Alhamdulillah, keputusan pilihanraya kecil semalam Pas mengekalkan kerusi Parlimen Bukit Gantang dengan dengan pertambahan majoriti yang agak besar iaitu sebanyak 1223 undi.
Ini bermakna majoriti rakyat Perak di Bukit Gantang menolak Kerajaan Haram Umno Perak serta tidak merestui kepimpinan Dato’ Zamry Kadir sebagai Menteri Besar Perak yang baru.
Selain di Bukit Gantang, Barisan Nasional juga tewas di Dun Bukit Selambau dan hanya menang di Dun Batang Ai. Ini juga menunjukkan kepimpinan Datuk Seri Najib Tun Razak sebagai Perdana Menteri ditolak sekaligus pembaharuan Umno yang diuar-uarkan ternyata gagal.
Tun Dr Mahathir yang dilihat akan menjadi penyelamat kepada Umno itu juga ternyata tidak lagi diterima oleh rakyat.
Media-media perkakas Barisan Nasional pula ternyata tidak dapat menerima kekalahan Barisan Nasional ini. Pada muka hadapan akhbar Berita Harian kemenangan BN di Batang Ai menjadi tajuk utama manakala di Utusan Malaysia pula mereka menggambarkan seolah-seolah BN, Pas dan PKR seri satu sama.
Walau bagaimanapun rakyat telah pun bersuara, mereka boleh mengatakan bahawa keputusan pengundi di Bukit Gantang tidak menggambarkan keseluruhan rakyat Perak. Maka kita cabar Umno Perak agar membubarkan Dun Perak.
Malahan ini adalah kemenangan yang begitu bermakna bagi Pakatan Rakyat di kala BN menggunakan sepenuhnya kekuatan media, jentera kerajaan dan wang untuk memenangi pilihanraya.
P/S: iSYaRaT RaKYaT PeRaK Ke aTaS ZaMBRy & NaJiB.....
No comments:
Post a Comment