Followers

Wednesday, April 8, 2009

PRoF. CaP aYaM????.....



Biarpun ramai penganalisis politik kerajaan yang mengampu dalam ulasan mereka tentang kekalahan BN ini, namun rakyat lebih mengetahui hakikat sebenarnya.


Malah dalam ulasan menerusi RTM malam tadi, salah seorang penganalisis politik iaitu Profesor Madya Adzmi Hassan (foto) secara jelas menyatakan kononnya kemenangan PAS dengan tidak mendapat undi majoriti 10% sebenarnya tidaklah hebat.


Malah katanya Ir.Nizar sepatutnya menang dengan majoriti lebih besar jika beliau benar-benar hebat katanya. Malah calon BN, Ismail Safian langsung tidak popular jika dibandingkan dengan Ir.Nizar.


Bahkan beliau turut menyatakan bahawa kemenangan Pakatan Rakyat di Bukit Gantang dengan majoriti 2,789 undi bukanlah bermakna suara rakyat Perak secara keseluruhannya.


Inilah alasan dangkal seorang yang bergelar "Profesor Madya" dalam membuat analisis kemenangan Pakatan Rakyat ini. Beliau seboleh-bolehnya tidak mahu Pakatan Rakyat dikatakan kuat atau diterima rakyat.


Baginya UMNO dan BN tetap diterima oleh sekalian rakyat di Malaysia ini



SUMBER: PaHaNG DaiLY



P/S: iNi La JaDi NYe KaLu TaK LeH TeRiMa KeKaLaHaN.....

No comments:

Post a Comment