penuh beradab dan berhemah tidak seperti Umno yang dipenuhi oleh rasuah, fitnah dan sebagainya.

Syabas PAS, Allahu Akhbar.


P/S: SeTuJu........

10 DUN BN BoiKoT DUN TeReNGGaNu.....


KUALA TERENGGANU, 14 April: Politik Terengganu semakin panas hari ini, apabila hanya dua Adun BN yang menghadiri sidang Dewan Undangan Negeri hari ini manakala 11 lagi tidak menyertainya.

11 Adun BN yang diketuai Rosol Wahid (Ajil) itu mengadakan sidang akhbar di Hotel Felda dan tidak menyertai sidang Dun yang berjalan pagi tadi.

Mereka mengadakan sidang akhbar itu jam 9.30 pagi selepas tiga dari mereka menerima ancaman bunuh melalui SMS.

Ketiga-tiga mereka adalah Datuk Rosol Wahid (Ajil), Zakaria Ariffin (Paka) dan Halim Jusoh (Pemaisuri).

Yang tinggal dalam Dun adalah Exco kerajaan negeri serta MB, Datuk Ahmad Said, dua Adun BN iaitu Hulu Besut (Nawi Mohamad) dan Kemasik (Rosli Othman) di samping Adun dari PAS.
Hanya seorang sahaja Adun BN dari 11 orang itu yang masuk ke Dun selepas selesai sidang media itu iaitu Wan Hakim Wan Mokhtar.

10 yang lain tidak menyertai sidang itu sehingga Dun berehat pada jam 12.30 tengahari tadi.

Semalam, Adun Batu Burok, Dr Syed Azman Ahmad Nawawi dari PAS mencadangkan agar Dun dibubarkan untuk membolehkan pilihan raya semula diadakan.


SUMBER: SiaSaH


P/S: KiTa TeNGoK SaPe Yg KeNa........

Monday, April 13, 2009

MuFTi SoKoNG KaJi SeMuLa iSLaM HaDHaRi.....


Mufti Perlis, Dr Juanda Jaya berkata, sokongan harus diberikan kepada langkah yang diambil oleh kerajaan dalam mengkaji semula pelaksanaan dasar Islam di negara ini termasuk konsep Islam Hadhari yang diperkenalkan oleh bekas Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi.

Menurut Juanda, ia bagi memastikan keberkesanan dari segi pendekatan dan penerimaan rakyat terhadapnya tidak hanya diperakui dari segi teori semata-mata.

“Pendekatan melalui segi teori sahaja tidak cujup dalam memperkasakan umat Islam, malah ia perlu diterapkan dengan konsep praktikal di dalam menghayati ajaran Islam.

“Penerapan Islam dari segi praktikal adalah penting dalam memenuhi arus perubahan masyarakat bukan hanya bergantung kepada program-program stereotaip yang dianjurkan yang tidak dijamin keberkesanannya,” kata beliau lagi.

Menurutnya, banyak program kini yang dianjurkan tidak sampai ke peringkat akar umbi dan kajian semula mengenai konsep ini mampu menambah baik dalam usaha dakwah ini.

“Dalam usaha seperti ini (penerapan Islam) ia tidak perlu dicop oleh apa-apa jenama sebaliknya hanya berasakan al-Quran dan al-Sunnah,” kata beliau lagi ketika dihubungi Sinar Harian, di sini, semalam.

Sebelum ini, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Senator Mejar Jeneral (B) Datuk Jamil Khir Baharom berkata, kajian semula pelaksanaan dasar Islam di negara ini termasuk konsep Islam Hadhari adalah antara beberapa aspek yang akan dilihat beliau secara mendalam sebaik memulakan tugas dalam portfolio agama sebagai Menteri di Jabatan Perdana Menteri.

