Kalau dilihat dewasa ini, teknologi seolah berlari memintas upaya manusia. Namun di sebalik teknologi yang dianggap pencetus inovasi bangsa, secara sedar atau tidak, kita sebenarnya telah meletakkan pengupayaan kita sendiri ke satu tahap di belakang.
-sekadar satu mukadimah, namun ada realiti sebaliknya-
Saya tidak melihat teknologi sebagai musuh, jauh sekali as a useless.. Saya melihat teknologi sebagai anjakan paradigma yang mampu membawa kita melangkah jauh ke hadapan, andai kita seiring dengan teknologi tersebut.
Saya secara peribadinya ingin mengajak kalian menyelongkar dan menjejak, apakah sebenarnya kesan teknologi ini kepada manusia sejagat.
Teknologi bukan hanya menjurus kepada perkembangan komputer, malah kini terdapat pelbagai new technology tools. Sebagai contoh, dalam dunia komunikasi, teknologi baru 3G membuka mata banyak pihak yang begitu mendambakan kemudahan tersebut.
Walaubagaimanapun, apabila segelintir pihak menyalah gunakan teknologi sebegini(sebagai contoh), maka timbullah gejala-gejala tidak sihat yang akhirnya memalukan bangsa sendiri.
Jika sebelum ini, "aku begitu berBANGGA dengan telefon 3G aku", maka bila terjadinya perkara yang tidak diingini, dan di saat ini lah, baru nak terngadah, mengaku "diri tak selamanya betul".. Saya tidak memesongkan ayat ini kepada individu tertentu, tapi fikirkan sendiri. Semakin canggih teknologi, semakin perlu untuk kita lebih berwaspada.
Silap kita bukan bodoh tak tahu menggunakan kemudahan teknologi yang sedia ada, tapi kita "kurang pandai" bila terlebih tahu menggunakan kemudahan teknologi. Mulalah menyalahkan iklan di media, menunding jari kepada pihak atasan kerana tidak meng'kontrol' kemasukan teknologi.
Kenapa tidak kita tepuk dada, tanya iman di hati? Evaluate diri kita dulu, barulah kita pandang orang lain.
Secara tipikalnya, teknologi tidak ada cacat cela dalam kehidupan insani selagi batas keimanan wujud dalam diri setiap insan. Selagi kita bergelar manusia, makhluk yang dianugerahkan oleh Allah akal fikiran yang sempurna, maka fikir-fikirkan lah..
Wa'allahuallam.. Salam Takzim;.
P/S: FiKiR-FiKiRKaNLaH.....
No comments:
Post a Comment