Followers

Wednesday, April 22, 2009

MaHMouD aHMaDiNeJaD : SiNGa BaRu DuNia iSLaM.....


Presiden Iran, Mahmoud Ahmadinejad kelmarin menuduh Barat menggunakan Holocaust sebagai alasan untuk melakukan kekerasan ke atas penduduk Palestin dan kecamannya itu telah menyebabkan semua pemimpin negara Kesatuan Eropah (EU) bertindak keluar dari dewan di mana persidangan antiperkauman anjuran Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) diadakan, di Geneva.

Persidangan itu menjadi kecoh sejak dari awal lagi apabila dua penunjuk perasaan yang memakai rambut palsu berwarna-warni melontar hidung badut berwarna merah ketika Ahmadinejad memulakan ucapan sambil berdoa.

Sekumpulan pelajar Yahudi dari Perancis berkata, apa yang cuba disampaikan oleh Ahmadinejad adalah ‘sandiwara yang berlaku dalam persidangan ini’.

Insiden itu menyebabkan Ahmadinejad yang diberi penghormatan untuk berucap, terpaksa memulakan semula ucapan. Beliau menyampaikan ucapan selama lebih setengah jam dengan melemparkan kritikan terhadap Amerika Syarikat (AS) dan Eropah yang didakwa membantu penubuhan negara Israel selepas Perang Dunia Kedua dengan mengorbankan penduduk Palestin.

“Mereka menggunakan kekerasan tentera untuk menjadikan seluruh penduduk negara Palestin kehilangan tempat tinggal atas alasan penderitaan yang dialami oleh Yahudi (semasa Holocaust),” katanya.

Kritikan beliau itu menyebabkan kira-kira 40 diplomat dari Britain, Perancis dan beberapa negara EU keluar dari dewan persidangan, malah mengancam untuk meninggalkan persidangan jika ia terus diselubungi dengan ucapan anti-Semitik dan retorik mengutuk Israel, insiden sama yang pernah berlaku pada persidangan serupa 8 tahun lalu di Afrika Selatan.

AS dan 8 negara Barat memulaukan persidangan tersebut semalam menjelang Hari Peringatan Holocaust Israel, kerana bimbang persidangan itu dapat berjalan secara adil.

Ahmadinejad turut menuduh Israel sebagai rejim paling kejam dan kuat menindas selain menyalahkan pencerobohan AS ke atas Iraq sebagai salah satu konspirasi Zionis.

Kebanyakan retorik yang diutarakan beliau bukan perkara baru, namun masa dan profil persidangan ini mungkin membantut usaha pemulihan hubungan Iran dengan AS, terutama apabila Timbalan Duta AS ke PBB, Alejandro Wolff menyifatkan apa yang berlaku sebagai ‘pertunjukan Ahmadinejad.’

Syabas atas keberanian Ahmadinejad, ia merupakan pengajaran kepada pemimpin dunia Islam yang selama ini menjadi bisu dan pekak. Inilah yang patut yang dilakukan pemimpin Islam terhadap Amerika Syarikat dan sekutu-sekutunya.

Sekarang bukan masa untuk berlemah lembut atau bermadah kata dengan puak-puak kufar ini. Pemimpin Islam perlu tegas seperti Ahmadinejad, jangan terlalu beretorik dan tunduk kepada kehendak golongan kufar ini.

Kita seluruh umat Islam perlu bersatu dan jangan di perkotak katikkan oleh musuh-musuh Islam. Untuk melihat umat Islam dimuliakan kita perlulah mengembalikan Islam ditempatnya. Islam memerintah tetapi bukan Islam diperintah seperti yang berlaku di negara ini. Moga ALLAH melahirkan lebih ramai lagi pemimpin seperti Ahmadinejad.

Klik disini untuk melihat sokongan rakyat dunia terhadap keberanian Ahmadinejad.


P/S: MiNTaK RaMai LaGi YaNG aKaN MuNCuL.....

2 comments:

  1. ni org syiah maaaa.....akidah tpesong.....wtpe dok puja2 org ni...huhu...tnda2 hr kiamat, org syiah akn jd kuat....wtpe nk heran, nabi dh bgtau...

    ReplyDelete
  2. Syiah kini bukan Islam la (sejarah dulu memang asal puak Islam yg lama tapi terlalu berplotik sehingga lari akidah)..mana leh kata mazhab..kalau korang kata mazhab..then kristian pun mazhab...depa pun sesat, sama je cam Kristian yg putarkan segala kebenaran al-quran..Syiah pun begitu sama cam kristian sebab mereka berpendapat Jibrail salah bagi wahyu kepada nabi Muhammad dan sepatutnya ke Ali. Tanggapan mereka sama seperti kaum nasrani / kristian yg tidka percaya nabi Muhammad rasul / nabi yg terakhir..so renunglan lah...leh lak depa salahkan tentera ALLAH SWT salah bagi wahyu...ALLAH tidak akan salah pilih calonNYA. Itu fakta, kerana ALLAH SWT adalah tuhan. Mana leh tuhan buat kesilapan....itu satu benda ramai puak Syiah di Malaysia tak nampak...senang2 je kena tipu..wlaupun malaikat Jibrail yg sampaikan wahyu..kita fikirlah, kalau malaikat silap pun, dah tentu ALLAH SWT akan menegur Jibrail.

    ReplyDelete