“Perdana Menteri (Datuk Seri Najib Tun Razak) sendiri sudah memberi mandat kepada saya untuk melihat perkara-perkara berkaitan dengan agama sebaik dipertanggungjawabkan memegang portfolio ini,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Multaqa (Pertemuan) Guru-Guru dan Penyelia Kelas Fardu Ain (KAFA) Kelantan 2009 di Pusat Teknologi Pendidikan Kelantan, Pengkalan Chepa, kelmarin.


P/S: KaJi JaNGaN TaK KaJi.....

BuBaRKaN DUN TeReNGGaNu.....



Ekoran desas desus yang semakin kencang usul tidak percaya akan dikemukakan kepada Menteri Besar Terengganu oleh Adun BN sendiri, Adun PAS mencadangkan agar MB Terengganu itu, Datuk Ahmad Said membubarkan Dun bagi membolehkan pilihan raya semula diadakan.

Adun PAS Batu Burok, Dr Syed Azman Ahmad Nawawi dalam kenyataannya berkata, langkah itu adalah yang terbaik untuk negeri Terengganu agar krisis perlembagaan tidak berlaku sebagaimana berlaku di Perak.

Difahamkan, empat pemimpin Umno Terengganu sedang berusaha untuk mendapatkan lampu hijau dari Putrajaya terhadap usaha mereka itu.

Hari ini, sidang Dun Terengganu bermula denga majlis perasmian oleh Yang Dipertua Majlis Penasihat Pemangku Raja (MPPR), Tengku Sri Panglima Raja Tengku Baderulzaman.


SUMBER: SiaSaH



P/S: BiaR RaKYaT YaNG MeNeNTuKaN PeMeRiNTaH.......

DeRHaKaKaH NiZaR BiLa Di JeMPuT DuLi TuaNKu SuLTaN......


Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin berkata, beliau tidak menghadap Sultan Perak, Sultan Azlan Shah pada 19 April ini sebaliknya beliau diundang menghadiri majlis sambutan ulang tahun hari keputeraan baginda.

"Saya dijemput oleh Sultan menghadiri majlis (ulang tahun hari keputeraan)...seperti ahli-ahli politik lain (di Perak), saya dijemput, bukan (sesuatu yang) istimewa," kata beliau ketika dihubungi sebentar tadi.

Desas-desus sebelum ini menyebut beliau akan menghadap Sultan Azlan pada tarikh tersebut.

Pada 7 April lalu, Nizar memenangi pilihan raya kecil kerusi Parlimen Bukit Gantang dengan menewaskan calon Barisan Nasional dan Bebas.


Bekas Menteri Besar itu juga Ahli Dewan Undangan Negeri Pasir Panjang.

Selepas memenangi kerusi Parlimen Bukit Gantang, yang dilihat oleh Pakatan Rakyat sebagai referendum rakyat berhubung isu krisis politik Perak, Nizar meminta diadakan pilihan raya baru negeri dengan membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN).

Sidang DUN bawah pokok awal Mac juga meluluskan usul sedemikian dan telah dipersembahkan untuk perkenan Sultan Perak.



P/S: BN & uMNo KaTe Die Ni PeNDeRHaKa SuLTaN.......TaPi NaPe SuLTaN PeRaK MaSiH JeMPuT Die G MaJLiS SaMBuTaN uLaNG TaHuN KePuTeRaaN BaGiNDa????......FiKiR-FiKiRKaN La...... :)

Sunday, April 12, 2009

SeLaMaT MeNGHaDaPi PePeRiKSaaN!!!!!.....


aLL Da BeST KaT SuMa KeNGKaWaN aKu YaNG aKaN MeMuLaKaN eXaM PaDa eSoK HaRi
& PaDa HaRi2 YaNg aKaN MeNDaTaNG.........SeMoGa DiPeRMuDaHKaN MeNJaWaB eXaM oLeH ALLAH.................aKu GaK NaK PoHoN MaaP BeBaNYaK KaT KoRaNG Yg aDe TaK PueH aTi NGaN aKU........SELAMAT MENGHADAPI EXAM.........





IKHLaS DaRi aKu,

aIZuDDiN@uNcLe DeeN

SaTu PeRJaLaNaN SeoRaNG KaNaK-KaNaK.....

