Followers

Wednesday, April 15, 2009

SiaPa BaKaL TKM 1 PuLau PiNaNG??.....

Selepas YB Fairus telah meletakkan jawatan sebagai Timbalan Ketua Menteri 1 Pulau Pinang, timbul persoalan, siapakah yang bakal menggantikan beliau.

Antara nama yang terhangat untuk mengisi jawatan itu ialah YB Malik dan juga YB Maktar, apa-apa pun diharap YB yang dilantik datangnya dari DUN di kawasan Pulau bukannya dari Seberang.

Aku katakan begitu kerana Ketua Menteri Pulau Pinang, Saudara Guan Eng datangnya dari salah satu DUN di kawasan Seberang, begitu juga dengan bekas TKM lama, datangnya dari DUN seberang jadi wakil nombor 2 jawatan terpenting di Pulau Pinang sepatutnya datangnya dari wakil bahagian pulau. Nampaknya pemilihan YB Malik dari DUN Batu Maung nampaknya lebih berkesan.

Mengapa diberi jawatan sepenting TKM kepada YB Fairus amat membinggungkan aku, selalu tertanya-tanya, YB semuda begitu adakah berpengalaman menbantu mengemudi Pulau Pinang. Selalunya TKM adalah orang melayu, tugasnya cukup berat, bukan sahaja dalam perjuangan semua bangsa malah menjadi penentu kemajuan orang melayu di Pulau Pinang.


Satu lagi perkara yang memelikkan kepala ialah mengapa tidak beri portfolio agama kepada ADUN Pas, berilah penghargaan sikit, barulah nampak dalam Pakatan Rakyat.

Walau apa pun, siapa yang dilantik perlulah beramanah dan menjalankan tugas secara adil. Jangan belum sampai setahun menjawat jawatan, sudah ada kereta mewah dan rumah banglo, pelik juga, jadi penjawat awam dah boleh kaya, sebelum pegang jawatan, biasa-biasa sahaja. Ucap selamat kepada bakal TKM 1 Pulau Pinang.


P/S: SeMoGa PeMiMPiN TeRBaiK Di PiLiH.....

No comments:

Post a Comment