SaLaM.....aRi Ni aKu NaK KoNGSi NGaN KORaNG SuMa SaTu CiTa Yg aKu TeRBaCa Yg SaNGaT MeMBeRi KeSaN KaT aKu......KaT KoRaNG aKu TaK Tau Le Die BaGi KeSaN Ke TaK.....TaPi Pa2 PuN LaYaN Je La......

**************************************************************************

Satu perjalananan seorang kanak-kanak yang begitu taat kepada perintah Allah s.w.t......


SEMOGA MENJADI RENUNGAN BERSAMA

Hari itu selepas seminggu beraya dikampung,saya pulang ke Kuala Lumpur. Memikirkan highway PLUS sibuk,saya menyusuri laluan lama. Pekan pertama yang saya lintas ialah Teluk Intan.

Terasa mengantuk, saya singgah sebentar disebuah restoran di pinggir pekan itu. Sebaik memesan makanan, seorang kanak-kanak lelaki berusia lebih kurang 12 tahun muncul
dihadapan.

"Abang nak beli kuih?" katanya sambil tersenyum. Tangannya segera menyelak daun pisang yang menjadi penutup bakul kuih jajaanya. "Tak apalah dik... Abang dah pesan makanan," jawap saya ringkas. Dia berlalu. Sebaik pesanan tiba, saya terus menikmatinya.

Lebih kurang 20 minit kemudian saya nampak kanak-kanak tadi menghampiri pelanggan lain,sepasang suami isteri agaknya. Mereka juga menolak, dia berlalu begitu saja.

"Abang dah makan, tak nak beli kuih saya?" katanya selamba semasa menghampiri meja saya. "Abang baru lepas makan dik. Masih kenyang lagi ni," kata saya sambil menepuk-nepuk perut.

Dia beredar, tapi cuma setakat dikaki lima. Sampai disitu, dia meletakkan bakulnya yang masih sarat. Setiap yang lalu ditanya, "Tak nak beli kuih saya bang, pak cik, kakak atau makcik?"

Molek budi bahasanya! Mamak restoran itu pun tidak menghalng dia keluar masuk ke premisnya bertemu pelanggan. Sambil memerhati, terselit rasa kagum dan kasihan dihati saya melihatkan betapa gigihnya dia berusaha.

Tidak nampak langsung tanda-tanda putus asa dalam dirinya, sekalipun orang yang ditemuinya enggan membeli kuihnya.

Selepas membayar harga makanan dan minuman, saya terus beredar ke kereta. Kanak-kanak itu saya lihat berada agak jauh di deretan kedai yang sama. Saya buka pintu, membetulkan duduk dan menutup pintu.

Belum sempat saya menghidupkan enjin, kanak-kanak tadi berdiri di tepi kereta. Dia menghadiahkan sebuah senyuman. Saya turunkan cermin, membalas senyumannya. Saya lihat umurnya lebih kurang 12 tahun.

"Abang dah kenyang, tapi mungkin Abang perlukan kuih saya untuk adik-adik Abang, ibu atau ayah Abang" katanya petah sekali sambil tersenyum.Sekali lagi dia mempamerkan kuih dalam bakul dengan menyelak daun pisang penutupnya.

Saya tenung wajahnya, bersih dan bersahaja. Terpantul perasaan kesian dihati. Lantas saya buka dompet, dan menghulurkan sekeping not merah RM10. Saya hulurkan padanya.

"Ambil ni dik! Abang sedekah. Tak payah abang beli kuih tu," saya berkata ikhlas kerana perasaan kasihan meningkat mendadak. Kanak-kanak itu menerima wang tersebut, lantas mengucapkan terima kasih terus berjalan kembali ke kaki lima deretan kedai. Saya gembira dapat membantunya.

Setelah enjin kereta saya hidupkan, saya mengundur. Alangkah terperanjatnya saya melihat kanak-kanak itu menghulurkan pula RM10 pemberian saya itu kepada seorang pengemis yang buta kedua-dua matanya.

Saya terkejut, lantas memberhentikan semula kereta, memanggil kanak-kanak itu. "Kenapa bang nak beli kuih ke?" tanyanya. "Kenapa adik berikan duit Abang tadi pada pengemis tu? Duit tu Abang bagi adik!" kata saya tanpa menjawap pertanyaannya.

"Bang saya tak boleh ambil duit tu. Mak marah kalau dia dapat tahu saya mengemis. Kata mak kita mesti bekerja mencari nafkah kerana Allah berikan tulang empat kerat pada saya.

Kalau dia tahu saya bawa duit sebanyak itu pulang, sedangkan jualan masih banyak, mak pasti marah. Kata mak,mengemis kerja orang yang tak berupaya, saya masih kuat bang!" katanya begitu lancar.

Saya sebak, sekaligus kagum dengan pegangan hidup kanak-kanak itu. Tanpa banyak soal saya terus bertanya berapa semua harga kuih dalam bakul itu. "Abang nak beli semua ke?" dia betanya dan saya cuma mengangguk. Lidah saya kelu nak berkata.

"RM25 saja bang." Selepas dia memasukkan satu persatu kuihnya kedalam
plastik, sayah ulurkan RM25. Dia mengucapkan terima kasih dan terus berlalu.

Saya perhatikan dia sehingga hilang daripada pandangan.Dalam perjalanan ke Kuala Lumpur, baru saya terfikir untuk bertanya statusnya. Anak yatimkah? Siapakah wanita berhati mulia yang melahirknya?

Terus terang saya katakan, saya beli kuihnya bukan lagi atas dasar kasihan, tetapi kerana rasa kagum dengan sikapnya yang dapat menjadikan kerjayanya satu penghormatan.

Sesungguhnya saya kagum dengan sikap kanak-kanak itu. Dia menyedarkan
saya, siapa kita sebenarnya! "


P/S: MeNGiNSaFi DiRi.....

aPa aLaSaN aNDa TiDaK SoLaT???.....

SaLaM.....KaLu KITa TaK De KeSeDaRaN TeNTaNG KeWaJiPaN MeNDiRikaN SoLaT, MaCaM2 aLaSaN Yg KiTa KaSi.......CoNtoh aLaSaN Tu MaCaM Ni:

(1) TaK SemPaT La, KaLu aKu SoLaT TaK SeMaPat siaP PLaK KeRJa aKu (PENTiNGKkaN FaRDhu KiFaYYaH DaRi FaRDHu aiN)......

(2) TaK De TemPaT BeRSiH NaK SoLaT La.....


(3) TeRPeRaNGKaP DaLaM JeM.....KaLu aKu SoLaT MeSTi SaMPai uMaH KuL 9 MaLaM.....


(4) SeLuaR KoToR La (DaH Taw KOTor, aPSaL Ko PaKai).......


(5) KaLu SoLaT TaK SeMPaT SeBaB NaK KeNa PaKai MeKaP LaGi (PaSaL Pa Yg NaK PaKai MeKaP TeBaL CaM TemBok BesaR CHina).......


DaN BeRiBu aLaSaN GaK Le Yg KoRaNG aKaN KaSi.......TaPi aPaKaH SuMa aLaSaN Tu ALLAH aKaN TeRiMa NaNTi???.....


Ni aKu PeRiNGaT KaT DiRi aKu SeNDiRi Yg JuGaK SeLaLu LaLai & KePaDa SuMa KeNGKaWaN SeRTa SeLuRuH uMaT IsLaM........ KoRaNG TeNGoK GaMBaR BaWaH Ni, TeRaSa DoSa NYa KiTa MeReMeHKaN SuRuHaN ALLAH.......ReNuNG2 KaN La.......






P/S: MaRiLaH KiTa SaMa2 ReNuNG2 KaN & iNGaT-MeNGiNGaTi KePaDa SaTu SaMa LaeN.....